Geng mak-mak aku ni aku kenal sebab anak-anak kiteorang bersekolah di sekolah yang sama sekarang ni. Memandangkan kiteorang ni semuanya pengurus rumahtangga (baca: surirumah sepenuh masa), jadi selalunya lebih senang nak ajak dieorang ni keluar makan sama-sama berbanding dengan geng brunch aku yang bekerja.

Macam Jumaat lepas, kiteorang keluar makan sama-sama di Bray Bakery sebab ni tempat favourite kiteorang kalau keluar bersarapan pagi. Kali ni kiteorang ada seorang lagi ahli baru, iaitu mak kepada BFF Khadeeja yang baru je join the club sebagai pengurus rumahtangga hehe.


Siapa kata bila berhenti kerja, akan jadi kera sumbang? Kita create new circle tapi circle lama jangan dilupakan...

Kali ni aku order menu yang lain pulak. Balik-balik kalau datang sini order shakshuka, kali ni nak cuba menu lain pulak. Yang aku order ni ialah roasted tomato & shellfish bisque (RM34), dihidang bersama cheese toast. Sedap!


Bray Bakery
Roasted tomato & shellfish bisque (RM34)

Oleh sebab aku tengah bendera Jepun, tetiba craving nak makan benda manis jugak. Yang ni aku kongsi dengan kawan, namanya brûlée french toast (RM24). Hidangan ni pulak bagi aku kurang sesuai dengan tekak aku sebab there are too many strong flavours in one dish - rasa cinnamon tu berlawan dengan rasa spiced maple orange syrup. Overall, rasanya jadi overwhelming di lidah. Kawan aku pun sama pendapat dengan aku.


Bray Bakery
Brûlée French Toast - roti yang disalut serbuk kayu manis, vanilla dan salted butter, disiram dengan spiced maple orange syrup dan dihidang dengan mascarpone cheese. Minuman - 65% Signature Venezuela Chocolate w Sea Salt 

Sambil makan tu, borak-borak pasal anak-anak, kurikulum sekolah dan pengalaman kerja masing-masing. Seronok dengar sebab masing-masing datang dari latar belakang yang berbeza - ada yang dari media dan hiburan, ada dari pendidikan swasta dan ada juga dari banking & sales. Member seorang ni baru je berhenti kerja tapi ada isu di tempat kerja lama yang belum settle, terus topik kiteorang berkisar tentang labour law. Tak pasal-pasal aku rasa macam masuk kerja balik sebab kena terangkan pasal employee rights dan prosedur grievance sebagai seorang ex-HR! 🤭

Jangan ingat surirumah ni bila lepak bincang pasal hal rumahtangga, sekolah anak, resipi, pinggan-mangkuk dan gajet rumah je tau hihi. Topik yang ni pun kiteorang cover jugak - minyak zaitun cap apa yang paling sedap, resipi roti sourdough, aktiviti bersama keluarga di hujung minggu yang menarik, tu semua masuk topik perbincangan jugak 😊.

Alhamdulillah rezeki hari Jumaat, Yana bagitau dia belanja kiteorang breakfast pagi tu. Semoga murah rezeki Yana dan suami! 🤲🏻

Nota kaki: Bila nak lepak dengan geng-geng blogger pulak?

28 comments:

  1. jom lah kita lepak2!! kalau timing ngam, i nak join tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la nak cari masa gather ramai2 tu yg susah sbb kalau buat weekdays ada yg bekerja, kalau weekend pulak ada yg dah commit dgn family masing2 😅

      Delete
  2. biasa laa org pompuan kalau borak mmg byk topiknya...
    kena plak dpt mkn sedap2.. lg rancak boraknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, mcm2 topik boleh bukak bila dah berjumpa ni 😄

      Delete
  3. Kadang2 berbual dengan group surirumah ni fikiran dorang lagi berkembang dari kita yg bekerja ni. Macam Sk ni dah penat dah nak fikir pasal kerja, jadi bila borak tu malas dah nak cakap pasal kerja tapi kalau orang tanya kita layan jugalah, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn SK.. klu jumpa dgn geng2 satu office, mostly jadi sesi curhat pasal kerja, pasal politik di ofis, blabla. Yalah dah spend banyak masa di ofis, tak sempat nak fikir benda2 lain kan. Faham jugak situasi orang yg bekerja ni sbb pernah melaluinya.

      Delete
  4. Eh memang seruuuu kalo saling ngobrol dengan orang yg sama seperti kita. Ntah dlm hal suri rumah, sesama bloggers etc. langsung merasa klik kan. Tapi so far saya hanya bisa klik saat bertemu bloggers dan teman sesama Travelers. Pernah ketemu dengan ibu2 dari sekolah anak2, tp saya tak merasa klik dengan mereka. JD memang amat sangat jarang ketemu. Awkward yg ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur saya jumpa circle ibu2 yang boleh klik ni. Kalau tak bosan jugak tak ada kawan2 nak ajak berborak, lagi2 bila suami tengah sibuk dgn projek di pejabat langsung tak sempat teman berborak.

      Delete
  5. Ini bukan Mak-mak beshe-beshe... ini Hot Mamas!

    ReplyDelete
  6. syok. tgk geng mak2 jumpa
    mesti meriahh
    bila. nk jumpa dgn ciknur pula. ni he hee

    ReplyDelete
  7. Ini bukan sebarangan suri rumah, ini suri rumah educated..
    Suka bergaul dengan orang yang suka berkongsi pengalaman dari latar belakang yang berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, terbuka minda bila dengar pengalaman masing-masing. Orang kata, inside stories hihi. Masa tu baru tau ooo.. mcm ni rupa2nya kerja bahagian media dan hiburan, mcm ni rupa2nya kerja sektor banking...

      Delete
  8. seronok sesekali lepak camni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sekali-sekala keluar rumah jumpa dgn geng2 sama kapal ni (surirumah) hehe.

      Delete
  9. brulee french toast menarik nmpk...ada geng mak2 camni best juga....lepak2 santai lps urus umhtgga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak menarik tapi kurang kena dengan tekak saya. Betul kak, seronok ada geng bersosial takde la asyik terperap kat rumah bercakap dgn kucing je hehe

      Delete
  10. untungla ramai girlfriends., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penting utk mental health. Surirumah pun kena ada networking jugak Wak hihi

      Delete
  11. Sedap nampak semua food tu. Memang seronok keluar dengan geng mak2 ni. Macam2 cerita. Kalau ada rezeki nak jugak join lepak dengan bloggers 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak ada peluang lepak dgn bloggers pulak hihi

      Delete
  12. seronok nya..dpt chill & lepak2 mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok.. bila jadi surirumah kita appreciate sesi lepak2 mcm ni utk kurangkan rasa bosan duduk di rumah hihi

      Delete
  13. Jom...tapi plan la awal2..SA ngan suami leh join sebab suami dah duduk sini nanti bulan 10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak plan melainkan ada event mcm kenduri SA dulu atau buat makan2 di rumah, atau Fanny turun ke KL hehe

      Delete
  14. betul...geng-geng bicara ilmiah gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha takde la ilmiah sangat, sekadar berkongsi pengalaman kerja je 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .