Sabtu lepas, member aku Yana ajak kiteorang ke rumah dia yang baru lepas renovate selepas kiteorang hint nak tengok dapur baru dia yang lawa hihi. Akhirnya dia termakan pujuk rayu kiteorang dan buat jugak la housewarming merangkap makan-makan sempena birthday anak sulung dia yang jugak BFF Khadeeja.

Walaupun Yana kata tak payah bawak apa-apa tapi aku dan Jaja tak sampai hati la nak datang berlenggang-kangkung je. Aku bawak donut dari Big Apple dan Jaja pulak bawak Tauhu Anora. Mujur ada Big Apple Donut tu sebab Yana sebenarnya nak buat cookie cake untuk kek birthday anak dia tapi tak sempat pulak. Sudahnya donut tu la pengganti kek birthday. Dan since kiteorang lepak lama-lama kat rumah Yana sampai ke petang, tauhu Anora tu end up untuk minum petang.


Donut Big Apple jadi pengganti kek birthday

Dah lama tak makan tauhu Anora ni...

Yana buat nasi ayam Hainan untuk jamu tetamu. Sedap, boleh buat bisnes nasi ayam ni!

Nasi ayam Hainan guna rempah '5 spices'

Yang ni pulak dessert mochi yang dia order tapi dia tak puas hati sebab mochi dah la lambat sampai, lepas tu saiz pun tak sekata. Coklat kat dalam mochi tu pun masih beku lagi (sepatutnya cair)

Sebelum kiteorang pergi ke rumah Yana, sempat lagi aku dan Khadeeja keluar ke Sunway Putra cari hadiah untuk BFF dia tu. Lepas tu dia menghabiskan masa decorate paper bag untuk letak hadiah tu.


Gigih Khadeeja lukis dan warna paper bag untuk letak hadiah

Hasil kreativiti Khadeeja


Suka sangat BFF dia bila dapat hadiah dari Khadeeja. BFF dia tu dah pindah sekolah, jadi bila dieorang berdua berjumpa memang tak berenggang la sepanjang kiteorang dekat rumah Yana.


Birthday girl happy dapat jumpa Khadeeja. Kali terakhir jumpa bulan Mei masa aku jemput makan-makan raya

Sebelum balik, ambik gambar ramai-ramai buat kenangan

Thank you tuan rumah Yana sebab sudi jemput kiteorang datang ke rumah walaupun barang-barang tak habis kemas lagi. Sempat dia bawak house tour di tingkat atas rumah dan kiteorang semua setuju berbaloi la dia tunggu setahun lebih sebelum rumah dia akhirnya siap di renovate 😄.

22 comments:

  1. Rajin dan kreatif Khadeeja decorate paper beg tu. Memang special sungguh ni.
    Tau mochi yang makanan Jepun tu, yang ni pun sama ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 saya memang suka melukis Kak Ujie. Tu la, special sangat paperbag utk hadiah birthday BFF dia.

      Ye, mochi yg sama cuma intinya coklat, kacang merah & satu lagi yam (takde dalam gambar).

      Delete
  2. Terliur tengok nasi ayam itu. Hehe seronok borak sambil makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap nasi ayam member buat, boleh buat niaga hehe

      Delete
  3. Sedapnya nasi ayam tu..best dpt berkumpul ramai2 gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang sedap, pandai member saya buat nasi ayam hainan sebijik mcm kat restoran cina muslim 😃

      Delete
  4. syok dpt tgk umh kwn bila renovation kan....sedap tu menu nasi ayam...hah tauhu anora fav...lama juga tk mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah best tengok rumah kawan lepas renovate lagi2 bahagian dapur hihi.

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah seronok, bukan selalu dapat jumpa mcm ni 😄

      Delete
  6. bagusnya anak minat dlm lukisan n seni kreatif ni. Makanan2 yg dihidangkan pun sedap2 belaka. Yummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dieorang memang suka sangat melukis tapi bab mewarna kureng sikit hehe. Alhamdulillah kenyang perut..

      Delete
  7. Renovate rumah ni..walaupun tak tukang sendiri.. kita akan rasa drain habis energy... nak jengah progress.. nak jengah kualiti... duit lagi...

    ReplyDelete
  8. Saya tertarik liat tahu anora itu 😍😍😍 nampak macam sedaaap. Di dalam ada isinya yaa?

    Yaa lah ada acara housewarming begini tak mungkin pula kita tak bawa apa2 kan. Walo tuan rumah bilang tak payah , tetaplah ada bawa sesuatu 😄. Etika tak tertulis kan 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalamnya ada isi kentang. Kuahnya tu sedap sangat 👍🏻

      Delete
  9. kalau x baca caption sy igt tu brownies bukan mochi😁
    wahhh sempat lg ya kakak buat hiasan👍👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tu mochi hehe. Sempat sebab tengah menunggu bapaknya balik dari event ofis.

      Delete
  10. barang pun tak habis keluar kotak lagi dah dapat tetamu ye...tapi takpe..tiap tetamu tu ada rezeki yg dia bawak masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kita faham la sebab dia pun ada baby kecik, husband pulak kerja overseas so susah sikit dia nak cari masa unpack barang2 tu 😃 buat2 tak nampak je hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .