- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan (Part 1)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan & Cherating (Part 2)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kemaman (Part 3)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 4)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 5)
Dari Kuala Terengganu, kiteorang bertolak pulak ke Kota Bharu. Dalam perjalanan hujan di beberapa tempat. Kenderaan pun banyak, time ni memang Waze asyik divert masuk jalan kampung lalu tepi sawah padi, jalan hutan, dan segala jenis jalan tikus semata-mata nak mengelak jem 😅 Akhirnya tiba jugak di Kota Bharu dalam pukul 5.30 petang.
Memandangkan cuaca nampak mendung dan berangin macam nak hujan, kiteorang terus ke Pantai Senok which is dalam plan hari tu, sebelum cuaca semakin buruk. Nak ke Pasar Siti Khadijah semestinya la tak sempat sebab dah lambat sangat.
Memang dah lama nak ke Pantai Senok ni sejak tengok gambar Wak Lalat di sini. Bila sampai ke sini, Subhanallah! Memang cantik sangat view kat pantai ni 😍. Barisan pokok ru di sini mengingatkan aku dengan pengalaman kiteorang ke Nami Island di South Korea.
Gambar dari kamera Xiaomi Suami Terchenta. Memang peloles muka kita dibuatnya 🤭 Terus berangan-angan jadi hero & heroin dalam cerita 'Winter Sonata' dulu 😂 |
Gambar ipong pulak jangan harap muka peloles sangat, habis semua kedut & parut jerawat pun boleh nampak kalau zoom in 😝 |
Masa ni dah mendung sikit tapi angin sepoi-sepoi bahasa je |
Kanak-kanak riang |
Payah nak ambik gambar yang takde orang lalu-lalang kat belakang |
Nampak tak awan tebal tu? Masa ni angin dah mula kencang, laut pun dah mula nampak bergelora |
Masa ni ramai pengunjung di Pantai Senok walaupun cuaca macam nak hujan. Pengantin baru buat outdoor shoot pun ada jugak. Aku dah plan nak duduk dekat satu warung makan yang jual pelbagai makanan laut celup tepung. Tapi lepas kiteorang ambik gambar bawah pokok ru, tiba-tiba angin kencang sampai ada pokok ru yang patah dan jatuh ke tanah! Masa ni semua bertempiaran lari keluar dari kawasan pokok ru ni. Kiteorang pulak tak tau la kenapa, pergi lari ke pantai sebab lebih dekat! 😂 Adudu... terpaksa tunggu angin kencang reda sikit lepas tu berlari sekuat-kuat hati ke arah kereta. Tengah-tengah berlari ni, dahan dan ranting patah jatuh depan kiteorang, masa ni seriau betul takut pokok yang patah dan menimpa kepala.
Aku terbayangkan macam ni la rasa rakyat di Gaza agaknya lari dari dron & bom Israhell. Tak tau bom tu akan jatuh atas kepala atau akan terkena tembakan dron. Yang tau masa tu nak berlari cari tempat selamat je 😭... Semoga Allah melindungi rakyat Gaza dari ancaman ketakutan dan bahaya.
Terus cancel plan nak makan ikan celup tepung dekat sini 😅. Masuk je kereta, hujan pun turun mencurah-curah dengan angin kuatnya. Jadi kiteorang terus gerak menuju ke hotel dengan hati yang masih lagi berdebar-debar.
kawan ammi yg di Kelantan, kalau time cuti panjang dia pun tak boleh nak keluar daripada rumah. Padahal rumahnya di kawsan kampung di Pulai Chondong. Depan rumah pun jam
ReplyDeleteSusah jugak mcm tu ye. Memang jem jalan nak ke KB masa kiteorg nak ke sana.
DeleteDapat bayangkan kelam kabut tu sis ... Tambah² dekat pantai ni anginnya kuat sbb kawasan terbuka...
ReplyDeleteDoa yg tak pernah putus utk saudara kita di sana.
Ye, kelam-kabut mcm tak cukup tanah kiteorg berlari balik ke kereta di celah2 pokok ru tu. Mampu istighfar je la bila ranting & dahan jatuh depan laluan sambil doa pokok tak tumbang masa kiteorg lalu tu. Masa tu terus terbayang rakyat kat Gaza, kalau setakat pokok tumbang pun takutnya dah buat jantung berdebar2, apa lagi dieorg tak boleh jangka bom akan jatuh kat mana 😭
DeleteWaaa u dh smpai my negeri laaa..nice la 1st pic tu..romantic vibe🤩🥰❤️
ReplyDeleteAah rasa tak puas jalan2 kat KB sbb kiteorg sampai tu dah petang sebab jem kan cuti sekolah. Rasa mcm nak repeat lagi trip ke KB ni hehe.
DeleteTu la feeling ala2 hero & heroin Winter Sonata la ni 😆
mmg rmi yg posing2 kt sini feel2 mcm kt nami , korea....bila angin kuat ribut mmg risau la ..nk2 plak kt pantai kn
ReplyDeleteAah tu la kiteorg terus balik lepas tu. Tapi nasib baik sempat feeling ala2 kat nami island jugak sebelum tu 😄
DeleteSungguh luar biasa
ReplyDeletepantainya indah sekali
bersih pula
Pantainya cantik tapi tak boleh mandi sebab laut bergelora.
DeleteOoohh... sitok la pulau nami kelate.. salu nangga org pegi sitok posing ala² winter sonata
ReplyDeleteNang jak koh mun ipong ya semua cacat-cela di muka nmpk bila shoot portrait.. oo tedah x dpt nk kacak makei ipong.. hahaha
Aok, sampai juak kmk org ke sitok. Nang best, kacak tempat tok. Sayang cuaca x berapa gilak ariya.
DeleteMun kamera hp tok, ipong kalah gik dgn brand lain bab ambik gambar org 😅 mun scenery ok.
Memang miriiiip ya Ama Nami island 😍😍😍😍. Duplikat nya nih 😁. Tapi seram juga baca part yg angin kencang sampai ada pokok jatuh segala. Aiiiish saya pun tak ingin tetap di sana kalo dah seperti itu.. seram apalagi dekat laut.
ReplyDeleteSkr ini, dengan ancaman gempa megathrust yg tinggal menunggu waktu, kami dah bersiap lah dengan segala kemungkinan. Makanya saya menghindari sangat wisata ke daerah pantai, Krn ancaman tsunaminya lebih besar.
Ya, kami terus balik lepas tu tak berani nak lama2 di tepi pantai. Tapi mujur sempat jugak ambik gambar sebelum angin kencang tu.
Deletepokok ru ni punnnn
ReplyDeletekot ya nak patah ke nak tumbang ke
tunggu laa tak ada orang
hahahaha
luas betul kawasan pantai ni...
Haha, kiteorg yg silap pilih datang time musim hujan2 ni. Rasanya pokok ru ni dah lama kot, sebab tu dah mula rapuh batangnya. Kalau tengok pokok ru yg lain, elok je meliang-liuk ditiup angin 😆
Delete