Melaka Trip 2024 (Part 3)
Salam Jumaat semua,
Semalam tak sempat nak blogwalking sangat sebab aku temankan mak keluar brunch dan lepas tu jalan-jalan cuci mata di KL East Mall. Sempat jugak kiteorang tengok movie "Takluk: Lahad Datu" lepas baca entri di blog sis Ezna dan Mulan. Bagi aku, not bad cuma permulaannya agak celaru sebab timeline yang confusing. Korang kena tonton sendiri baru faham apa yang aku maksudkan ni 😅.
OK la, aku sambung entri pasal jalan-jalan ke Melaka dengan mak. Entri ni ialah sambungan dari:
Lepas makan tengahari di Makan Avenue, kiteorang melintas jalan ke Galeri Hantu / Ghost Museum Melaka. Ni kali kedua kiteorang masuk dalam Muzium Hantu - kali pertama dulu di Pulau Pinang. Anak-anak memang pantang la benda-benda ngeri dan pelik macam ni memang dieorang suka nak explore. Layankan je la...
|
Masa untuk jumpa 'hantu' pulak |
|
Bayaran dikenakan untuk masuk ke galeri hantu ni. Memandangkan kiteorang pergi pada hujung minggu, jadi bayaran masuk ialah RM29 untuk dewasa, dan RM19 untuk kanak-kanak/student dan warga emas |
Masuk tempat ni takde la seram pun, bak kata staff kat kaunter - 'ni muzium ye, bukan rumah hantu' 😂. It's actually an educational gallery sebab kita boleh belajar tentang asal-usul dan jenis-jenis hantu-hantu di Malaysia dan luar Malaysia melalui penerangan yang ditampal di dinding.
|
Kalau rajin boleh baca maklumat pasal hantu di dinding |
Tapi yang buatkan anak-anak teruja dan seronok ialah boleh posing dengan prop yang disediakan dan dieorang ambik banyak gambar untuk tunjuk dekat kawan-kawan dieorang 😅. Jangan mengigau kawan-kawan sudah!
Jom layan gambar-gambar dieorang dalam galeri hantu ni:
|
Tak tau apa kaitan Sherlock Holmes dengan hantu. Janji boleh posing hehe |
|
Aksi kena tangkap hantu berlidah panjang |
|
Pengantin hantu |
|
Si adik beriya-iya pakai costume bagai nak tangkap gambar |
|
Khadeeja posing jadi penjaga neraka dalam kepercayaan orang Cina |
|
Dari China ke Mesir pulak |
|
Aksi dalam piramid |
|
Aksi kena terkam mumia |
|
Ni pulak jadi hidangan Werewolf |
|
Aksi kena tangkap hantu |
Dalam galeri ni ada banyak bilik dengan tema berbeza. Sambil kita berjalan tu, boleh dengar sound effect seram dan visual multimedia yang bagi kita nampak macam real je, contohnya potret gambar muka cantik berubah jadi hodoh, hantu intai di tingkap dan sebagainya. Buat peminat hantu, ok la berbaloi masuk tempat ni sebab ada banyak photo opportunity kat sini. Tapi dia macam pergi sekali je la that's it. Nak pergi berkali-kali mesti bosan hehe.
|
Pocong bergantungan |
Seterusnya kiteorang meneruskan perjalanan ke Malaysia Heritage Studios. Tu aku cerita dekat
next entry ye.
Mula tu terbayang dah rumah hantu, but then baca balik muzium rupanya rasa berani jugaklah ahak!
ReplyDeleteKalau anak² PH pun suka tempat macam ni, seronok nak explore
Aah takde benda yang melompat keluar jadi tak suspen la bila berjalan2 tu hehe. Budak2 mmg seronok masuk tempat2 mcm ni, kiteorang ni layankan aje minat dieorang.
Deleteerrr tak berani lah MZ nak masuk tempat2 gini hahahha
ReplyDeleteKalau yang lemah semangat takut mengigau pulak hahaha
DeletePergi sekali lepas tu pasti tak pergi lagi. Ya faham sebab dah habis explore dah semua kan Carneyz. Nampak banyak tempat situ leh ambik gambar. Erkkkkk kepala dia panjangnya tu...hantu apakah?.
ReplyDeleteYe sis, sebab dah habis explore jadi rasanya cukup sekali je la masuk ke situ. Memang banyak tempat boleh ambik gambar siap sediakan prop lagi utk pengunjung. Yang hantu leher panjang tu hantu cina, lupa pulak namanya hehe
Deletewalau kata muzim saya rasa tetap tak berani nak masuk...hahaha
ReplyDeleteTempat ni tak sesuai utk org yang lemah semangat hehehe
DeleteKalau uncle la masuk muzium tu... macam2 modal selfie uncle!
ReplyDeleteMahal juga harga per entry ya..
ReplyDeleteelok sgt tu gambar pakai kostum hantu cina tu bagi kat kwn2 cina sempena musim hantu cina bulan ni 🤣🤣🤣
ReplyDeleteNasib baik takde hantu cina ikut balik hahaha!
Deletetak tau kenapa kita fobia nak masuk rumah2 hantu sebab slalu akan terbawa2 dalam mimpi hehehe... btw frust ni tak dapat nk tgk lahad datu sbb x leh nak bawa bdk2 masuk wayang tgk filem tu huhu...
ReplyDeleteYe ke Kak Ret. Masa kiteorang pergi tengok movie ni, ada je parents bawak budak sekolah rendah masuk tengok. Tapi babak pengganas penggal kepala tu ngeri la sebab nampak mcm real
DeleteHahaha.. kelakar anak2 Carneyz, pandai berlakon ya.
ReplyDeleteYang si adik tu la beriya2 dia berlakon sebab nak tunjuk gambar dekat kawan2 sekelas hehe
DeleteAda lagi rumah ni yaa, ingat ke dah takde dah.. bolehlah masuk list jalan-jalan geng gila nanti hahahahaha
ReplyDeleteRumah hantu ni baru ke? Kiteorg baru tau tu pun sebab bukak klook cari tiket river cruise murah
Deleteoh, tempat tok lah dikata laki kmk... ada tmpt baru katanya di melaka... tempat hantu²
ReplyDeleteOo.. kira baru la tok. Kmk org pun baru tauk sebelum tok pegi Melaka nang sik tauk ada tempat tok.
DeleteSaya pernah masuk yg Penang. Tapi seperti nya yg Melaka ini lebih menarik yaa isi koleksinya? Atau sama saja? Waktu itu saya hanya masuk bertiga dengan anak2'. Raka tak nak samasekali 😅
ReplyDeleteSama je, cuma di Melaka ni lebih banyak prop utk bergambar 😄
Delete