Kredit imej: https://learn-islam.org

Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 128 yang bermaksud:


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."


Segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ . 

Rasulullah ﷺ dilahirkan pada 12 Rabiulawal 570 Masihi iaitu pada tahun gajah di Kota Mekah. Pada malam kelahiran Nabi Muhammad ﷺ, terpancar cahaya yang sangat terang yang menyinari rumah bapanya dan ada juga pendapat yang mengatakan cahaya tersebut menyinari seluruh alam. Ini berdasarkan kesaksian dari pengakuan oleh ibunda Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu Siti Aminah dalam Kitab Al-Khasaish Al-Kubra karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi:


ورأيت نورا ساطعا من رأسه حتى بلغ السماء 
“Aku menyaksikan cahaya memancar dari kepala bayiku Muhammad hingga menembus langit.”

Pada saat kelahirannya, berhala yang berada di Ka'abah tiba-tiba jatuh dan musnah menandakan kedatangan baginda untuk menyucikan Ka'abah dari berhala-berhala sembahan orang-orang kafir. Kelahiran baginda Nabi ﷺ membawa rahmat ke seluruh alam. 

Betapa beruntungnya kita kerana terpilih menjadi umat Nabi Muhammad ﷺ kerana dalam kalangan umat manusia di padang Mahsyar nanti, kitalah satu-satunya umat yang mendapat syafaat Rasulullah ﷺ. 

Syafaat yang dimaksudkan ialah permohonan oleh baginda Nabi ﷺ kepada Allah supaya disegerakan amalan mereka dihisab setelah lama sengsara menunggu di perhimpunan Mahsyar. Selain itu, syafaat dari Nabi Muhammad ﷺ membolehkan kedudukan orang-orang soleh ditinggikan di syurga, mengeluarkan umat Nabi ﷺ yang mempunyai sisa iman walau sebesar gandum dari neraka dan masuk ke syurga, membantu orang yang timbangan amal baik dan amal buruknya yang sama berat supaya dapat masuk ke syurga, memasukkan orang-orang tertentu ke dalam syurga tanpa dihisab dan diazab dan menyelamatkan umatnya yang melakukan dosa besar dari azab api neraka (selagi dia tidak menyekutukan Allah SWT). (Sumber: Khutbah Jumaat "Syafaat Sebagai Peluang Terakhir" JAIS)

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dan keluarga baginda sebagai tanda hormat dan cinta kita kepada Rasulullah:


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli 'ala Muhammadin wa 'ala ali Muhammad (Ya Allah, berilah selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ dan keluarga Nabi Muhammad )


Jom kita sama-sama menghayati nasyid dari penyanyi terkenal Maher Zain ni. Salam Maulidur Rasul!


4 comments:

  1. hingga ke nafas terakhir Nabi SAW masih fikirkan tentang umatnya

    Allahumma solli ala saidina muhammad waala alihi wasohbihi wasallam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betapa kasihnya baginda nabi pada kita umatnya. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ مُحَمَّدٍ

      Delete
  2. Salam Maulidurrasul....Rasulullah saw contoh teladan yg terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidurrasul Kak Nohas. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ مُحَمَّدٍ

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .