Sambungan dari sini:
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan (Part 1)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan & Cherating (Part 2)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kemaman (Part 3)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 4)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 5)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kota Bharu (Part 6)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kota Bharu (Part 7)
Kalau ke Kota Bharu tak singgah ke Pasar Besar Siti Khadijah, memang tak complete la trip ke negeri bergelar serambi Mekah ni.
Jadi sebelum kiteorang balik ke KL, pagi tu kiteorang singgah ke sini.
Pasar Besar Siti Khadijah |
As expected, banyak kenderaan yang nak masuk ke sini. Jenuh jugak nak cari tempat parking kosong. Tapi nasib baik jumpa jugak.
Sebenarnya plan nak cari sarapan pagi kat sini lepas aku baca entry ni di blog Mama Zharfan. Tapi tak jumpa / tak tau kat mana lokasi gerai menjual kuih-muih ni. Nasib baik semua orang masih kenyang lagi lepas heavy dinner malam sebelum tu so takde la ralat sangat 😅. Jadi kiteorang pun meneruskan plan berjalan-jalan dalam Pasar Besar Siti Khadijah tengok barang-barang yang dijual di sini.
Gambar ikonik dalam Pasar Besar Siti Khadijah |
Aku rasa tempat ni menarik tapi would be better kalau dinaiktaraf. Contohnya, disediakan lif / escalator sebab kesian pulak tengok warga emas bertongkat sebab payah betul nak turun/naik tangga.
Kiteorang cuma pergi 2 tingkat je, tingkat 1 yang menjual cenderamata dan pelbagai kekacang dan tingkat 2 yang menjual pakaian, kain pasang dan tudung.
Anak-anak excited tengok cenderamata keychain dan fridge magnet. Masing-masing sibuk memborong untuk bagi dekat kawan-kawan sekolah |
Bila sampai tingkat ni pulak, giliran aku pulak yang seronok cuci mata tengok batik Kelantan dan tudung-tudung murah 🤠|
Nasib baik Suami Terchenta layan je wife dia ni hihi. Sesekali kenyit mata kat dia bila jumpa yang berkenan di hati ðŸ¤. Cuma tu la, aku rasa lagi seronok kalau pergi dengan my mom atau kawan perempuan sebab bila tanya orang lelaki ni payah nak dapat jawapan yang jujur. "Ni cantik tak bang?" "Hmm. Cantik." Dia jawab cantik sebab nak cepat-cepat balik. Kalau cakap tak cantik, terpaksa ikut pergi ke gerai lain cari yang lebih cantik 😆. Takpela, janji dia tolong bayarkan hihi.
Lepas dah puas jalan-jalan kat dalam Pasar Besar Siti Khadijah ni, kiteorang singgah pulak di Medan Selera Laman Siti Khadijah for early lunch sebab lepas tu kiteorang nak balik ke hotel, mandi dan terus check out.
Makan tengahari dekat sini |
Tertarik cuba gerai ni sebab terpampang besar-besar menu 'Tomyam Bangkok Viral'. Nak tau apa yang best pasal tomyam Bangkok ni. Bawah kiri: Tomyam Bangkok Viral, kanan: sotong salut tepung sebab malam semalamnya sotong salut tepung dah habis di Padi Restoran tu |
Makanan kat sini pun sedap jugak walaupun lama menunggu. Suami Terchenta siap bergurau agaknya dieorang baru nak pergi mencandat sotong tak pun nak kena bawak tomyam tu dari Bangkok, sebab tu lama nau menunggu 😆. So kalau rasa in a hurry, tak payah la datang ke sini.
Sotong salut tepung ni sedap tapi tak boleh challenge udang salut tepung di Padi Restoran malam tadi. Tomyam tu pulak aku tak tau apa bezanya dengan tomyam biasa, bagi aku sama je cuma dia hidangkan dengan telur rebus. Ke lidah aku yang tak pandai bezakan? Hihi. Macam janggal pulak makan tomyam dengan telur rebus 🤔. Otherwise, ok la sedap jugak. Dan yes, nasi putih kat sini pun sama macam di Padi Restoran, portion nya besar.
Lepas makan, kiteorang terus balik ke hotel. Lepas dah bersiap-siap, finally it's time to go home. Perjalanan balik lebih memenatkan dan challenging dari perjalanan pergi ke sini. Kiteorang memang follow cadangan Waze je sebab banyak tempat jem dan kenderaan bergerak perlahan. Kiteorang cuma berhenti untuk isi minyak dan pergi toilet di stesen Petronas di Gua Musang, lepas tu memandu sampai la ke Jerantut baru berhenti solat jamak di Masjid Al-Amin, Kampung Binjai.
Singgah solat di masjid putih yang cantik ni |
Nampak macam baru je masjid ni. Carpet masjid pun macam baru. |
Rezeki dipelawa oleh orang masjid untuk menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan. |
Selesai menunaikan kewajipan, kiteorang baru nak keluar dari pekarangan masjid tapi ada seorang pakcik ni panggil kiteorang jemput makan sebelum meneruskan perjalanan. Dia tau ramai orang balik ke ibu kota hari tu, jadi dia saja sedekahkan makanan kat masjid untuk musafir yang berhenti singgah solat di sini. Merasa la cucur jagung yang sedap dan bihun goreng. Siap suruh kiteorang tapau makan dalam kereta. Baiknya la pakcik ni. Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki pakcik tu 🥰.
Sebelum balik, kiteorang sempat singgah di gerai di simpang keluar beli jagung dari orang kampung. Sajalah nak support jualan orang kampung ni yang dah bermurah hati jamu orang luar makan.
Akhirnya lepas 10 jam memandu, kiteorang pun selamat sampai ke KL. Dengan tu berakhir la road trip cuti sekolah kiteorang. Penat tapi seronok. Tapi lain kali kalau nak ke Pantai Timur lagi, kena spend 2-3 hari di setiap negeri baru puas hati kot 😄.
terima kasih kerana sudi melawat negeri saya. Nanti cuba explore daerah2 lain pulak ye...kelate ni best utk shopping n mkn2 je. kalau tempat2 menarik tu kureng sikit berbanding Ganu...maklum la kerajaan negeri x de pitih lo nim...huhuhuhu...
ReplyDeleteKelantan ada pantai, budaya dan makanan yang menarik 😄
DeleteKuih2 dan mknn ada kat ground floor psr besar siti khadijah tp kat bahagian tepi2..yg tgh2 tu sayur2 biasanya
ReplyDeleteOh ye ke... bukan rezeki kiteorg hari tu. Kalau tak mesti rambang mata jugak nak pilih kuih apa 😄
Deletelama juga 10 jam perjalanan tu..tapi kalau musim perayaan rasanya teruk lagi
ReplyDeletepergi bercuti ni hala pergi semangat lagi,perjalanan nak balik tu yang rasa penat
Memang... dah separuh hari terbuang dalam kereta je. Masa pergi tu kiteorg byk menyinggah, tapi nak balik mmg drive straight je tu yg lebih penat dari perjalanan pergi.
Deletetak jumpa ke slushy murah yang viral depan pasar tu?
ReplyDeleteBTW lama betul sy tak ke sini...
dah lbh 20 thn kot
Tak tau pun ada slushy murah viral dekat KB hehe. Saya pulak last pergi ke sini masa form 4. 20+ tahun jugak la tu.
DeleteMemang nak sangat ke PASAR SITI KHADIJAH tu. Seronok macam2 ada.
ReplyDeleteBetul, peniaga pun ramah & lemah-lembut je bercakap dgn kita. Belum sempat kita menawar dia dah bagi diskaun dulu 😅 beza betul dgn peniaga kat pasar payang tu.
DeleteMemang wajib la singgah Pasar Siti Khadijah tu kan...
ReplyDeleteBagusnya Pakcik tu semoga sentiasa luas rezekinya 🤲
Kawan I dulu goreng cucur utk org yg stuck dlm traffic jam nak balik beraya...
Tak lengkap lawatan ke Kota Bharu kalau tak singgah Pasar Siti Khadijah 😅 Besar pahala orang yang memberi makan kepada orang lain 😊
DeleteKelantan kalau pasal makannya boleh tulis satu buku tebal!
ReplyDeleteTu la, rasa nak pergi kelantan lagi semata2 nak jalan-jalan cari makan!
DeleteKmk kelantan yg blom pernah pegi koh... ai geram rasa nk ngabas PSK
ReplyDeleteBest pegi Kelantan Kakmim. Shopping murah, makan nyaman & murah 😊
DeleteAlhamdulillah, murah rezeki pakcik tu...mesti dia dah tau, akan ramai orang yang sedang bermusafir akan singgah masjid nie...
ReplyDeleteLinda insyaAllah tahun depan plan nak cuti2 pantai Timur...tapi, tulah, kita nie main redah je.. hahaha
Kiteorang pun haritu main redah je sebab masa tanya asben nak pergi cuti-cuti ke, dia tak boleh nak confirm smp last minit. Tu yg tak buat research sangat pun main redah je hehe.
DeleteBetuuul Carneyz. Kalo road trip seperti ini rasanya tiap kota perlu stay lah 2-3 hari. Pertama supaya tak terlalu letih, kedua jadi banyak yg bisa dilihat dan rasa.
ReplyDeleteKota Bharu ini punya julukan sama seperti Aceh, serambi Mekkah.
Kalo Aceh disebut serambi Mekkah karena hanya di Aceh pakai syariat Islam. Kota2 lain di Indonesia tak pakai. Kota Bharu pakai hukum syariat Islam juga kah?
Tak juga, cuma di Kelantan banyak menerapkan nilai Islam pada rakyatnya dan sering jadi tumpuan ulama dari serata tempat satu masa dulu.
Delete