Sambungan dari sini:

 

Esok paginya lepas Subuh kiteorang sambung rehat sekejap lepas tu bersiap-siap nak keluar. Kunci homestay kiteorang tinggalkan di tempat yang sama penjaga homestay tinggalkan semalam. Lepas kiteorang maklumkan yang kiteorang dah keluar rumah, destinasi pertama ialah cari port sarapan pagi.

Hasil carian Google, kiteorang jumpa tempat sarapan yang agak famous di KT iaitu Adilroti. Baca dekat Google review, tempat ni menghidangkan 40 jenis roti termasuk shawarma. Selain dari tu, ada jugak menu nasi dan mi. Lokasinya agak unik iaitu bawah Jambatan Sultan Mahmud KT. Masa kiteorang sampai, tempat ni dah penuh dengan pelanggan, jadi kiteorang kena beratur tunggu meja kosong. 


Adilroti
Breakfast spot popular di KT - Adilroti

Servis di tempat ni agak cepat dan efisyen. Tapi ada certain menu yang cepat habis, jadi kena tukar lain. Suami Terchenta mula-mula nak pesan roti denesor kambing sebab daging kambing dah habis, kena tukar ke roti denesor daging. Khadeeja pulak pesan shawarma kambing, pun habis jugak. So dieorang kena tunggu lama sikit sebab bila habis dan tukar menu lain, dah jadi order baru pulak.

Aku order nasi tomato dengan ayam masak merah. Khayla pulak order roti cheese. Nasi tomato dan ayam masak merah tu sedap tapi sejuk, macam tak dipanaskan je. Overall aku rasa tempat ni agak overhyped sebab walaupun makanan tu sedap tapi takde la wow sangat. Harga pun aku rasa macam mahal, roti denesor daging harganya RM14. Khadeeja makan nasi tomato jugak sebab dia rasa nasi tomato aku tu sedap jadi dia pun nak jugak.


Dari kiri atas ikut pusingan jam: Nasi tomato (RM5.50), roti cheese (RM5), roti denesor daging (RM14). Minuman - teh o ais (RM2.50), teh tarik (RM3.50), green tea (RM5) dan strawberry lassi (RM9)

Lepas sarapan, kiteorang pun ke Taman Tamadun Islam. Satu masalah yang aku perhatikan di sini ialah disebabkan tempat ni kawasan pelancongan (Taman Tamadun Islam, jeti ke Pulau Redang dan TTI Convention Centre semuanya terletak di sini) jadi kawasan tempat letak kereta kat sini agak terhad. Terpaksa Suami Terchenta parking kereta agak jauh sikit.

Bayaran masuk ke Taman Monumen ialah RM25 dewasa (13 tahun ke atas) dan RM20 kanak-kanak (12 tahun ke bawah). Jadi total untuk kiteorang berempat ialah RM95.


Taman Tamadun Islam
Setiap pengunjung akan dapat buku passport ni untuk rujukan

Masa kiteorang sampai ni matahari dah tegak atas kepala. Bahangnya mencucuk-cucuk! Tak boleh bayangkan nak menapak dalam kawasan ni dengan keadaan cuaca panas terik, jadi kiteorang sewa basikal untuk 4 orang.


Taman Tamadun Islam
Sewa basikal (surrey bike) 4 orang RM55

Taman Tamadun Islam
Naik basikal ni ada bumbung ok sikit. Semua kena kayuh ye... Yang kelakarnya bila basikal terlajak, terpaksa hulur kaki ke bawah jadi kereta Flintstone pulak nak undur balik 🤣

Disebabkan mengejar masa dan jugak sebab cuaca panas terik, jadi kiteorang cuma singgah di beberapa monumen je untuk bergambar:


Taman Tamadun Islam
Replika Masjid Negara

Dome of the Rock, Palestine
Dome of the Rock, Palestin. Masuk dalam ni tengok movie tentang sejarah Kubbah As-Sakhrah dan Masjid Al-Aqsa.

Taman Tamadun Islam
Bergambar di depan monumen Dome of the Rock. Boleh bayangkan tahap panas tu sampai Khadeeja tak boleh bukak mata langsung!

Taman Tamadun Islam
Monumen Masjidil Haram. Pun best sebab ada video panduan ibadah haji. Semua berkerut dahi sebab kepanasan 😅

Monumen yang lain-lain kiteorang setakat ambik gambar masa berbasikal je. Nak berhenti singgah memang tak sempat. Lagipun masa tu cuaca dari panas tiba-tiba berubah mendung. Biasalah cuaca kat Malaysia ni tak menentu.


Taman Tamadun Islam
Antara monumen masjid di seluruh dunia yang sempat aku ambik (dari kiri atas ikut pusingan jam) -Kul Sharif Mosque, Rusia; Mausoleum of Abu Nasr Parsa, Balkh, Afghanistan; Aleppo Citadel, Syria; Sheikh Lutfallah Mosque, Iran; Great Mosque of Agadez, Niger

Semoga ada rezeki nak melawat masjid-masjid ni yang sebenar di negara-negara tu 🤲🏻. Sebenarnya ada banyak lagi monumen lain tapi kiteorang tak sempat ambik gambar sebab nak kena pulangkan basikal dan gerak ke Kota Bharu pulak. Cuti-cuti road trip kali ni rasa macam Touch N Go pulak. Singgah sekejap lepas tu terus gerak ke destinasi seterusnya.

22 comments:

  1. best jer cuti2 msia :) yg penting create memories dgn yg tersayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MZ... tapi rasa mcm pendek sangat tak sempat nak explore betul2 setiap tempat yg kiteorg singgah ni.

      Delete
  2. tmpt sarapan tu pernh tgk kwn share juga..roti denesor namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti denesor tu org kata must try. Tapi saya rasa tak kena dgn tekak. Daging tu rasa mcm daging shawarma pun ye jugak.

      Delete
  3. Masa dok ganu dulu, tak pernah teringin pulak nak masuk dalam tu.. Hihihi...
    Skang nie, mikir kena kumpul duit kalau nak masuk.. Sebab 6 beranak... Hihihi... Tapi, memang dalam list nak ke ganu jugak setelah 14tahun tinggalkan ganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya mcm tu la. Bila dekat, tak terasa nak pergi tapi bila dah jauh baru ada keinginan nak pergi hehe. Tapi sayang la taman monumen tu nampak mcm uzur dan kurang terjaga. Ada tempat pameran yg silingnya bocor, tadah dgn baldi je mcm tak repair2 pun.

      Delete
  4. Betul2 bermakna lawatan Carneyz sekeluarga ke Terengganu. Kami datang hari tu tengah raya, banyak kedai beraya, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kena datang bukan time raya la nampaknya tu SK. Tak sempat nak jalan2 sangat kat KT sbb jadual perjalanan packed.

      Delete
  5. Lama betul tak ke Taman Tamadun Islam, last masa anak2 sekolah rendah. Memang seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 saya seronok lagi2 part kayuh basikal macam keluarga Flintstone 😂

      Delete
  6. Bila cuaca panas ni tak best sangatlah nak cover semua monument kan.... Rasa nak kena revisit this place since pergi dulu Abang belum setahun umurnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pro & con sis, pro dia gambar cantik bila cuaca panas hehe. Con nya, rasa mcm nak laju2 singgah kat setiap tempat sebab tak tahan panas

      Delete
  7. Taman Monumen tu pernah pergi masa Dania kecik lagi. Nak kena melawat balik la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dania cuti nanti boleh la sis Ezna plan trip ke KT. Seronok jalan2 dekat sini.

      Delete
  8. kami pernah masuk taman tamadun Islam 2tahun lepas,tapi macam tempat kena tinggal dengan kotor&rumput panjang,maybe baru lepas MCO time tu,tengok gambar Carneyz ni macam dah cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin la kot. Tapi tempat ni mmg macam kureng sikit maintenance nya. Sayang sebab pengunjung yg datang bukan je dari dalam negara, ada yang dari luar negara jugak. Bayangkan dekat bahagian pameran siling bocor tadah dgn baldi je. Nak kata tak ramai pengunjung yg datang jadi takde duit nak repair mcm ramai je yg masuk. Then nak masuk tempat ni pun berbayar, bukan free sepatutnya ada peruntukan untuk maintain tempat ni sebagai pusat pelancongan budaya Islam.

      Delete
  9. oh tak tau wujud TTI yg ada monumen masjid2 terkenal.

    kelakar bygkan reverse pakai kaki tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Famous TTI ni Ammi, kalau ke KT wajib singgah sini. Aah kiteorg dah macam Flintstone bawak basikal 4 orang ni. Tak habis2 gelak hahaha!

      Delete
  10. Hahahah saya bayangkan kayuh sepeda tandem ber4, di tengah terik matahari, pakai kaki pula kayak Flintstone kalo keterusan yaa 🤣. Nasib baik ada atap nya, kalo tak ada, confirm saya tak nak hahahahah.

    Cuma kalo kayuh ber 4, ini bisa2 hanya suami yg kayuh nih, yg lainnya istirahatkan kaki 😂

    Menariiiik yg taman tamadun Islam. Jadi pengen lihat pula miniatur mesjid dari berbagai dunia ini

    Utk kuliner pun terlihat sedap lah Carneyz.

    Walopun disebut overhype, mungkin Krn Carneyz dah pernah coba yg lebih sedap lagi dari kuliner di atas. Sering seperti itu kan. Apalagi di saat musim cuti sekolah. Orang ramai nak coba semua. JD kesannya over memang 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami memang tak habis-habis ketawa sambil mengayuh basikal. Pengalaman yang tak boleh dilupakan 😂
      Lain kali Fanny datang ke Malaysia kena bawak family ke sebelah pantai timur pulak. Makanan di sini berbeza dengan di Penang tapi sama-sama sedap 😄

      Delete
  11. roti cheese tu cicah dgn susu pekat manis ya? apa rasanya?

    dah lama teringin nak masuk TTI tu tp tu laa dtg KT sekejap je dah nak blk haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la, masin manis kot hihi. TTI ni menarik tapi sayang tak dijaga & diselenggara dengan baik.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .