Tuesday, September 10, 2024
Festival Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (FNKSS) Peringat Kebangsaan 2024
Bulan lepas, aku dan Khadeeja pergi ke Festival Nasyid & Khat Sekolah-sekolah (FNKSS) peringkat kebangsaan 2024 yang dianjurkan pada 9-12 Ogos. Sebabnya, anak BFF aku terpilih mewakili Sarawak dalam pertandingan nasyid kategori sekolah rendah jadi kiteorang pun datang bagi sokongan.
Kiteorang sampai lewat sikit jadi terlepas nak tengok persembahan dari kumpulan 1 & 2. Sempat tengok kumpulan ke-3 sampai ke-7 je, lepas tu majlis berhenti untuk rehat dan disambung pulak tengahari tu untuk sesi ke-2. Wakil Sarawak pulak ialah giliran ke-5 pada sesi pertama.
Ni antara sebahagian dari kumpulan nasyid yang kiteorang tonton masa sesi pertama, kalau tak silap dari negeri Kedah, Selangor dan Sarawak. Maaf la lupa pulak dalam gambar ni dari negeri mana satu sebab masa emcee umumkan kumpulan ni keluar pun tak disebut dari negeri mana, mungkin protokol dah begitu.
Setiap kumpulan nasyid membawa 2 buah lagu nasyid. Memang power la sebab lagu nasyid tu digubah sendiri oleh jurulatih kumpulan nasyid ni.
Kumpulan ke-3 |
Kumpulan ke-4 |
Akhirnya tiba giliran kumpulan yang ditunggu-tunggu iaitu wakil Sarawak, iaitu kumpulan nasyid Ar-Rayyan Gen Z dari SK Agama (Majlis Islam Sarawak) Bintulu. BFF aku bagitau yang kumpulan nasyid dieorang ni dilatih oleh cikgu vokal yang pernah melatih seorang artis terkenal. Memang hebat la. Sebab tu dieorang boleh sampai ke peringkat kebangsaan.
Persediaan yang cukup mantap termasuk dengan background pentas |
Bukti datang bagi sokongan untuk BFF aku |
Walaupun memberikan persembahan yang mantap, sayangnya takde rezeki untuk wakil Sarawak mendapat johan dalam pertandingan kali ni. Johan keseluruhan bagi kategori sekolah-sekolah rendah ialah negeri Selangor. Tahniah kepada Selangor atas kejayaan merangkul johan keseluruhan!
Nota kaki: Dah lama tak join aktiviti-aktiviti macam ni.
menarik aktiviti2 gini! tahniah lah utk team selangor tu selaku juara
ReplyDeleteAah bagus sekolah-sekolah ni latih team nasyid dieorang sampai ke peringkat kebangsaan!
DeleteWow…cantik memukau hiasan pentasnya.
ReplyDeleteKalau dah sampai peringkat kebangsaan, harus mantap semua team.
Betul tu Kak Ujie, rasa mcm tengok persembahan di auditorium RTM pulak hehe. Semua team mantap cuma biasalah ada je yg nervous suara pun terketar2 sikit time nyanyi tu.
DeleteTahniah kepada team yang menang. Wow Sarawak dilatih oleh seseorang yang pernah coach artis terkenal ya. Hebat tu.
ReplyDeleteTeam Selangor menang keseluruhan kategori sekolah rendah. Ye, memang dieorang bersungguh2 nak menang tu tapi bukan rezeki dieorang tahun ni 😄
DeleteWalau kali ini belum meraih juara,mudah-mudahan lain waktu bisa mempersembahkan kemenangan, sokongan pada mereka pun sudah ikut mewakili..selamat buat pemenang..yang belum..ayoo tambah semangat 💪
ReplyDeleteSetuju, mungkin kali ni penyertaannya untuk membuka mata persembahan dari kumpulan negeri lain, semoga ada rezeki untuk menang tahun hadapan pulak.
Deletehebatttt tuuu sampai peringkat kebangsaan. dpt wakil negeri ti👍👍👍👍👍
ReplyDeletesy dulu wakil sek smpi ke peringkat daerah je. rs mcm dah hebat dah ms tu. rupanya bla tgk persembahan dr sek.lain mmg jaiuh lg hebat..patut laa kami klh🤣
Haha, tu la rezeki dieorang dapat coach vokal yang bukan calang2 lagi. Walaupun tak menang tapi dapat masuk peringkat kebangsaan tu dah satu rezeki, boleh belajar dari sekolah yg menang dan come back stronger next year! 💪🏻
DeleteBagus diadakan pertandingan nasyid mcam ni...alaaa...x menang ke yang Sarawak...siapa yang menang ni Carneyz
ReplyDeleteSelangor juara keseluruhan kategori sekolah2 rendah SA 🎉
DeleteTakpe anak-anak Sarawak. Tak menang tak apa tapi pengalaman itu yang mahal.
ReplyDeleteSetuju dgn Ammi. Janji dah sampai ke peringkat kebangsaan.
Delete