Minggu lepas aku pergi ke SOGO sebab nak beli Facial Treatment Essence SK-II (FTE). Aku guna FTE ni sejak kena chicken pox setahun sebelum pregnant anak pertama. Ada promoter dekat KLCC suggest guna FTE untuk hilangkan parut chicken pox dekat muka aku, so aku pun beli la sebotol sebab malu giler turun kerja dengan muka berparut. Dalam masa 2 bulan je, parut chicken pox dekat muka aku hilang. Sebotol FTE 75ml tu tahan lama, lepas 2 tahun baru aku beli yang baru. Orang kata, alah membeli menang memakai. Macam tu la persepsi aku dengan produk SK-II. 

Mula-mula niat aku nak beli FTE je untuk gantikan yang dah habis tu. Tapi promoter dekat SOGO bagitau lebih baik aku beli trial kit sebab harganya sama dengan harga sebotol FTE (75ml). Dalam trial kit tu pun ada sebotol FTE 75ml. Lebih berbaloi la sebab dapat 2 ekstra produk dengan harga yang sama.

Lepas tu promoter tu tanya lagi, nak jadi member tak? Dia bagitau first-time member dapat skin analysis percuma dan beberapa produk sampel percuma. Eh, mesti la nak kalau boleh dapat lagi banyak sampel percuma 🤭. Hasilnya, hmm... takyah la citer, buat malu je hihi.

Oh ya, trial kit ni namanya "SK-II Ultimate Aura Essential Trial Kit". Dalam kit ni selain dari FTE, ada spot brightening serum (GenOptics Spots Essence) dan cleanser muka. Aku pernah cuba pencuci muka SK-II sebelum ni (dapat sampel percuma) dan aku suka sebab cukup lembut dan tak mengeringkan kulit. 

Jom tengok apa yang aku dapat selain trial kit yang aku beli tu:


SK II
Free gift untuk new member - dapat 5 produk sampel. Berbaloi sungguh daftar jadi member

SK-II Ultimate Aura Essential Trial Kit
What do I get? Sebotol toner, sebotol FTE, satu tiub kecik krim muka Skinpower Advanced Cream dan dua jenis essence dalam envelope (GenOptics UltraAura Essence dan SKINPOWER Essence)

SK II free sample
GenOptics UltraAura Essence dan SKINPOWER Essence 

SK II Ultimate Aura Essential Trial Kit
Trial kit unboxing

Mula-mula pakai FTE ni aku tak suka baunya, tapi lama-lama dah boleh terima la. Walaupun agak mahal tapi bagi aku produk ni berkesan mengurangkan garis-garis halus (dah umur 40an ni kena bertukar kepada skincare yang merawat masalah aging skin 🤭). 

Tak disangka-sangka lepas tu, Suami Terchenta setuju nak sponsor beli krim muka pulak 🥰. Yalah, taknak bini cepat nampak tua, kena la invest sikit skincare untuk bini kan? 😜 Plus, krim muka ni agak pekat teksturnya, calit sikit je dah cukup. Harap-harap dapat bertahan 1-2 tahun sebelum habis.


SK II
SKINPOWER Advanced Cream untuk menangani masalah penuaan kulit

Macamana dengan korang pulak? Apa produk dan jenama skincare korang guna yang korang rasa sangat-sangat berbaloi beli dan sangat berkesan mengatasi masalah kulit muka korang? Cuba kongsi di komen 😊

26 comments:

  1. Brand kayangan ni. Ammi pakai wardah je skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan serasi dengan kulit muka mana2 brand pun ok kan Ammi 😄

      Delete
  2. Baguslah jumpa produk yg serasi & berkesan dgn kulit muka sis. Biasanya brand gini wpun mahal tapi berkesan & tahan lama kan... PH pernah guna Mary Kay purple cream dia sesuai cuma skrg pakai produk biasa² je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal tapi tahan lama dan yang penting berkesan 👍🏻 Mary Kay pun famous jugak orang kata bagus cuma tak pernah try lagi 😊

      Delete
  3. my adik zmn2 dia bujang, memang beria lah pakai brand SKII tu..dia plak jenis beli full set, rege above RM500 dan kdg2 cecah RM1k, dan dpt mcm2 free gift laaa.pernah dpt beg etc...myself plak..i jenis tak berapa rajin tp pakai lah jugak skincare sbb dh masuk late40s ni, muka jd cepat kering/peeling laa...so for now, i pakai cleanser dan moisturizer tokyo organic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, memang peminat SK-II betul adik MZ tu ye. Betul tu, dah umur 40an kena cari skincare yang daya kelembapan tahan lama dan ambik suplemen kolagen sebab makin kurang kolagen, makin kering kulit kita.

      Delete
  4. Harga satu produk sama dengan harga tiga produk (set), memang berbaloi sangat. Kita skrg guna Aalia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, memang berbaloi beli trial kit ni 👍🏻

      Delete
  5. betul, alah beli menang memakai...berbaloi beli...kita guna produk beli kat farmasi jer...campur2, semua lain2 brand.. Skintific, Bio-Essence, Cetaphil, Skin Aqua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau brand Skintific, saya suka serum foundation brand Skintific sebab tak payah pakai bedak muka lepas tu dan tekstur ringan je 👍🏻 Pencuci muka pun saya guna Skintific cleanser.

      Delete
  6. arwah FIL pernah bli produk SK11 ni utk MIL time holiday london dlu...kalau sesuai ngan kulit bole continue....tk pakai skincare..dlu2 ada juga guna safi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, serius la akak tak guna skincare apa pun? Tapi kulit muka akak cantik je 👍🏻

      Delete
  7. Ada kawan guna FTE ni katanya memang berkesan elok kulit muka.

    Setakat ni akak guna beberapa skincare - Mamonde dan Cetaphil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman saya sendiri pun bila parut chicken pox hilang dalam 2 bulan bila guna FTE ni, tu yg guna sampai sekarang (walaupun pernah stop dalam waktu yg lama masa beranak kecik dulu sebab tak sempat nak belai muka 😆)

      Delete
  8. Brand ni dah lama kat pasaran... maknanya ramai yg guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Uncle, SK-II ni antara brand skincare yang dipercayai.

      Delete
  9. lama betul sampai 2 thn yaa

    sblm ni guna cetaphil. skrg pakai skintific... ni better utk org yg ada resdung ni😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skintific pun saya pakai jugak, pencuci muka dengan serum foundation. Best serum foundation tu sebab tekstur mcm pakai serum dan tak payah dah nak tepek bedak muka lepas pakai foundation 👍🏻

      Delete
    2. bekas dia yg kaler biru tu ke? ada plan juga nak beli nanti... sbb baca review 👍👍

      Delete
    3. Anies --> https://skintific.com/products/skintific-all-day-perfect-serum-foundation-full-coverage-concealer-cream-24-hour-long-wear-primer-makeup-bb-cushion
      Saya beli yang ni. Memang best pakai sebab tak payah pakai bedak dah.

      Delete
  10. SA pakai set wardah sekarang ni...sebelum ni pernah cuba SKII ni..tapi x sesuai dengan kulit SA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam Ammi la ni. Kalau tak sesuai, rugi pulak bila beli yang mahal2 kan. Nasib baik SK-II serasi dengan kulit saya klu tak mau berhuhu di tepi katil sbb dah habis duit tapi tak boleh pakai 😅

      Delete
  11. Carneyz maaaaf yaaa, tapi SK-II ini halal tak yaa menurut ulama di sana? Soalnya, saya 2 tahun pakai SK-II dulu. Saya pakai komplit dari facial wash, serum, FTE, moisturizer, sunscreen sampai sleeping mask.

    Tapi kemudian ada ustad di sini yg bilang SK-II tak halal karena ada kandungan sake yg akhirnya menghasilkan Pitera. Tapiiiiii, ini masih JD bahan perdebatan karena banyak juga yg bilang itu beda proses, dan SKII ini aman dipakai utk muslim. Cuma Krn perdebatan tak habis di sini, saya akhirnya tak pakai lagi 😔. 2 tahun saya pakai ini dan suka hasilnya. Walopun harga memang aduhai 🤣🤣.

    Paling suka sleeping mask mereka. Kalo pakai malam, esok pagi kulit wajah haluuuuus macam kulit bayi 😍🤭

    Sekarang ini saya pakai produk Korea selatan COSRX. Dah 3 tahun lebih. So far suka dan cocok. Saya pakai lengkap juga dari facial wash sampai sleeping mask.

    Yg ttg SK-II ini, masih perdebatan tak jelas yaaa, jadi saya rasa tergantung rasa percaya masing2. Krn teman saya yg muslim pun msh banyak yg pakai, Krn mereka sudah terlanjur cocok. Dan mereka anggab ini hasil fermentasi yg tak jauh beda dengan kombucha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut ulama di sini, sekiranya pembuatannya hasil dari proses pembuatan arak, maka ianya haram dan najis. (Sumber: https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4554-al-kafi-1737-hukum-menggunakan-sake-sejenis-arak-dalam-produk-kosmetik)

      Tapi SK-II Malaysia sudah terangkan Pitera bukan terhasil dari proses pembuatan arak jadi Insha Allah harus dan dibenarkan memakainya. (Sumber:
      https://www.adawiyahrusli.com/skincare/status-pitera-sk-ii). Berdasarkan penerangan dari sumber SK-II sendiri, jelas tiada Sake atau hasil dari Sake dalam produk mereka, walaupun asalnya terinspirasi dari tempat pembuatan arak.

      Berbeza dengan produk Hado Labo Kouji yang mengandungi sake dan terhasil dari pembuatan sake (arak), jadi hukumnya haram dan najis.

      Harap menjelaskan hukumnya ya Fanny 😃

      Delete
  12. Axis Y Dark Spot Correcting Glow Serum dari Korea, Vitamin E moisturizer Body Shop....lain2 brand la pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe janji serasi dengan kulit kita & capai hasil yang kita nak 😄

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .