Khamis lepas, mak ajak jalan-jalan di sekitar Jalan Masjid India. Lepas tu singgah beli coklat di Haniffa. Aku baru tau tempat ni jadi tumpuan orang ramai untuk beli coklat dengan harga yang murah. Mak yang duduk di Sarawak tau dulu dari aku hehe.

Lepas mak beli coklat yang dia nak, kiteorang ternampak basikal yang diparkir di depan Haniffa. Oh, ni la Tea Thambi yang terkenal dengan teh, kopi panas dan kuih India seperti vadai dan lain-lain. Apa lagi, ajak la mak mencuba teh dan kopi masala ni. Harga secawan pun murah - RM1 je.


masala tea
Tea Thambi yang diasaskan oleh seorang graduan jurutera berbangsa India selepas pandemik Covid19

Aku memang sangat tertarik dengan kisah pengasas Tea Thambi ni, Kavievanan Subramaniam. Dia merupakan seorang graduan kejuruteraan dan disebabkan peluang pekerjaan sangat terhad lepas pandemik, dia memutuskan untuk membuka bisnes menjual teh masala dengan mengayuh basikal di Brickfields. Disebabkan teh masalanya sedap dan harga pun murah (RM1 satu cawan) jadi bisnesnya pun laku. Sekarang ni dia dah bukak kedai di Jalan Tun Perak dan dengarnya akan bukak sebuah lagi kedai di Masjid India. Seorang anak muda yang patut dikagumi dan dicontohi sebab tak duduk diam dan tanam anggur di rumah sementara cari pekerjaan.

Back to our story, mak ambik kopi masala dan aku pulak ambik teh masala. Tehnya sedap dan ada rasa buah pelaga yang wangi. Mak kata kopi masala tu pun sedap. Patut la ramai orang suka.


teh masala
Teh masala yang sedap

Lain kali kalau lalu kat sini lagi aku nak try jugak vadai dan karipap. Mesti sedap makan dengan teh masala ni. Siapa yang dah pernah cuba teh masala dari Tea Thambi ni?

Nota kaki: Semoga makcik India yang terjatuh dalam insiden tanah jerlus di kawasan Masjid India berjaya ditemui dengan selamat.

26 comments:

  1. Saya belum pernah coba minum teh India, karena tempat saya jarang ada yg jual,apalagi teh masala ini...bagus anak muda ini,menciptakan kerja sendiri, gak hanya tergantung kerja di office

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya berempah, ada pedas sedikit. Saya suka, lagi-lagi kalau cuaca sejuk dan nyaman, terasa hangat bila minum teh masala ni 😊

      Delete
  2. saya tea lover tp suka black tea jer, tak suka yg ada apa2 perisa heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, teh tarik pun tak minat ye MZ? Kalau black tea, saya suka English Breakfast sebab aromanya. Ada orang suka Earl Grey tapi bagi saya pahit sikit.

      Delete
  3. baru semalam sy tengok video perkembangan bisnes lelaki ni. sekarang dah ada kedai kecil. yg kat sini kira 'cawangan' dia laa... terbaik! usaha tak pernah mengkhianati hasil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan anies. Walaupun parents dia mula2 tak support tapi ye la dari dia menganggur baik dia cari peluang berniaga. Teh masala dia sedap, pekat dan tak terlalu kuat rempahnya, just nice 👌🏻

      Delete
  4. sidak mak bapak kmk pun suka beli coklat di haniffa ya... nang tmpt permainan org swak sia bah... tedah oo yg gugok dlm sinkhole ya lom jumpa gik.. dh tempat selalu dipergi... alu gelik sa nyawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaah... kamek jak la tertinggal kapal tok 🤣 orang diam di Sarawak gik tauk tempat shopping coklat. Aok yalah kmk duak mak kmk padah nasib masa kmk orang pegi ya sikda berlaku apa2. Maka kmk duak pun duduk minum teh juak depan Haniffa ya 🙊 Dah nama ajal oo. Semoga nya dijumpai dalam masa terdekat.

      Delete
    2. biasalah gia salu org yg 'pelancong' agik tauk spot menarik.. hihi... tedah juak bah dgn pempuan ya, sine ndak nya dihanyut air kah atau tertimbus.. mudahan dipermudah urusan sidak bomba

      Delete
    3. Selalu mcm ya lah. Pelancong biasa dah polah research siney mok pegi yalah lagi penauk dari orang lokal hehe.

      Semoga empuan ya ditemui. Abis berkorek semua jeraya mok cuba cari nya.

      Delete
  5. Teh masalah memang sedap. First time dengar TEA THAMBI ni. Nak cari la nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tau pasal Tea Thambi ni sebab fames kisah dia masa zaman pandemik dulu. Tapi ni first time rasa teh masala dia. Biasa tak berapa gemar teh masala & prefer teh adani (arab) tapi yang ni sedap pulak 👍🏻

      Delete
  6. Replies
    1. Sedap Wak. Pedas2 gitu, sedap minum panas2 👍🏻

      Delete
  7. alamak kita kureng sket ngan tea india ni hehehe.. myb sebab rasa yg berempah mcm pedas hehe... pape pun yup tempat cekelat tu memang femes.. kita pun dulu suka borong kat situ tapi skrg je dah malas nk g area masjid india. skrg rasa mana2 pun dah x selamat nak jalan-jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kalau tak sebab mak datang, memang jarang2 jejak kaki ke Masjid India tu. Tu pasal tak tau pasal Haniffa 🤭

      Delete
  8. Pernah minum dan try teh masala ni kat kedai ala mamak di Perth. Sejak itu tak suka teh masala sebab berempah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebelum ni tak berapa minat teh masala, lebih prefer teh adani walaupun dua2 berempah tapi teh masala Tea Thambi ni sedap pulak kena kat tekak 😄

      Delete
  9. insiden tanah jerlus tu hari Jumaat sehari selepas Carneyz pergi ke?
    tengok cawan Tea Thambi pun dah nampak menarik belum lagi rasa tea dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tu la. Syukur takde apa2 kejadian yang tak diingini masa kiteorg ke sana Khamis lepas.

      Delete
  10. MA x suka teh..kalau teh o..ok lagi
    but no 1 still coffee .. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama mcm my mom. Dia pun peminat tegar kopi. Kena pekena 1 cawan kopi setiap pagi baru segar elok hehe

      Delete
  11. Okey...next kena carik ni...SA bukan peminum tea..tapi nak cuba la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi masala pun ada, kalau SA tak minum teh 😄

      Delete
  12. Saya harus coba dulu baru bisa bilang suka atau tak. Jujurnya pernah coba teh masala beberapa kali, tp saya belum ketemu yg rasanya sesuai dengan saya. Antara saya memang tak suka, atau memang belum ketemu yg cocok.

    Nantilah kalo ke KL lagi nak coba juga. Apalagi Carneyz bilang ada jual karipap 😍😍. At least seandainya saya tak cocok dengan teh masala, tp saya pasti suka karipap 😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sejujurnya tak minat teh masala, saya lebih prefer teh adani orang arab 😄 tapi yang ini cocok buat saya. Mungkin sebab rempahnya tak terlalu kuat. Ya ada jual sekali vadai dan karipap tapi saya tak beli sebab masih kenyang 😊

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .