Throwback masa aku dan kakak aku ke Pulau Perhentian bulan Jun lepas. Masa nak balik ke Kota Bharu untuk ambik flight pulang ke KL esoknya, kiteorang tanya pemandu kereta sapu kat mana ada jual keropok lekor yang sedap. Terus dia bawak kiteorang ke gerai Keropok Lekor Z.
Keropok Lekor Z |
Kat sini dieorang dah siap-siap bungkus keropok lekor ikut harga. Kalau nak beli yang dah siap goreng pun ada.
Keropok lekor yang dah siap dibungkus |
Pekerja tengah membuat keropok lekor |
Driver kereta sapu kiteorang tu siap tanya, taknak beli air kelapa ke untuk minum dalam perjalanan ke KB? La... kita ni bukan main taknak makan & minum dalam kereta orang, tapi kalau dah empunya kereta yang bagi, so kiteorang terus pesan air kelapa bungkus. Sambil menunggu pesanan minuman siap, ralit kiteorang perhatikan pekerja membuat keropok lekor di depan gerai.
Sempat lagi memborong keropok ikan dan keropok sira di kedai sebelah gerai Keropok Lekor Z. Aku rasa mesti owner yang sama sebab warna kedai sama je dengan gerai tadi.
Kedai menjual pelbagai produk berasaskan ikan |
Alhamdulillah hotel tempat kiteorang bermalam di KB sebelum naik flight esok pagi ada menyediakan peti sejuk mini. Risau jugak keropok lekor yang kiteorang beli tu jadi busuk sebelum selamat sampai ke KL.
Sampai KL terus aku goreng beberapa batang keropok lekor. Memang sedap keropok lekornya, tapi tak sesedap keropok lekor yang aku pernah beli di Chukai, Kemaman. Yang tu memang bila goreng tak mengembang sangat dan rasa ikannya pun lebih kuat.
Kalau korang pulak, kat mana tempat yang jual keropok lekor kesukaan korang? Drop sikit dekat komen ye 😄.
kalao lalu jln ganu mmg ramai jual kepok lekor...mkn panas2 diorang goreng sedap
ReplyDeleteTu la... rindu betul nak jalan2 ke Terengganu. Dulu zaman bekerja selalu outstation ke Paka, mesti singgah beli keropok lekor bila dah lalu Chukai buat kudap2 dalam perjalanan.
Deletehehhe kak ret plak sejenis kepok x suka yg byk ikan ahahha... n x suka yg lembik2 hehhe.. nnt bln sep nak g KT bole cari kepok lekor juga la
ReplyDeleteLagi banyak isi ikan, lagi saya suka. Mesti Kak Ret suka beli yg jenis nipis2 tu kan.
Deletesaya selalu beli keropok lekor kat stall tepi jln area pantai penarek...emmm teliur la plakkk esp yg versi panas2 rebus tu
ReplyDeleteEh sama la kita. Saya pun suka versi rebus dari goreng. Lagi terasa isi ikannya.
DeleteSuka keropok lekor ni. Kalau ke terengganu mesti nak beli juga. Saya juga akan beli keropok ikan keping.
ReplyDeleteKeropok ikan keping pun sedap. Saya beli jugak lepas tu goreng dan simpan dalam bekas kedap udara.
DeleteBaru je lepas rasa2 keropok lekor kat halal fest
ReplyDeleteTak tau pulak ada halal fest #katakbawahtempurung
DeleteTak tau la mana tmpt favorite tapi kalau ke Pantai Timur sana pantang nmpk kepok lekor beli je sbb.m biasanya sedap² belaka. Keropok kering pun jgn dilupa ;)
ReplyDeleteBest kan road trip ke Pantai Timur. Tepi jalan ada je gerai yang menarik untuk disinggah dan buat jajan dalam perjalanan 😄
Deletesy x igt nama kedai tu. ms gi KT dulu kami stop kat Marang. sedap jg laa keropok lekor, keropok keping,sata etc. puas makan dan memborong
ReplyDeleteKalau tak kenangkan cuma bawak beg kecik je hari tu, mmg saya pun rasa nak memborong jugak. Bukan selalu dapat pergi negeri di Pantai Timur.
DeleteSA pernah beli yang kat Kemaman tapi lebih borong keropok keping ikan tamban..banyak gak..ni ada plan nak naik Kuantan ngan suami and lajak ke Trengganu...nanti nak borong keropok la...keropok is a must kat rumah SA..anak dara tu suka makan nasi ulam keropok keping
ReplyDeleteSaya ni bab nak goreng keropok tu yg malas hehe. Tapi time makan laju je habis kat rumah ni sbb anak2 saya pun suka keropok ikan tamban tu ðŸ¤
DeleteHaiyaaa Carneyz, saya tak perlu beli yg paling sedap, Krn bagi saya semua Lekor itu sedap 🤣🤣🤣🤣. Bisa ketemu seller yg jual saja dah super senaaaang sangat 😄❤️. Kemarin di Penang susah nak cari, di KL pun tak melihat hahahaha.
ReplyDeleteTapi nampaknya saya hrs ke Terengganu utk makan di kota aslinya yaa 😄
Hahaha! Sebab saya sudah biasa dengan keropok lekor yang lebih rasa ikannya, jadi bila rasa ikannya kurang saya kurang puas hati. Pasti nak cari yang lebih sedap dan asli ðŸ¤
Delete