Sambungan dari sini:
Sebelum ke destinasi seterusnya iaitu Pantai Cherating, kiteorang singgah di Esplanade Kuantan menikmati pemandangan Sungai Kuantan.
Esplanade Kuantan ni mengingatkan aku dengan Esplanade Bintulu. Tempat yang sangat cantik dan selesa untuk beriadah pagi-pagi |
Tak sempat nak naik Menara 188 Kuantan ni sebab takde dalam itinerari perjalanan. Mungkin lain kali datang ke Kuantan boleh la naik menara ni.
Ambik gambar berlatarbelakangkan Esplanade Kuantan dan Menara 188. Khayla malas nak ikut jalan-jalan di esplanade sebab mengantuk 😅 |
Itu je la tempat dalam bandar Kuantan yang sempat kiteorang pergi sebelum bergerak ke Cherating. Sampai di Pantai Cherating, kiteorang park kereta di tempat parking yang disediakan dengan bayaran RM3. Walaupun ramai orang yang berkunjung ke sini tapi tak la sesak, tak macam di Pantai Klebang tempoh hari.
Kemudahan di sini cukup lengkap dengan tandas awam yang bersih, tempat makan dan ada jugak tapak khemah berbayar di sini. Lain kali boleh la pacak khemah kat Cherating, kata Suami Terchenta.
Disebabkan anak-anak taknak mandi laut, sudahnya kiteorang decide nak bermain ATV je. Ada pakej keluarga dengan harga RM70. Guide bawak masuk trail dalam hutan dan sekitar kawasan tu, sebelum ke teluk pantai sebab kat situ takde orang. Jadi boleh la bermain ATV sepuas-puasnya.
Masa ni seronok lagi posing ambik gambar atas ATV sebelum kejadian seterusnya 🤠|
Cerita yang sedikit kelakar tapi geram jugak masa tu, Suami Terchenta bawak ATV macam orang baru nak ambik lesen L. Habis tersasar dari laluan trail, lepas tu langgar/naik atas dahan mati sampai hampir terbalik ATV kiteorang! Macam nak tercabut jantung aku jadi penumpang kat belakang, asyik terjerit je setiap kali ATV kiteorang senget sebab dia naik kawasan berbukit sikit! Dia asyik tersengih-sengih je setiap kali tersasar dari trail.
Antara laluan ATV |
Khayla pulak bawak macam orang dah ada lesen penuh 🤣. Khadeeja pun sama, siap boleh drift lagi masa buat U-turn. Masa nak balik tu, aku cakap aku lebih rela naik ATV dengan Khayla dari naik dengan Suami Terchenta! 😂 Suami Terchenta pulak naik ATV yang Khadeeja bawak.
Anak-anak lagi pro bawak ATV dari mak bapak dieorang 🤣 |
Kenangan tak boleh dilupakan di Pantai Cherating |
jemput datang Kuantan lagi ye....kalau tau Carneyz datang boleh jumpa
ReplyDeleteInsha Allah. Kiteorang pun hari tu menyinggah sekejap je sebab kena drive ke Kuala Terengganu pulak lepas tu. Kiranya cover cuti2 di KT pada hari yang sama, sebelum bertolak ke KB pulak keesokan harinya.
DeleteWelcome to Pahang 😬. Cie orang Pahang pun belum pernah naik menara tu.
ReplyDeleteBiasa la tu, orang local biasanya tak hairan sangat nak pergi tempat2 tourist dalam negeri sendiri 😅 Kiteorang pun byk lagi tempat menarik dekat Sarawak tu yg belum pernah pergi padahal orang luar pun dah sampai sana ðŸ¤
DeleteMoga seronok di Kuantan. Time bercuti ni itinerary mesti padat kan. Next time kalau ada masa free datang Kuantan roger2 ya.
ReplyDeleteKak Mulan stay di Kuantan ke? Wah, ramai rupa2nya blogger di Kuantan, Insha Allah kalau itinerary tak padat sangat boleh la roger2 buat gathering dgn blogger Kuantan 😄
DeleteKuantan dah makin cantik la Carneyz. Lama tak datang area Pantai Timur ni sebab selalu saya ke arah Selatan atau Utara ajer.
ReplyDeleteAah sis Ezna, dah lama tak ke Kuantan, last pergi 12 tahun lepas. Banyak perubahan dan makin cantik bandar Kuantan ni 😃
Deletebelum pernah gik main ATV...kedak best jak
ReplyDeleteBest, kedak embak motor juak cuma nya motor roda 4 hehe.
DeleteTengok tu... kakak kawasan Mulan dah tergur..
ReplyDeleteHa tu la... kiteorang sekejap je kat Kuantan sekadar singgah makan & terus gerak ke Cherating.
DeleteWah seronok naik ATV tu..oh ada laluan kt jlnraya juga ye .ingt kt pantai je main ATV tu...adik lelaki kita pi kuantan main ATV juga kt pantai
ReplyDeleteAah tapi risau jugak selalu check anak2 kat belakang sbb ada kereta lalu-lalang dekat jalan tu.
DeleteBest dapat naik ATV. Tak pernah tahu ada. Ke baru lagi ni?
ReplyDeleteTak pasti baru lagi atau dah lama tapi memang kiteorang sampai dekat tempat parking kereta tu dah nampak ATV bersusun dekat tepi pantai.
DeleteHahahahahahah kalo pelan sangat bawa memang tak seruuuu lah 🤣🤣🤣. Tapi saya belum berani bawa ini. Nantilah nak coba. Selama ini selalu suami yg bawa 😂
ReplyDeleteMasalahnya bukan dia bawak pelan2 fanny, dia bawak keluar dari trail, hampir2 masuk semak-samun, naik atas dahan pokok mati dan macam2 lagi la 😅 Saya dah ketakutan di belakang, dia masih gelak-gelak!
DeleteBest nyer main ATV di hutan plus main di tepi lantai tu.. pakej family RM70 tu seorang atau utk sefamily ..
ReplyDeleteRM70 utk satu family (2 ATV). OK kan, berbaloi sebab dekat sejam jugak la kiteorang ronda2 naik ATV tu.
DeleteBest eh main ATV... lom pernah gik main ATV tok... eh boleh dikata main ka oo
ReplyDeleteBoleh sebab nya kedak kereta mainan jak haha. Senang jak embak ATV tok, pulas handle gerak la nya ke depan. Mun lepas nya berhenti. Yalah biak pun boleh embak juak.
Deleteooohh di Kuantan pun ada Menara 188 ye..baru tau
ReplyDeleteDekat KL Menara Merdeka 118, dekat Kuantan Menara 188 hehe.
Deletewaa menarik la naik ATV beramai2 tu..teringin nak try gak one day
ReplyDeleteSeronok tau, your boys mesti suka aktiviti mcm ni 😊
DeleteEsplanade Kuantan masuk dalam wishlist...harap2 lepas la trip SA kali ni..tapi kena pastikan PZ sihat betul2 dulu
ReplyDeleteCantik esplanade Kuantan ni. Pagi2 brisk walk kat sini mesti best. Untung siapa2 duduk kat Kuantan.
Deletehahahahaha
ReplyDeletenebes tu kot
sblm ni bw motor bw kereta
tp hari tu tetiba kena bawa ATV
siap ada pembonceng lagi
tu yg nebes smpi hmpr nk terbalik hehehe
Penumpang kat belakang dah nak sakit jantung bila ATV nyaris2 terbalik 🤣🤣
Delete