Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah Khayla agak aktif jugak join macam-macam aktiviti di luar sekolah. Sabtu 2 minggu lepas, dia join bengkel PRS yang dianjurkan di UNITAR. Siap dapat t-shirt UNITAR lagi. Seawal jam 7 pagi lagi dah kena keluar rumah sebab dieorang akan naik bas ke UNITAR. 


Kena pakai serba hitam dari tudung sampai la ke seluar. Beg kain batik tu pemberian dari Kak Retna, dah jadi beg dia dah hihi

Sepanjang dia mengikuti bengkel tu, aku mintak dia hantar gambar jugak. Biasalah untuk content blog mak dia kan hihi. Katanya dieorang banyak buat aktiviti berkumpulan. Selain dari sekolah Khayla, ada lagi 2 buah sekolah yang lain turut terlibat dengan bengkel ni.


Peserta tengah dengar penerangan dari fasilitator

Khayla dan kawan-kawan

Selain dari bengkel ni, kelab PRS sekolah Khayla ada jugak hantar wakil termasuk Khayla ke program tentang kesedaran kesihatan mental yang diadakan di Titiwangsa (tak ingat tempat kat mana). Yang ni dibuat masa waktu sekolah jadi dia kena skip beberapa subjek pada hari tu. Dan tak sempat jugak nak cucuk vaksin HPV yang dibuat di sekolah, tapi the next day, dia dipanggil untuk dapatkan suntikan vaksin HPV tu.

As a parent, aku memang galakkan Khayla aktif dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum selagi tak menjejaskan pelajaran dia. Lagipun dulu aku pun aktif jugak join macam-macam pertandingan pidato, bahas, choral speaking dan pernah jugak masuk tilawah Al-Quran padahal takde latihan tarannum pun 😅. Ustazah suruh masuk, kita pun masuk sebab dengar cakap cikgu kan. Praktis dengar qari mengaji dekat radio je masa tu.  Yang penting dapat sijil penyertaan, sebab sijil-sijil ni berguna bila nak apply masuk universiti nanti.

24 comments:

  1. saya dulu masa zaman sekolah rendah, jadi pengawas PRS jugak. tapi hanya sekadar ahli je rasanya sebab macam x aktif pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan boleh letak dalam testimonial sekolah penyertaan sebagai pengawas PRS

      Delete
  2. ammi pun suka anak-anak join activity macam ni. tp anak-anak ammi nampak gayanya Kyra je yg rajin kedepan join mcm2 and the boys lebih banyak "follow the flow"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Girls ni lain sikit kot, macam Khayla dia suka join aktiviti2 ni sebab ada kawan2 yg join sekali.

      Delete
  3. Dania dulu PRS..baju sekolah warna purple kalau x salah...hehehe..bagus ni aktiviti macam ni untuk anak- anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo... Dania pun join PRS ye. Aah banyak benda dieorang belajar selain apa yg diajar di sekolah contohnya macamana menangani masalah kesihatan mental.

      Delete
  4. Replies
    1. Tu la... syukur kelab PRS sekolah Khayla ni aktif join macam2 aktiviti luar sekolah berkaitan PRS

      Delete
  5. Replies
    1. Aah MZ, dieorang belajar teamwork, belajar pasal mental health & macam2 lagi.

      Delete
  6. Bagus join program macam ni Carneyz. Nak minta UPU nanti 10% markah kokurikulum. Join selagi boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu la saya galakkan Khayla join aktiviti2 ko-Q ni sis Ezna. Dengan syarat, selagi tak mengganggu pelajaran.

      Delete
    2. Tapi kalau dah dapat peringkat tertinggi dah boleh slow down macam peringkat kebangsaan atau antarabangsa sebab yang tertinggi je akan dikira.

      Delete
    3. Ooh.. mcm tu ye? Baru tau. Terima kasih kongsi tips ni sis 😊

      Delete
  7. Ramai orang terlepas pandang kesihatan mental ni... asik fokus fizikal je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kes penyakit mental dah makin berleluasa sebab tu dah banyak diberikan perhatian.

      Delete
  8. Baguus memang kalo anak2' suka ikut banyak kegiatan. Anak2' saya pun saya masukkan ke dalam beberapa ekskul. Tp memang ada yg mereka suka, ada yg tak. Kalo tak suka, saya tak paksa. Drpd mereka malas2an mengerjakannya kan.

    Macam kegiatan karate, tak ada yg mau 🤣. Mereka prefer renang. Ya sudahlah.. saya ikuti saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau dipaksa cuma membazir masa dan duit je 😅 Baik ikut apa yang mereka suka je, tapi ada jugak saya suruh mereka ikut tengok mereka suka ke tak, kalau tak suka berhenti terus cari apa yang mereka minat.

      Delete
  9. Bagus anak² dapat pendedahan begini. Dapat bentuk karakter dan keyakinan diri & bina social skill.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, selain dari dapat sijil penyertaan dapat pupuk soft skill dieorang jugak.

      Delete
  10. bagus masuk mcm2 aktiviti...asah bakat soft skills..akademik & soft skills sama penting...wahh..cayalah masuk tilawah...dapat ilmu, dapat sijil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Nohas. Akademik & soft skills kena seiring. Masuk tilawah ni takde sapa yg bimbing masa tu, latihan tarannum dengar orang mengaji kat radio je. Ustazah suruh join kita pun join sbb dengar cakap ustazah kan hehe

      Delete
  11. bagus bila join aktiviti mcm ni. byk benda boleh belajar... sy dulu aktif juga masa sekolah. tp x leh pegi jauh sebab kabel kat sekolah tu cekang sgt🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah jugak bila kabel sekolah ni utk student2 favourite je ye. Takpelah zaman tu dah berlalu pun 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .