Semalam hampir seharian aku ada temujanji hospital, dari pukul 11 pagi sampai 5 petang. Last aku jumpa doktor ialah pada bulan Jun lepas, jadi nak tengok la hasilnya ada improvement ke tak.
Setiap kali ke sini mesti berdebar-debar sebab ada je berita kurang enak setiap kali dapat result lab |
Mula-mula sampai aku kena pergi ke makmal untuk ambik sampel darah dan air kencing. Lepas tu kena tunggu result lab keluar baru boleh jumpa doktor pakar diabetologist.
Jumpa Pakar Diabetologist / Endocrinologist
Diringkaskan hasil ujian darah dan urine:
- Bacaan gula dalam darah stabil (HbA1c) dan pada tahap pre-diabetes
- Bacaan tekanan darah normal (alhamdulillah)
- Fungsi buah pinggang improve (dari tahap 3 ke 2) tapi tak banyak (eGFR dari 57% ke 62%).
- Bacaan kolesterol naik! (apakah?? Padahal aku dah kurangkan makan daging merah!)
Doktor pun tak boleh nak fikirkan punca fungsi buah pinggang aku ni merosot dengan mendadak sebab masa awal-awal aku ke sini tahun lepas, bacaan buah pinggang aku ialah 86% (masa ni memang dah merosot sebab buah pinggang normal sepatutnya bacaannya above 90%. Tapi dalam masa 5 bulan je, turun dengan drastik ke 57%. Dia confuse sebab ubat-ubatan yang dia bagi tu katanya 'supposed to protect your kidneys and heart'. Akhirnya dia suruh aku minum lagi banyak air (4L pulak kali ni 🤨) dan 2 bulan lagi kena scan buah pinggang pulak.
Doktor pakar takde pilihan kecuali prescribe ubat kolesterol sebab dah cuba kawal tanpa ubat tapi tak berjaya huhu 😖. Selain dari tu, aku request untuk dirujuk ke pakar pemakanan (dietitian) supaya aku boleh tau apa makanan yang perlu aku elakkan dan perlu aku ambik untuk improve tahap kolesterol.
Jumpa Pakar Pemakanan (Dietitian)
Pukul 4 petang, aku jumpa dengan pakar pemakanan pulak. Mula-mula sekali dia catat apa rutin pemakanan aku seharian (makan apa, pukul berapa, portion banyak mana). Lepas tu dia pun explain untuk tingkatkan fungsi buah pinggang aku, aku kena improve tahap kolesterol dan turunkan bacaan gula. Sebab dua-dua ni berkait rapat dengan fungsi buah pinggang.
Overall, dietitian rasa pola pemakanan harian aku dah OK (kecuali part cheat days bila kawan-kawan ajak keluar makan atau bila keluar makan dengan family, yang tu dia kata cuba cari menu sihat contohnya salad ke. Tak boleh bayangkan orang lain makan sedap-sedap aku pulak boleh makan salad je 😅). Dia cuma nasihatkan tabiat aku minum Vico satu sachet sehari kena kurangkan lagi kepada 1 sachet sebulan. Sarapan oat dan chia seed tu kalau boleh jangan letak brown sugar tapi letak la buah kurma kalau nak manis sikit atau campur susu rendah lemak.
Antara tips-tips dari dietitian yang aku sempat catat tadi:
- Cholesterol is not only from eating red meat, seafood or oily food! Minum minuman dan makan makanan manis macam pastries dan air bergas, ice blended coffee etc. pun boleh naikkan kolesterol! (new knowledge for me)
- Pilih cara masakan rebus, stim, bakar atau panggang. Nak masak masakan bergulai boleh tapi jangan ambik kuah bila makan.
- Banyakkan sayur-sayuran dalam diet sebab serat sangat membantu turunkan kolesterol jahat.
- Amalkan diet suku-suku-separuh (DSS). Jangan ambik lebih dari 3 portion karbohidrat setiap kali makan atau 3 sudu rata senduk nasi setiap kali makan atau segenggam penumbuk tangan sendiri.
- Waktu tengahari ambil protein (ayam/daging/ikan/dll.) sebesar tapak tangan tapi sebelah malam pulak kurangkan kepada separuh tapak tangan.
- Buang kepala udang sebelum memasak sebab kepala udang banyak kolesterol, walaupun dalam masakan rebus.
- Gantikan Vico dengan susu rendah lemak dan tabur sedikit serbuk koko untuk rasa coklat.
- Pilih yogurt perisa asli atau Greek yogurt perisa asli
- Cheat days (biasanya hujung minggu aku cheat days sebab keluar makan dengan family) akan menyusahkan penurunan berat badan. So selagi belum nampak perubahan berat badan, no cheat days!
- Fokus pada senaman kardio dulu sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Maksudnya dalam sehari, aku kena buat senaman kardio selama 30 minit (brisk walk, zumba, jogging, senamrobik dan seangkatan dengannya). Senaman kardio ni rupa-rupanya bagus untuk menaikkan bacaan HDL (kolesterol baik). Aku baru tau... Bila dah nampak penurunan berat badan, baru tambah senaman lain macam strength training.
Harap-harap tips ni pun membantu mana-mana kawan-kawan lain yang tengah berusaha menurunkan tahap kolesterol dan turunkan berat badan. Semoga aku berjaya follow tips-tips dietitian ni. Doakan aku ye kawan-kawan... 💪🏻
Terima kasih share tips 👍🏽
ReplyDeleteSangat berguna. Akak nak kena ingat untuk makan daging seminggu sekali je kot, sekarang ni kerap sungguh makan daging. Padahal kolestrol dah melebihi tahap normal. Dan kena tambah portion sayuran.
Betul tu Kak Ujie. Saya pun sama kena tambah portion sayuran. Dietitian kata kalau malas masak sayur tengahari (sebab biasa makan seorang diri je tengahari), simpan stok salad dalam peti sejuk, tak pun ulam2an macam timun, kacang botol, daun salad, dll.
DeleteSemoga Allah permudahkan urusan rawatan Carneyz dan dikurniakan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
DeleteSemoga makbul doa Kak Ujie sempena hari yang baik ni...💓
tq for sharing tips! i dh start clean eating minggu ni ie cut carbo dan sugar...sbb i plan nak buat blood screening lg few weeks...last buat check up tu last year laaaa...dan sbb plan nak travel jugak kan so kena reduce few kilos ni (baju dh ketat laaa)
ReplyDeleteSemoga result blood screening MZ cantik semuanya. Tu la dah makin berusia ni makin kena jaga makan sebenarnya kan.
Deleteanyway, take care tau, shafakillah. jom kita jaga mknn/diet (mencabar laa sebenarnya)
ReplyDeleteTQ MZ 😊 mmg mencabar apa lagi malaysia ni syurga makanan 😅
DeleteMemang agak susah ya buat menahan makan manis dan daging,saya pun kadang gitu,tapi sekarang mengingat umur dah bertambah,agak di kurang"kan , apalagi saya malas olah raga..makasih tipsnya kak..jadi pahamlah saya.
ReplyDeleteSama2. Ya, sangat susah sebab dari kecil saya ni suka yang manis2, coklat2 gitu... 😅 lagi mudah pantang daging dari pantang coklat huhu...
DeleteSama Karni pakar diet Sis bagitau semua tu. Sebab tu Sis dah mula bristwalk balik, kalau boleh 5x sehari. Sis pulak 3x jer seminggu bristwalk sebab Isnin Khamis puasa. Tang kolestrol tu betul, kopi dan dessert juga menaikkan bacaan kolestrol .. mmg sadis betul nak research semua apa yang do and donts huhuhu.. moga kita sama² sihat ..
ReplyDeleteYe, kena increase lagi workout saya. Nak try buat 10k langkah setiap hari la. Air pun kena minum 4L sehari huhu...
Deleteciknur jga baru bln lepas jumpa dr, alhamdulillah
ReplyDeleteok, kolesterol je agak naik dan kena kawal mkn yg bergorng
cam biasa senaman kena nasihat dr he hee yg payah sekali nk konsisten
Yang paling susah konsisten bagi saya pulak ialah elakkan makanan manis mcm coklat huhu...
DeleteThanks for sharing, kadang tu terlupa je bila lapar. Banyak pikir pun doctor kata boleh tinggikan cholesterol. Take care ya Carneyz.
ReplyDeleteSama2 kak Mulan. Kita saling beringat supaya masing2 terus sihat hendaknya 🤲🏻
DeleteVico tu 1 sachet je sebulan. Drastik ni Carneyz. Moga semua dipermudah lepas ni bila check Dr.
ReplyDeleteOK la tu dari kena larang minum langsung 😅 Terima kasih sis Ezna
DeleteKalau patuh doktor, pasti berjaya
ReplyDeleteKalau suruh bersenam ok lagi. Nak jaga makan ni mencabar betul huhu... tapi kena buat jugak kalau nak sihat.
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Semoga di permudahkan semuanya.
ReplyDeleteSama2 Shai. Kita jaga kita 🙌🏻
Deletesama la mcm abe kie ni. setiap 4 bln kena pi jumpa doktor utk khidmat nasihat dan pengambilan ubat...
ReplyDeleteSemoga abe kie sihat2 selalu 🌸
DeleteThank you for sharing tips pemakanan.. Semoga dipermudah urusan sentiasa..
ReplyDeleteTake care Carneyz..
Sama2. Semoga kita semua sentiasa sihat 🤲🏻
DeleteSemoga berjaya Puan Carneyz.
ReplyDeleteTerima kasih NA 💕
DeleteSharing yang amat bagus.. Semoga kita bersama kekalkan kesihatan..
ReplyDeleteNext time dtg Ampang Puteri roger la hihiii ;D
Oo... camane nak roger tu? Hihi..
Deleteyg no 8 tu mmg betul laa cara yg sy buat skrg. sy ambil sbb nak jg usus je. manfaat lain igt2 lupa😁
ReplyDeletethanks for sharing👍
Saya suka natural yogurt Marigold. Greek yogurt tu masam sangat tak boleh nak telan 😅
Deletethanks for sharing..semoga kesihatan Carneyz bertambah baik...no cheat days tu yg payah...huhu..
ReplyDeleteAah memang payah bab tu sebab hujung minggu masa bersama keluarga nak JJCM, try tempat makan baru, hari nak gantung kuali, blablabla (ada2 je alasan kan) 😅
DeleteThank you Carneyz beberapa poinnya. Saya bisa jadikan rujukan juga bila ingin diet lebih sehat.
ReplyDeleteMemang lah kalo udah urusan nak turunkan berat, kardio dah pasti harga mati. Workout beban itu sebaiknya dilakukan kalo berat badan kita sudah stabil normal, atau dilakukan tp tidak melebihi porsi kardio.
Cuma memang bagus saya kardio ini bosan sikiit 🤣🤣. Apalagi saya lakukan sendiri di rumah. Mungkin beda cerita kalo dilakukan bersama teman2 di gym yaa 😅. Makanya selama ini saya kardio hanya 15 menit, lalu 45 menit selanjutnya latihan Strength training pakai beban.
Tu la sekarang ni kena fokus pada kardio i.e. berjalan atas treadmill. Saya aim 10k langkah setiap hari. Semoga berjaya konsisten 😅
Delete