Dah sedia maklum kalau cuti sekolah je, jalan mesti jem giler. Sudahnya kiteorang tunggu hari Ahad baru gerak. Plan asal nak gerak hari Sabtu tapi tiba-tiba hotel yang aku buat booking tu suruh cancel booking sebab dieorang dah overbooked. Suami Terchenta kata gerak Ahad je la, sebab mana nak cari hotel yang murah dah last minute macam ni.
So Ahad tu kiteorang gerak dari rumah pukul 5 pagi. Plan nak ke Kuala Terengganu dan singgah di Kuantan dan Cherating dalam perjalanan tu. Singgah solat Subuh di R&R Temerloh sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan. Pagi Ahad jalan tak jem jadi kiteorang sampai ke Kuantan dalam pukul 8 pagi.
Destinasi pertama yang kiteorang tuju di Kuantan ialah Kuantan Pickers & Kedai Kopi untuk sarapan pagi. Kedai ni dibuka seawal jam 7.30 pagi dan bila kiteorang sampai, dah ramai pelanggan yang duduk sambil menikmati sarapan pagi di sini.
Selalu tengok IG reel pasal tempat ni. Sambil menikmati sarapan pagi, boleh dengar persembahan dari penyanyi busker |
Masa kiteorang sampai dah ramai orang tapi masih ada lagi meja kosong di bahagian belakang |
Kiteorang dapat tempat duduk di bahagian courtyard belakang kedai ni sebab kat dalam kedai dah penuh |
Kat kedai ni ada banyak pilihan sarapan pagi. Kita boleh pilih sama ada nak ambik kuih-muih, nasi lemak dengan bermacam jenis lauk, mee goreng, pulut kuning, roti jala dan macam-macam lagi dari meja di bahagian depan kedai ni, atau pilih dari menu untuk hidangan roti bakar, laksa nyonya, shakshuka, telur separuh masak dsb. Patutla tempat ni famous sebab ada bermacam-macam jenis hidangan sarapan pagi yang ada di sini.
Akhirnya kiteorang pilih 2 jenis kuih (seri muka dan kuih ketayap), roti bakar dengan mentega dan kaya (Khayla punya), roti goyang (telur separuh masak atas roti dan dihidangkan dengan kaya, aku punya) dan telur separuh masak 2 biji (Khadeeja punya).
Suami Terchenta pulak pesan shakshuka Tunisia cicah dengan roti bakar. Aku pesan jugak laksa Nyonya ni sebab curious tak pernah cuba laksa ni.
Shakshuka dan laksa Nyonya |
Overall bagi aku makanannya biasa-biasa je. Cuma mungkin tarikan di sini ialah variety makanan yang dijual - nasi dagang, nasi kerabu, laksam, kuetiaw, nasi lemak, nasi goreng, semua ada. Tak payah susah-susah nak pergi ke 2-3 tempat nak cari hidangan ni untuk sarapan pagi sebab semua ada dekat sini.
Lagi satu hiasan dalam kedai menggamit nostalgia dengan perhiasan-perhiasan antik dalam kedai ni.
Cawan-cawan antik, mesin wang tunai dan telefon antik |
Papan tanda peluang kerja macam dalam cerita P Ramlee 😄 |
Lain kali ke sini boleh cuba kedai kopi lain pulak |
wah..cantik sgt cafe nya..nice, pilihan menu pun meriah. siap ada hiburan lagi
ReplyDeleteBetul, hiasan retro dgn barangan antik. Memang meriah pilihan menu sesuai la kalau bawak family yg citarasa masing2 berbeza.
DeleteSekarang banyak kedai makan buat konsep retro dengan menu pelbagai. Ada yg dah siap pek dihantar oleh vendor tapi sy lagi suka jika menu dimasak kedai dan dihidang elok2 dalam pinggan macam Shakshuka dan laksa Nyonya Carneyz ni, baru rasa berbaloi nak membayar. Lagi berbaloi jika masakannya sedap. Kalau makanan siap pek ni, rambang mata pulak dibuatnya kita, hahaha. Bgausnya membuka peluang rezeki kepada orang lain. Lain kali kot datang Kuantan bolehlah ke sini, kadang pergi sana tak tahu nak sarapan kat mana yg best.
ReplyDeleteAah rambang mata nak pilih makanan kat sini sebab banyak pilihan. Tempat ni bukak pukul 7 pagi jadi kalau nak datang sini kena bangun awal pagi hehe.
DeleteNampak sarat dekorasinya. Pernah pergi tempat makan begini, tapi akak rasa serabut terus tak mau datang lagi 😄
ReplyDeleteNampak macam lebih santai dapat duduk di bahagian belakang kedai tu.
Saya tau orang2 mcm kak Ujie pencinta pokok mesti suka duduk dekat bahagian courtyard tu sebab redup dengan pokok2 hiasan hehe 😄 kalau bawak mak saya sekali mesti dia sibuk belek-belek pokok2 kat situ sementara tunggu makanan sampai
DeleteNampak sedap makanannya dan food presentation pun menarik...
ReplyDeleteDuduk dekat luar tu nampak macam best je, sejuk & redup
Aah sis, sambil tunggu makan sambil terapi mata tengok pokok2 hijau 😄
DeleteCafenya sangat instagrammable la Carneyz. Unik pun ya jugak.
ReplyDeleteAah, tempat ni memang instagrammable sis Ezna. Kalau ke Kuantan boleh cuba makan kat sini 😊
DeleteKuantan ni memang syurga cafe-cafe cantik dan esthetic kan Carneyz , kak ana pun suka ke sana.. kebanyakkannya muslim owner
ReplyDeleteTu la rasa tak puas explore Kuantan. Lain kali boleh datang lagi ni. Kiteorang hari tu lalu je sebab kena gerak ke KT pada hari yg sama.
DeleteByk menu & kuih-muih no wonder org suka ke sia padahal biasa-biasa jak oo.. ya best di sinun road trip boleh ke negeri lain mun kita sitok road trip masih gik dlm sarawak juak.. haha
ReplyDeleteAok eh hahaha! Tapi kmk org diam di Bintulu/Miri untung sikit, dapat polah road trip ke Brunei pas ya ke KK 😅
DeleteYa la dh dkt nk ke kk ya... kmk limbang-lawas-mukah belum sampei gik... bhgn lain udah
DeleteKmk byk gik tempat dalam Sarawak nok belum pergi. Teringin mok pegi Bario hehe.
DeleteCafe yang cukup menarik dan bagus gilak pake healing-healing masa bercuti kedak ya
ReplyDeleteAok, banyak dah kafe retro di Semenanjung tok. Sarawak kmk sik pasti, macam belum ada jak.
DeleteUniknya kedai. Deco macam ni selalunya sebagai booster untuk tarik pelanggan. Kalau menu sedap, pasti ramai yang akan datang lagi.
ReplyDeleteBagi saya makanan yang kiteorang order tu biasa2 je tapi sbb banyak pilihan dan kedai pun cantik dan unik sebab tu ramai org datang singgah makan kat sini.
DeletePernah baca tempat ini di blog kak Mulan. Saya pun dah niat nak makan di sana kalo ke kuantan. Walau mungkin rasa B saja, tp memang tempat dia menarik kan. Banyak pilihaaan 😍😍. Wajib dicoba dulu bagi yg belum pernah.
ReplyDeleteYa, wajib cuba ni sebab pilihan menunya banyak 😄
Deletebiasanya kedai yg banyak pilihan ni mmg sentiasa ramai orang..
ReplyDeleteAah sbb boleh try mcm2 makanan. Kiteorg ni langkah kanan sbb masih ada tempat kosong masa sampai ni. Klu lambat sikit mmg kena beratur tunggu tempat kosong
DeleteLaa hai kami pun belum sampai ke courtyard belakang. Selalu nak cepat sebelum brisk walk, kami ambil makanan yg berbungkus je. Belum pernah order dari buku menu. Next time boleh try lah.
ReplyDeleteOk jugak duduk dekat courtyard ni sambil2 tengok pokok di sekeliling 😄
Deletenice jugak lah tu utk posing2 :)
ReplyDeleteKan, pilihan makanan pun banyak kat sini.
DeleteSini la yang SA nak pergi tapi tak lepas pergi lagi
ReplyDeleteKalau singgah ke Kuantan kena try kedai ni SA. Memang menarik mcm2 pilihan sarapan pagi kat sini.
Deletewahhhh kalau ada byk pilihan mcm ni mmg best
ReplyDeleteboleh rambang mata dibuatnya
suasana pun ok...
Memang rambang mata dibuatnya anies. Next time ke sini nak cuba makanan yg dalam bungkus ni je.
Delete