Entry ni bukan nak cerita pasal tandas yang kotor tapi nak cerita pasal tandas kayangan yang pernah aku masuk. Yang menariknya, tandas-tandas ni tak dikenakan bayaran masuk hehe. Pendek kata, tandas awam la.

Tandas di Menara Exchange 106 sebelah TRX Mall

Masa aku keluar brunch dengan BFFs di Opera Cafe & Lounge, kiteorang singgah la masuk ke tandas kat sini. Bila tengok tandas yang canggih ni, masing-masing kecoh sebab tandas kat sini macam tandas kat Jepun wooo... Ada butang-butang canggih dekat tepi tandas ni untuk membersihkan diri lepas buang air. Bukan setakat tu, boleh adjust tekanan air, keringkan dan kalau taknak orang sebelah tau tengah buat bisnes besar, siap ada butang mainkan muzik lagi! 🤣 Member aku siap tekan butang tu lepas tu kiteorang ramai-ramai tergelak bila keluar lagu classical music mengiringi aktiviti dalam tandas 😆.


Menara Exchange 106
Tandas berteknologi tinggi

Tandas di HGH Convention Centre, Sentul

Yang ni pulak beshe-beshe je, tapi yang tak boleh tahan, mangkuk tandasnya warna gold! Siapa yang buat bisnes kat sini mesti rasa macam CEO Megah Holdings sebab mampu membuang atas mangkuk emas.


HGH Convention Centre Sentul
Tandas CEO Megah Holdings

OK tu je la perkongsian pasal tandas kayangan 🤣. Semoga semua tandas di Malaysia ni akan improve macam standard tandas-tandas ni. Tapi kalau perangai pengotor dan suka rosakkan harta benda awam segelintir rakyat Malaysia ni tak berubah, memang sampai bila-bila pun tandas kita akan jadi tandas negara dunia ketiga 😒. Buatlah tandas yang canggih dan kayangan macamana pun, yang penting sikap dan mentaliti tu kena ubah jugak. Renung-renungkan dan selamat menjaga kebersihan tandas awam!

38 comments:

  1. yg paling besh bila masuk tandas kat mana2 mall yg bersih wangi kering!! wpun ada hos pipe tu, tapi i suka tandas yg kering laaa....kat rumah pun i selalu bebel2 kalau mr hubby bg basah habih tandas kat masterbedroom hhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sama la kita MZ. Saya pun suka tandas kering, tak suka lantai basah. Lepas mandi (sebab shower sebelah toilet), saya akan mop lantai depan toilet sebab tak suka tengok air terpecik dan basah depan toilet. Hmm... orang lelaki mmg tak peka bab2 mcm ni, my hubby sama jugak. Ada dia kesah lantai toilet basah lepas mandi? 😅

      Delete
  2. sambung komen..teringat plak zmn i preggy, tak ingat anak yg mana, tp i jd tak leh nak masuk tandas yg lantainya basah wpun kat rumah, jd geli geleman sampai tahap stress/nak muntah hahaah kira mcm hormon preggy tu lah rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai macam tu sekali ye MZ hehe. Saya masih kena ajar anak2 lepas mandi mop lantai depan toilet supaya tak basah. Perangai bapak dieorang tu menurun betul dekat anak2 🤣

      Delete
  3. Terhibur kita pagi ni tengok blog Carneyz, hahahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeh, kenangan masuk toilet awam beramai2 lepas tu gelak berjemaah dengar muzik klasik dari cubicle member! 🤣

      Delete
  4. Kita pernah pergi satu rumah pakcik ni.. dia antara sponsor terbesar utk berpuluh Mahad Tahfiz... Mmg kaya la.. kitrg pergi sbb dipanggil utk baca khatam quran.. tandas dia mak aiii sebesar bilik master bedroom rumah kita huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, dia nak buat apa dengan tandas sebesar tu? 🤣 ke ada bathtub sekali dalam tandas tu?

      Delete
    2. Tandas tu siapa ada tv tau hahahaaa ...

      Delete
  5. Betul tu, kadang tandas lawa2 canggih tapi yang guna nya, adoi lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, paling tak boleh brain jenis yang masuk toilet lepas tu habis satu toilet basah lepas dia keluar, sampai pintu pun basah. Dia buat apa dalam tu? Mandi ke?

      Delete
  6. Baru betul bole panggil bilik termenung, sambil uk uk ada muzik iringin, bole cover bunyi plop! Hahahaha ..

    Btw nanti cuba singgah Surau, adakah rekabentuk kayangan juga? ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toilet surau ngeri Sislin, sebab pernah sekali masuk toilet tiba2 ada binatang yang saya paling fobia (lipas) merayap kat atas lantai 😜 Paling kagum dengan toilet dekat masjid di Abu Dhabi, masuk2 toilet je terhidu bau mcm perfume hotel, cantik dan kering je toilet kat masjid sana 😍

      Delete
  7. wow..mewah sungguh tu.. betul. best betul bila masuk mall or hotel yg tandas nya wangi & cantik2.. so far yg MA paling kagum toilet kat one of the mall kat bangkok..siap ada ada meja utk make up.. mcm meja study pun ada la.. memang luas, cantiks sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tandas di The Garden Mall sebelah MV KL pun lawa dan ada ruang make up jugak 😅 Tapi tu la, tandas2 public yang lawa ni biasanya dekat tempat orang have2 je.

      Delete
  8. Ada pilihan muzik jiwang tak? Bukan apa, takut makin lama orang buat aktiviti dalam tandas sebab syok layan lagu jiwang 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde kak 😂 Ada muzik klasik je taknak orang syok sangat layan lagu kot hahaha!

      Delete
  9. Wah ada lagu"nya,nanti kelamaan menikmati lagu-lagu di tandas,orang gedor"pintu tak sabar mau dengar juga😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagunya cuma utk cover bunyi bisnes jatuh ke bawah je hahaha!

      Delete
  10. canggih naa, nak try gak laa hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ana nak try toilet yg canggih ke toilet emas? Hihi...

      Delete
  11. Mewah tandasnya ya.....selesa nak masuk tandas camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tandas kayangan memang selesa nak melepas hajat hihi...

      Delete
  12. Wow, kat TRX free jer..kat KLCC ada yg berbayar (or dah dimansuhkan)..
    Yang warna gold tu konsep supaya kalau kotor tak nampak sangat kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat KLCC masih berbayar RM2. Ada tengok IG orang review toilet kat mall Malaysia hihi

      Delete
  13. tandas plg mahal penah sy msk, kat swiss. €2🤣 x de bidet xde tisu. pepandai laa ko nak cebok cm ne🤣🤣 kat 🇲🇾 plg mahal penah msk tandas dlm lot 10. RM2. kalau x krn dah x tahan sgt... kalau bleh tahan mmg sy x msk🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Swiss tu mana ada benda free kan? Nak membuang pun kena bayar 😅
      Tandas berbayar area KL mmg standard harga RM2 kot, sebab dekat KLCC pun sama jugak rate tu. Tapi betul, bila dah perut memulas2 apa sangat la RM2 tu 🤣

      Delete
  14. Tandas gini kalau letak kat public area mcm kat mrt or lrt hmmmm ntahlah apa jadi. Dah sediakan tempat utk gantung bidet pun kadang2 dorang campak je kat bawah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ammi, setuju... orang Malaysia ni kalau bukan harta dieorg dia buat sesuka hati je. Nasib baik skrg dah kurang masalah orang buang pad dalam mangkuk tandas, kalau tak dari 3 cubicle toilet, tinggal satu je yang berfungsi 🤢

      Delete
  15. canggih ye tandas ada music tu...yg gold tu kemain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar orang sebelah tak dengar masa buang hajat besar hihi

      Delete
  16. Tandas yang best SA pernah pergi siap lepak dalam tu kat Grand Hyatt KL...Majestic Hotel pun best..uiii tandas salut emas...seram nak duduk ha...x jadi buat bisnes..duk tengok kilauan je nanti,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tandas kat hotel memang level kayangan hehehe.

      Delete
  17. Tapi lagi klasik itu akan terdengar keluar kan ya? 😅. Cuma menarik lah, at least drpd dengar suara bisnis tak sedap, better mereka mendengar suara musik klasik. Tak terbayang kalo ruangan tandas penuh, dan semua memutar musik klasik 🤣🤣🤣

    Betuuuul tuh. Perangai orang sini pun samaaa. Suka buat kotor, dan tak bisa bikin toilet bersih. Jdi kalo nak pakai toilet yg bersih, wangi, kering, memang harus ke mall premium kelas atas. Kalo ke mall biasa, tak usah harap toilet kering lah 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh bayangkan muziknya bersahut-sahutan 🤣

      Hmm.. padahal kita ni kebanyakan sudah diajar kebersihan sebahagian dari iman tapi masih lagi tandas kita tandas negara dunia ketiga kan. huhu

      Delete
  18. kmk pun mok juak guna tandas mewah kedak ya...mok feel orang kaya hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti berangan2 kedak CEO Megah Holdings hehe 😜

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .