Ahad lepas kiteorang singgah ke Ekspo Kucing di PWTC. Dah lama giler tak jalan-jalan dalam ekspo tak kira ekspo apa pun, sebab malas nak bersesak-sesak 🤭. Tapi kali ni rajin pulak sebab nak tengok kucing dekat sini. Sepatutnya bawak sekali 2 ekor anak bulu kat rumah tu tapi sebab kiteorang naik LRT, jadi tak boleh la bawak sebab haiwan peliharaan tak dibenarkan naik pengangkutan awam.

Ekspo Kucing 2024
Ramai betul pencinta kucing yang datang ke Ekspo Kucing untuk borong makanan dan pasir kucing!


Sekarang ni rupa-rupanya nak masuk ekspo dikenakan bayaran ye. Dulu takde pun. Nasib baik cuma aku dan Suami Terchenta je kena bayar RM10 seorang, walaupun Khayla dah lebih dari 12 tahun. Mahal jugak kan? Tak beli apa-apa lagi pun dah melayang RM20.


Ekspo Kucing 2024
Belum masuk ekspo lagi anak-anak dah sangkut dekat booth Bichi Mao ni. Dieorang suka sebab ada macam-macam barang dengan design Bichi Mao yang comel ni - sticker, penanda buku, keychain, poskad dll.

OK jom masuk ekspo tengok kat dalam:


Ekspo Kucing 2024
Banyak betul booth kat dalam ekspo ni, tak sangka industri haiwan peliharaan kat Malaysia ni tumbuh macam cendawan!

Dekat ekspo ni, ada macam-macam jenis produk haiwan peliharaan yang dijual dari makanan dan pasir sampai la ubat-ubatan, aksesori kucing dan perkhidmatan macam pet hotel, pet grooming dan sebagainya. 


Ekspo Kucing 2024
Sebahagian dari booth yang ada di sini

Ekspo Kucing 2024
Makanan kucing seakan-akan nama aku hihi

Ekspo Kucing 2024
Kiteorang beli syampu, spray dan ubat titik untuk kucing sebab anak bulus dekat rumah tu asyik tergaru-garu je, takut ada fungal infection atau hama

Selain dari menjual barangan khas untuk kucing peliharaan, kucing-kucing baka pun ada dijual di sini. Harga memang kayangan la - RM2k ke atas. Aku tak tau apa jadi dengan cadangan mengharamkan penjualan binatang peliharaan yang pernah diwar-warkan satu masa dulu. Nampak macam masih banyak je bisnes menjual kucing baka ni.


Ekspo Kucing 2024
Antara kucing baka yang dipamerkan

Selain dari kucing baka untuk dijual, ada jugak kucing jalanan untuk dipelihara secara percuma. 


Ekspo Kucing 2024
Ada beberapa animal rescue / shelter yang menawarkan kucing untuk dipelihara

Ekspo Kucing 2024
Kucing sebelah kiri dan belah atas kanan tu buat muka kesian sebab takde siapa nak adopt... 

Selain dari kucing ada jugak sudut untuk binatang selain dari kucing macam arnab, ular, iguana, sugar glider, dan lain-lain.

Anak-anak aku ni pantang tau nampak ular, mesti nak pegang. Aku memang tak la, berdiri jauh-jauh sambil tangkap gambar dieorang sebab aku geli dengan ular! 😖 Ambik gambar dengan ular ni kena bayar RM15. Tapi elok je ular tu memberi kerjasama, suruh pandang kamera dia pandang kamera hihi.


Ekspo Kucing 2024
Haiwan lain yang ada di ekspo kucing

Best jugak jalan-jalan dalam ekspo ni sebab dapat tengok kucing orang lain yang comel-comel. Elok pulak perangai dieorang ni kena dukung, kena pakai baju, kena bertenggek atas bahu bibik. Kalau Louis dengan Kiera ni, mau menggelupur dieorang dah la takut tengok orang lain. Orang datang servis penapis air tekan loceng rumah pun dieorang boleh lari lintang-pukang bersembunyi!


Ekspo Kucing 2024
Antara kucing-kucing yang kiteorang jumpa di ekspo ni. Owner pun baik hati bagi orang lain belai-belai kucing dieorang.

20 comments:

  1. Boleh tahan mahal jugak ya harga nak masuk ekspo 😅. Tapi dah sampai depan pintu, teruskan jelah.

    Ular sawa batik agaknya tu. Cantik corak dan warnanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, baru masuk belum beli apa2 dah melayang RM20. Tapi dah alang2 sampai, bayar je la...

      Tak pasti ular sawa spesies apa, sebab ular apa2 jenis pun saya geli 😅

      Delete
  2. wow juak anak ktk...kmk dgn cicak pun geli teruk hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah sidak duak ya berani, mak bapak sidaknya takut hahaha

      Delete
  3. saya suka main2 dgn kucing esp yg cute2!! tp setakat main2 jer..tak gigih nak ada komitment bela kucing (lgpun my boys asthma)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kucing ni high maintenance sebenarnya, dah serupa bela anak jugak hihi. Dengan makanannya, pasirnya, vaksinnya, ubat-ubatnya... memang kena komited kalau nak bela kucing. Kalau saya sorang memang takde la nak bela kucing tapi sebab suami & anak2 pencinta kucing, saya layan je la request dieorang nak bela kucing ni 🤭 janji dieorang yg bagi makan, buang najis, bagi mandi semua tu.

      Delete
  4. Replies
    1. Takpe Uncle lepas ni mesti ada lagi ekspo lain berkaitan kucing hehe

      Delete
  5. Dah terlepas dah dengan expo kucing ni. tarikh pun semua Dania kerja je. Ya allah beraninya dengan ular ya. Dania dia pantang nampak perkataan reptilia sebab dia takut dengan ular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun duduk jauh2 sikit sebab geli dgn ular. Dieorang je yang berani, siap merayu nak pegang ular 😅 Macam biasa suami saya cair la bila kena pujuk anak-anak. Bayar RM15 nak bergambar ni tapi siap dapat sekeping gambar bercetak buat kenangan.

      Delete
  6. Kak ana pun hadir kat expo ni hari Sabtu tu, memang meriah ramai sungguh dan best tengok anak-anak bulus yang di pamerkan dan hat yang pengunjung bawa tu, lahai comel-comel semuanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel belaka kucing2 kat ekspo tu kan Kak Ana. Pengunjung bawak kucing jadi tumpuan sebab semua nak stop belai kucing dieorang. Kiteorang ni kagum dengan kucing2 dieorg sebab elok je perangai, behave je tak macam kucing2 kiteorang kat rumah tu, nampak orang lain je tak cukup tanah bertempiaran lari! 😂😂

      Delete
  7. Bestnya gi expo tapi tu la, kalah nak masuk zoo Johor ni kena bayar RM10 pulak. Zoo RM10 ada gajah, unta ngan rimau, takpe, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Pelik pulak pegi ekspo kena bayar sekarang ni huhu..

      Delete
  8. Saya pun bingung, masih ada saja jual beli kucing ini kan 🤭 trutama yg kucing ras. Tp kalo tanya alasan seller, itu Krn mereka nak ganti ongkos perawatan yang sudah mereka lakukan sebelumnya, jadi bukan utk harga kucingnya 😂. Pandai sangat cari celah.

    Ada teman saya sampai beli kucing dari Jerman dan Rusia, jenis BSH, dan harganya cecah Rp30juta-Rp50juta 🤣🤣🤣. Memang lah orang kaya nih, bebaaaas 😅

    Macam di Indonesia tak ada jenis BSH yg bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya macam-macam jadi alasannya. Saya bukan tak suka kucing baka mahal ni, tapi banyak kucing di tempat perlindungan haiwan yang boleh diadopsi. Pernah di zaman pandemik dulu, kucing-kucing baka pun diserahkan ke tempat perlindungan haiwan kerana tuan mereka tak mampu nak bela. Macam Kiera tu, rasanya ada baka kucing Parsi tapi kami ambik percuma di SPCA

      Delete
  9. mmg ada niat nak singgah sini lps balik dr matta fair. tp kaki dah bg isyarat. lenguh daa tawaf mitec. blk naik shuttle kena berdiri sbb dah penu. waduhh... smpi SPM ckp x larat dah.. nk blk..🤣
    maka melepas laa sy nk tgk bebulus yg ada kat WTC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe mesti ada lagi ekspo haiwan peliharaan lepas ni. Fikir nak bawak anak-anak bulus tapi takut dieorg ni meronta2 sbb dieorang ni takut dgn orang & kucing lain 😜

      Delete
  10. tahun lepas x kena bayar pun yang kat MV tu...sekarang dah berbayar ye...seronopk tgok kucing..yang adopt tu kita boleh adopt terus..x yah bayar pape erk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la mcm mahal pulak sorang RM10 dia caj. Tu belum lagi nak beli barang2 kucing masa ekspo tu (kiteorang cuma beli set penjagaan kucing, amboi Louis & Kiera pun ada set penjagaan!🤭)

      Rasanya la boleh terus adopt. Tak tanya pulak kena bayar apa2 ke tak.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .