Melaka Trip 2024 (Part 4)
Destinasi terakhir kami sebelum balik ke KL ialah ke Malaysia Heritage Studios. Entri ni sambungan dari:
Dulu masa awal-awal kahwin pernah singgah ke sini tapi masa tu namanya Taman Mini Malaysia / ASEAN kalau tak silap. Tapi masa tu bosan la sebab semua rumah tak boleh masuk. Boleh ambik gambar dari luar je.
Tapi kali ni tempat ni dah berubah wajah, nampak lebih komersil dan menarik untuk dikunjungi. Dan kali ni boleh naik setiap model rumah tradisional di Malaysia untuk tengok bahagian dalam rumah. Maka berdozen-dozen la gambar yang aku ambik di sini, sila layanzzz....
|
Kat luar lagi dah menarik dengan replika globe macam dekat Universal Studios |
|
Dari luar dah nampak cantik dan gah. Tiket kaunter dekat tepi tu je. |
Dalam taman studio ni ada 13 buah replika rumah tradisional dari setiap negeri dan setiap rumah tu menempatkan galeri yang berbeza mengikut tema. Susunan rumah di sini mengikut geografi Malaysia bermula dari utara sampai ke selatan, pantai timur dan Malaysia Timur. Rumah pertama dan paling dekat dengan pintu masuk ialah rumah Perlis yang menempatkan galeri busana tradisional (House of Busana). Menariknya patung-patung yang memakai busana tradisional ni sebenarnya ialah patung muzikal. Depan setiap patung ni ada kunci yang bila kita putar, patung-patung ni akan berpusing dan ada lagu-lagu Malaysia macam lagu Dato' Siti Nurhaliza yang akan keluar.
|
Galeri House of Busana dalam rumah Perlis |
|
Bahagian luar dan dalam rumah Perlis |
Seterusnya kiteorang naik pulak rumah Pulau Pinang (House of Silver Screens). Dekat sini ada rekod-rekod dan replika tv dan radio lama.
|
Rumah Pulau Pinang |
Sebelah rumah Pulau Pinang ialah rumah Kedah (House of Cultural Belief). Rumah Kedah ni paling menarik la bagi aku. Dalamnya ada pemandangan 'sawah padi' dari lampu LED (simbolik kepada negeri Kedah yang terkenal sebagai pengeluar padi negara atau mangkuk nasi Malaysia) dan jugak lampu LED pelita. Suasana dalam rumah Kedah ni terasa sangat magical dengan kilauan dari beribu-ribu lampu LED.
|
Sawah padi |
|
Lampu pelita |
Seterusnya ialah rumah Perak (House of Music), yang menempatkan galeri alat muzik tradisional. Rumah Perak paling tak menarik bagi aku haha.
|
Kalau pameran alat muzik ni dibuat secara interaktif, mungkin menarik la. |
Seterusnya ialah rumah Selangor (House of Merdeka). Dekat sini pun menarik untuk ambik gambar.
|
Rumah Selangor |
|
Replika bunga kebangsaan (bunga raya) dan Jalur Gemilang yang dipancarkan pada ribuan kristal kaca |
Oleh sebab kiteorang ambik masa yang agak lama dari rumah Perlis sampai ke rumah Selangor, end up tak sempat nak meneroka setiap buah rumah dekat sini. Jadi aku ambik gambar dari luar je la.
|
Ikut pusingan jam: Rumah Negeri Sembilan (House of Wood Crafts), Rumah Pahang (House of Hope), Rumah Johor (House of Festivities), Rumah Terengganu (House of Aquamarine), Rumah Selangor dan Rumah Kelantan (House of Performance Arts) |
Tempat ni memang menarik dan kaya dengan budaya Malaysia untuk kita perkenalkan dengan anak-anak kita. Dapat la dieorang tengok dan terokai setiap rumah tradisional dan warisan tradisional dari setiap pelusuk negeri di Malaysia dari satu lokasi je iaitu taman studio ni. Selain dari tu banyak sudut menarik untuk ambik gambar, tu yang terpaling penting! Hehe.
Gambar-gambar di bawah ni antara contoh-contohnya 🤭:
|
Mak posing di Rumah Melaka |
|
Rumah Panjang Iban Sarawak. Boleh posing dekat tangga je sebab dekat atas tu ada signage 'Under Maintenance' |
|
Antara gambar-gambar menarik yang lain buat kenangan percutian dengan mak 🥰 |
Dengan tu berakhir la perjalanan kiteorang ke Melaka tahun ni. Short but sweet gittew... Tak pasti akan datang ke Melaka lagi ke tak tahun ni hehe.
wahhh menarik betul replika globe tu..memang terus teringat kat USS
ReplyDeleteKan. Teringat USS dengan USJ sebab dua2 ada globe dekat depan sebelum pintu masuk.
DeleteRasanya kali pertama datang sini dulu masa ikut rombongan sekolah, memang tak boleh naik. Tak ingat ada tak datang kali kedua, hehehe. Pandai mak Carneyz posing, cewahhhh!
ReplyDeleteKali ni dah boleh naik SK. Boleh la pergi kat sini, best sebab banyak tempat menarik utk ambik gambar. Instagrammers mesti suka 😄
DeleteMulanya ingatkan Carneyz ke Universal Studios tapi kat Melaka Mini Malaysia ni. Dah menarik la kat sini. Dulu cuma rumah-rumah ni ajer. Takde pulak lampu LED bagai ni. Kena pergi jugak la.
ReplyDeleteAah dulu rumah2 je, tak boleh masuk pun. Sekarang dah ada galeri dalam kebanyakan rumah ni. Cantik sangat, berbaloi bayar harga tiket masuk ke sini 🫶🏻
DeleteAll the phots are beautiful
ReplyDeleteGreat trip
Thank you 💕
Deleteciknur, anak2 xda plan kesini
ReplyDeletelamaaa dkt mall depa ni
budak2 suka ke tempat mcm ni Cik Nor. Ni pun dieorg yg pilih tempat nak pergi sebenarnya hehe
DeleteMenariknya! Dah berubah wajahlah tempat ni ye...
ReplyDeleteIngat dulu pergi Rumah Sarawak tangganya tinggi, kayu sebatang yg ditakah² anak tangganya. Excited kami semua masa tu nak panjat tangga yg unik tu
Tu la, kagum bila masuk sini sebab dah lain dari yg dulu. Budak2 suka sebab boleh belajar pasal warisan tradisional Malaysia kan.
DeleteWaaa menariknyaa, akhir bulan 9 memang nak ke sini gan geng gila-gila hhhaha.. harapnya cuaca pun elok dan tidak ramai orang hehehehe
ReplyDeleteTang cuaca pun ada kemungkinan elok la cuaca, tapi tang tak ramai orang tu tipis je harapannya sbb Melaka mmg sentiasa sesak hahaha
DeleteEh? Macam pernah ku lihat globe kat belakang tu....
ReplyDeleteDekat mana Uncle? hehe
Deletekacak dah eh... kmk x pernah masuk sitok... melimpas ajak
ReplyDeleteNext time wajib masuk mun gi Melaka. Sidak biak nang suka la masuk sitok.
Deletemmg menarik ni rumah mini malaysia., dh lama wak x dtg sini., huhu
ReplyDeleteDulu bosan je, sekarang dah menarik hehe
Deletewah..dah sampai dah sini.. best best!!!
ReplyDeleteMemang berbaloi masuk ke sini!
Deletetak jumpa blogger cuya ke? dia keje sini kalau tak silap sy...
ReplyDeletebanyak betul dah berubah tmpt ni... seigt sy last ke sini time ikut rombongan sek dulu. form 2 rasanya 🤣🤣 kami msk sini (rumah2 di 🇲🇾) dgn taman ASEAN
Aah la terlupa pulak Cuya kerja kat sini. Betul anies, banyak sangat dah berubah tempat ni.
DeleteNi la tempat yang SA masih x dapat pi lagi...dulu plan nak bawak anak2 buah yang perempuan...diorang kan dah remaja..sekali tengok entry fees dia mak oiii...seram...dulu Mini Malaysia kan...ni kena pi jugak ni...x bawak diorang pun takpe kot pergi satu family je..
ReplyDeleteAah pegi dgn Dania & husband SA je pun takpe. Seronok banyak sudut OOTD kat sini hehe
Deletelinda pun tak pernah masuk lagi nie..
ReplyDeleteeh, jumpa Cuya tak??dia kerja kat situ kan??
Tak teringat Cuya kerja kat sini so takde la cari dia hehe.
DeleteOhhh ini mirip Taman Mini Indonesia Indah (TMII) yaa, di sana pun ada banyak rumah adat dari 38 propinsi Indonesia. Tapi sampai skr saya tak pernah kesana 🤣🤣🤣. Malah kak Retna yg sudah datang pas kemarin ke JKT 😅.
ReplyDeleteYg di Melaka pun blm lihat lagi. Masih ada plan nak kesana, nantilah nak ajak Raka dan anak2' juga
Saya dan anak2 suka pergi ke tempat2 bersejarah dan budaya ni. Harap2 satu hari nanti boleh pergi ke TMII 😊
Delete