Masa kiteorang stay di Moxy Putrajaya sebab nak tengok acara perbarisan Hari Kemerdekaan yang lepas, lepas check in kiteorang semua kelaparan tapi Suami Terchenta malas nak menapak jauh-jauh cari tempat makan. Sudahnya kiteorang makan di Chef Wan Café sebab lokasi restoran sebelah hotel je.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Chef Wan Café di IOI City Mall Putrajaya

Mula-mula ingat nak duduk di bahagian luar tapi dah penuh pulak. So kiteorang pun duduk dekat bahagian dalam kafe.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Luar kafe

Ni kali kedua kiteorang makan di Chef Wan Café. Kali pertama rasanya 2 tahun lepas di KL East Mall. Rasanya cawangan di IOI Mall ni lebih besar dan luas dari yang di KL East Mall, tapi dekor kat dalam sama je - vibrant colours wall dan classy.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Lampu chandelier yang menarik dan potret Allahyarhamah Cik Ani, ibu kepada Chef Wan

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Ruang makan dalam kafe

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Wall panel divider dari material rotan yang menarik


Sebaik je masuk, kiteorang terus diberi buku menu tapi nak order, kena order melalui kod QR.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Buku menu pun berseni, nampak sangat Chef Wan ni artistic orangnya

Ni la antara menu yang kiteorang pilih untuk makan malam:


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Kerutup Lamb Shank dengan nasi bukhari (RM79) - yang ni Suami Terchenta kongsi dengan Khadeeja

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Laksa Johor (RM36), aku punya

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Spaghetti Beef Meatball Bolognese (RM38), Khayla punya

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Cendol CCW (RM18)

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Lychee Rose Bandung (RM19)

Makanan of course la sedap. Owner chef tersohor di Malaysia kan, mesti la kena jaga kualiti makanan. Cuma laksa Johor tu kuahnya aku rasa agak cair. Tapi dari segi garnishing semua lengkap. Aku still prefer Pak Tam Laksa lagi kot. Harga tu jangan dipertikaikan ye, sebab kita bayar untuk makan di restoran chef terkenal, umpama kita makan di restoran chef Michelin kalau di luar negara haha. Sekali-sekala makan tempat macam ni ok la, kalau setiap bulan mau bengkok Suami Terchenta 🤭.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Ni pulak bahagian display pastries tapi sebab dah kenyang tengok sekali imbas je. Memang lawa giler restoran ni

Café Chef Wan
Ada jual cenderahati jugak. Sambal tu macam menarik tapi masa tu tak rasa nak beli. Lain kali la kalau singgah di Café Chef Wan lagi

Korang pernah tak makan di Café Chef Wan? Apa menu favourite korang? Cer share dekat komen.

18 comments:

  1. Kacak lok... sik pernah makan di cafe chef wan koh... ok x harganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok nang kacak kafe chef wan tok. Ada kmk engkah harga makanan kat siya, nang kayangan la sebab owner chef terkenal kan.

      Delete
  2. Saya suka laksa johor tuuu🤩🤩🤩 tp memang jrg2 la mkn kat cafe/restoran chef wan ni sbb harganya tak murah😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya kuahnya agak cair, saya prefer kuah pekat boleh makan guna tangan style orang Johor hehe. Ye MZ, harganya kayangan la sebab tu jarang2 pergi, first time pergi 2 tahun lepas 😅

      Delete
  3. tk pernh lg mkn kt cafe chef wan....harga semestinya kayangan la tp menu sedap tkpela sekali sekala kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sekali-sekala takpe, kalau selalu pergi memang bocor poket dibuatnya 😅 last pergi tempat ni sebelum tu pun 2 tahun lepas hehe.

      Delete
  4. x pernah lagi .. menarik foods nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik food kat sini. Selain dari makanan local ada jugak makanan western.

      Delete
  5. Dah sering dengar ttg cafe chef WAN ini. Tp saya belum pernah coba. nanti ke KL lagi nak coba laaah. Penasaran jugaaa. Tak apa mahal sikit asal sedap kaan 😍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bukan selalu pun makan di restoran chef terkenal ni hihi.

      Delete
  6. Makan bukan setakat menikmati makanan tapi yang lebih penting pengalaman makan di restoran chef terkenal...sik semua mampu dan berkesempatan untuk ke sia...jadi tutup mata jak mun minum aek sampe belasan ringgit...lagipun mun mok murah...masak dirikpun tapi kepuasan hidup sik dapat....betul sik ?

    ReplyDelete
  7. belum berkesemptan lg nak mkn kat sini. teringin nak rasa dia punya cucur udang yg pemes tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. yang femes kat sini cucur udang ye? Next time boleh try (mungkin 2 tahun lagi 🤣)

      Delete
  8. ammi belum pernah try makan dimana-mana restoran chef tersohor...bajet tak sampai haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki Ammi sekeluarga dapat makan di restoran chef tersohor 🤲🏻😊

      Delete
  9. SA pernah makan boss belanja tapi impian nak bawak suami dan Dania makan kat sini one fine day...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .