Dalam perjalanan balik ke KL, kiteorang singgah solat Maghrib di Masjid Sri Sendayan, iaitu salah sebuah masjid tercantik di Malaysia. Bukan kiteorang je, ramai jugak yang singgah untuk solat di masjid ni.
Serba-sedikit info tentang Masjid Sri Sendayan - ianya menelan belanja RM100 juta untuk disiapkan dan menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China. Masjid ni diwakafkan oleh pengasas Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain. Allahu. Bukan setakat jutawan, malah dermawan.
Mak beriya-iya nak singgah solat di masjid ni sebab dengar cerita, arkitek yang diberikan kepercayaan untuk merealisasikan senibina masjid ni berasal dari Miri, Sarawak iaitu Zailan Yusop (eLANZ Design Build Sdn Bhd). Mak tumpang bangga sebab dia orang Miri, hihi...
Disebabkan kiteorang pergi sebelah malam, jadi gambar-gambar yang diambik tak berapa menyerlah. Kalau nak tengok gambar-gambar Masjid Sri Sendayan yang lebih cantik, boleh pergi ke blog kak Mulan sebab dia pun singgah di masjid yang sama baru-baru ni.
Bangunan masjid yang berwarna putih mengingatkan aku dengan masjid yang kiteorang pernah pergi di Abu Dhabi dulu (Sheikh Zayed Grand Mosque). Tapi masjid Sri Sendayan ni lebih dikenali sebagai Taj Mahal Malaysia sebab mirip dengan Taj Mahal di India.
Next, jom layan gambar-gambar masjid yang aku / Suami Terchenta ambik:
Bukti dah sampai ke Masjid Sri Sendayan |
Masjid Sri Sendayan yang tersergam indah |
Pemandangan dari luar masjid |
Setiap sudut masjid ni memang cantik dan memukau |
Dalam dewan solat utama (gambar diambil oleh Suami Terchenta) |
Dah selesai solat, Suami Terchenta kata nak singgah makan dulu sebelum balik ke rumah. Since dah dekat dengan Kajang, aku suggest la singgah makan di Willy Satay sebab ramai orang review Willy Satay ni lagi sedap dari Satay Haji Samuri.
Willy Satay |
Agak lama jugak menunggu satay siap sampai aku lapar dan pergi beli nasi goreng kampung dari gerai lain untuk isi perut sementara tunggu satay siap. Kalau makan kat Satay Haji Samuri, servis lebih cepat la. Kadang-kadang tu terlebih cepat sebab dapat satay ayam yang tak berapa masak, gara-gara nak cepat sangat kan. Huhu.
My verdict - Willy satay ni lebih banyak isi, dari segi rasa not bad, tapi aku lebih prefer kuah kacang Satay Haji Samuri. Mungkin sebab dah terbiasa kot.
Sekali lagi kecewa dengan nasi goreng kampung |
Hmm... Aku tak tau la apa nasib aku hari tu sebab kali kedua order nasi goreng kampung (kononnya nak menebus rasa kecewa dengan nasi goreng kampung di Makan Avenue @ Melaka) hari yang sama, pun sangat mengecewakan. Korang tengok dan nilai sendiri nasi goreng kampung ni. Dari gambar dah tau ni bukan nasi goreng kampung.
masjid sendayan tu memang cantik!! i baru sekali jer singgah OOTD kat situ. nasi goreng kampung tu..may be definisi kampung ialah letak ikan bilis tu laaa
ReplyDeleteTu la, kagum tengok Masjid Sendayan ni, untung orang2 yang duduk di situ sebab dapat solat di masjid yang cantik macam ni tiap2 hari
DeleteMalam pun cantik sangat view nya.
ReplyDeleteTapi tak secantik view waktu siang.
Deletecantik kan Masjid Seri Sendayan ni, kak ana suka sangat singgah solat sini, indah sangat rasanya senibina tersergam indah.. mendamaikan
ReplyDeleteTu la, kagum sangat tengok hiasan dalam masjid dengan elemen dari negara2 Islam yang lain digabungkan dalam senibinanya.
DeleteGambar Mulan memang cantik. Tapu gambar kat sini pun apa kurang cantiknya...
ReplyDeleteGambar ni saya snap masa lalu dekat tempat2 dalam masjid ni, jadi kurang berseni sikit hehe
Deletekak ret suka sambal hi samuri.. itu yg buat sedap je kot...
ReplyDeleteSaya suka kuah kacangnya.
Deletepernah lalu je sebelum ni sbb time tu bendera merah...🥹 hrp opismet kawen bln dpn kat sendayan, dpt laa singgah sekejap...
ReplyDeletefamous juga ya sate willy ni👍👍👍
Uish, bestnya venue kawen dekat masjid sendayan ni. Mesti cantik gambar kawen dia.
DeleteSusah sebenarnya nak dapat nasi goreng kampung yang memenuhi citarasa. Masjid Sendayan tu siang malam lawa tapi waktu siang lebih menyerlah.
ReplyDeleteTapi ni memang betul2 out. Takde rasa nasi goreng kampung langsung. Hmm... tu la, lain kali nak datang sebelah siang pulak la.
DeleteSA pun dah pi Masjid Sri Sendayan tu...kadang bawak PZ solat situ..arwah Mak Pah x pernah ke atau dah pernah pi sini..rasanya macam dah pernah
ReplyDeleteLawa sangat dan selesa masjid Sri Sendayan ni. Untung orang2 yang duduk area sini boleh solat selalu dekat masjid yang cantik.
DeleteNanti kalo ke sana lagi, berharap bisa juga berfoto di mesjid sendayan ini ❤️❤️. Saya pun merasa ini mirip taj mahal.
ReplyDeleteNasi goreng kampung itu fav saya juga. Tp kemarin di KL saya blm ketemu lagi nasgorkam yg sedap macam dulu yg dijual di komtar dan kantin kampus saya.
Yg di KL beberapa kali coba semua terlalu asin. Mungkin juga efek dari bilis yg dipakai. Tak bisa saya habiskan, Krn memang asin sangat.
Yg di Penang dulu sedap, rasa semua pas. Tapi ntah kemana sellernya 🤣
Harus pergi ke sini Fanny, memang cantik sekali masjid nya mirip Taj Mahal.
DeleteSaya pun suka nasi goreng kampung tapi susah nak jumpa yang sedap sekarang ni.