Akhirnya merasa jugak menginap di hotel baru, Moxy Putrajaya. Hotel ni baru je dibuka pada bulan Februari lepas. Lokasi strategik iaitu bersebelahan dengan IOI City Mall Putrajaya.


Marriott Bonvoy
Lobi Moxy Putrajaya

Hotel ni ialah sebahagian daripada jenama bawah portfolio Marriott Bonvoy, jadi boleh la aku kumpul Elite Night dan Elite Points dekat sini. Dengan menginap di sini satu malam, berjayalah aku mencukupkan 5 malam bawah kempen bermalam 5 malam untuk dapatkan 15 ribu points tambahan. Points tu dah selamat masuk akaun pun hihi. Lepas ni boleh redeem points untuk dapat bilik percuma.

Sepanjang aku menjadi ahli Marriott Bonvoy, boleh disimpulkan hotel Marriott ni terbahagi kepada dua kategori - hotel untuk staycation dan hotel untuk sekadar bermalam dan lengkap dengan kemudahan yang selesa. Selalunya bilik dalam kategori kedua ni sesuai untuk business travellers atau pelancong luar / out-of-town travellers yang datang untuk melancong dan tak spend banyak masa dalam bilik.

Moxy Putrajaya ni jatuh dalam kategori kedua. Saiz biliknya tak terlalu besar (dan tak terlalu kecik macam di Hotel Fairfield) dan kemudahan dalam bilik pun basic je.


Marriott Bonvoy
Bilik Moxy Queen

Marriott Bonvoy
View hallway

Berlainan dengan Hotel Fairfield yang sesuai untuk business travellers, my impression hotel Moxy Putrajaya ni lebih sesuai untuk travellers yang datang untuk bersantai. Sebabnya kawasan lobi hotel ni memang happening dengan meja snooker, meja panjang untuk lepak, meja permainan congkak dan kerusi untuk bersantai sambil dengar live band performance. Design bilik pulak lebih kepada untuk 'rest & recharge' daripada untuk lepak-lepak staycation


Marriott Bonvoy
Bilik hotel Moxy Putrajaya yang cosy
 
Marriott Bonvoy
Tempat bancuh teh / kopi tapi takde coffee maker ye

Apa yang buat aku tertarik dengan hiasan dalaman bilik hotel Moxy Putrajaya ni ialah elemen santai dalam bilik ni contohnya ada mini Harley Davidson di sudut atas TV dalam bilik dan jugak bentuk telefon bilik yang antik.


Marriott Bonvoy
Elemen unik dan quirky dalam bilik

Bilik air Moxy Putrajaya ni bersaiz sedang-sedang, just nice. Design 'black & white' bilik air ni buatkan bilik air nampak moden dan sleek.


Marriott Bonvoy
Tetiba rasa macam nak buat bilik air macam ni 😅

Dari segi hospitality, layanan hotel Moxy Putrajaya ni bagi aku agak standard kepada ahli Marriott Bonvoy. Untuk ahli Silver Elite, dalam bilik pihak hotel sediakan complimentary snacks dan nota bertulis tangan (hampir semua hotel Marriott Bonvoy akan bagi something extra kepada ahli Silver dan ke atas dalam bilik).


Marriott Bonvoy
Comel je notanya hihi...

At least ada effort untuk buatkan tetamu rasa lebih dialu-alukan dengan nota macam ni, kan:


Marriott Bonvoy


Cuma dari segi responsiveness, kena ada penambahbaikan kot sebab bila aku request air botol tambahan bila air botol dah habis, aku kena follow up request air botol tu sebab tak sampai-sampai lepas 30 minit aku tunggu. 

Overall, hotel yang selesa, lokasi yang strategik sebab bersambung dengan IOI City Mall dan harga pun dalam mid-range

28 comments:

  1. Menarik ni, hotel baru vibe dia lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vibe dia chillax fun je. Yang best nya lokasi bersebelahan dengan mall IOI Putrajaya je.

      Delete
  2. cantik deco2 bilik ni!!! dan best sbb attach dgn mall tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sebab tu ramai orang duduk hotel ni. Hotel Le Meridien Putrajaya pun bersambung dengan mall tapi mahal sikit rate dalam 700+/night masa public hols

      Delete
  3. Cantiknya deco dia. saya suka pergi hotel yang deco dia cantik cantik. tak kisah lah mahal atau sekadar hotel butik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel bawah portfolio Marriott memang best dan selesa, yang penting boleh collect points hehe

      Delete
  4. Cantik hotel dia..boleh la skodeng hotel ni nanti...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. ye Afzan. Teringin nak buat bilik air kita jadi camtu hihi

      Delete
  6. Kita jenguk kat tingkap bilik tidur utama atau sliding door ke balcony, dah nampak moxy hotel ni..hehehehehe

    ReplyDelete
  7. Oh, santai2 saja yang penting dapat points tu, Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SK. Yang penting dapat points boleh redeem free stay bila2 nak.

      Delete
  8. jangan ada yang bawa balik moto tu udah ler hehehe

    ReplyDelete
  9. betul ke mid range ni? amak macam hi range je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kategori hotel 4.5 bintang, harganya mid range uncle hihi

      Delete
  10. Boleh dicuba nanti ni, asyik ke Everly sahaja. IOI Mall pun tak habis ronda lagi. View luar macam mana?

    ReplyDelete
  11. Hotel ni dekat dengan pintu masuk IOI City Mall (Symphony 2) tempat Dania kerja. Ya hotel baru kat sini dan dekat sangat dengan tempat makan kat bawah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, senang nak cari makan sebab turun2 eskalator je terus jumpa kedai2 makan.

      Delete
  12. tk sempat review hotel ni...carneyz dh smp...suka hotel ni sbb dkt ngan shopping mall....byk tmpt bole ootd kt area hotel ni..cumanya tk best sbb tkde iron dlm bilik..kena pi iron kt bilik khas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, lupa nak mention pasal takde iron kat dalam bilik hehe. First time pergi hotel 4.5 bintang takde iron dalam bilik 😅

      Delete
  13. Saya dulu seriiing di telp oleh sales agent2 Marriot bonvoy untuk daftar membership. Tapi tuh laah, walo suka traveling, saya jarang stay di hotel2 Marriot bonvoy. Lebih suka mencoba banyaaak jenis hotel lain. Apalagi kalo traveling dengan teman. Harus akur dengan keinginan mereka juga, karena Marriot bonvoy ini mostly mahal kan.

    Tapi kalo memang suka staycation dan biasanya memilih hotel yg under 1 management macam ini, memang sesuai untuk cepat mendapatkan point yaa.

    Baguuus hotel Moxy ini. Lokasinya hanya di Putrajaya kah? Saya jarang pula stay daerah Putrajaya, Krn agak jauh dr mana2 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya di Putrajaya. Saya cadangkan lain kali Fanny datang ke KL, hari terakhir sebelum pulang ke airport boleh menginap di hotel Moxy dan jalan-jalan di IOI City Mall, mall nya besar sangat! Banyak tempat makan dan juga ada ice skating rink & District 21 tempat liburan untuk anak-anak sementara Fanny pergi shopping 😄

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .