Baca entri sebelum:

Lepas Melaka River Cruise, ke manakah destinasi seterusnya? Jeng, jeng, jeng...! Mestilah ke tempat wajib terjah di Melaka ni, Jonker Street:


Melaka Trip 2024
Bukti mak dah sampai di Jonker Street

Tapi sebelum keluar ronda-ronda Melaka, kenalah isi perut dulu. Sebenarnya aku masih kenyang sebab makan lewat malam sebelumnya jadi pagi tu aku ambik breakfast yang ringan sikit:


courtyard by marriott melaka
Mula-mula ambik salad dan yogurt

curry mee
Lepas tu ambik semangkuk kecik mee kari. Sedap kuah mee kari ni walaupun tak pekat sangat

Lepas breakfast dan bersiap-siap, kiteorang pun menuju ke destinasi pertama - Jonker Street. Masa ni cuaca memang panas lit-lit, nasib baik aku dah standby payung lipat dalam beg.


Melaka Trip 2024
Bergambar bawah replika naga. 

Lepas tu aku teman mak jalan-jalan tengok deretan kedai di sepanjang Jonker Walk ni. Sesekali kiteorang singgah masuk tengok barang-barang yang menarik perhatian mak.


Melaka Trip 2024
Walaupun hari panas lit-lit, mak tetap bersemangat posing ambik gambar

Dah habis cover Jonker Walk, kiteorang gerak pulak menuju ke gereja merah ikonik di Melaka, Christ Church Melaka. 


Melaka Trip 2024
Berhenti kejap ambik gambar berlatar belakangkan Sungai Melaka

iconic red church Melaka
Tempat wajib ambik gambar. Disebabkan cuaca panas jadi lighting pun jadi helok sangat 😍

Dekat depan gereja ni, ada beberapa buah beca berbaris menunggu pelanggan. Mak kata teringin naik beca, jadi sewa la beca dalam 15 minit (RM25) bawak sampai ke A Famosa.


Melaka Trip 2024
Kagum dengan tukang beca sebab gigih cari rezeki mengayuh basikal bawak penumpang sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas ni

Melaka Trip 2024
Ambik gambar naik beca buat kenangan

Sampai di A Famosa, tukang beca tu bagitau dia tunggu kiteorang ambik gambar di A Famosa dalam 10 minit macam tu sebelum balik semula ke tempat gereja tadi. Aku malas nak ambik gambar sebab panas oi! Bagi peluang kat mak je la ambik gambar hehe.


Melaka Trip 2024
Kebetulan masa ni takde orang kat belakang, cepat-cepat ambik gambar mak

Lepas puas bersiar-siar di Jonker Street sampai ke A Famosa, kiteorang pun balik ke hotel bagi mak berehat sampai lepas Zohor. Lepas check out, baru sambung aktiviti berjalan. Kali ni agenda untuk anak-anak pulak - dieorang nak pergi ke dua tempat, Muzium Hantu dan Malaysia Heritage Studios.

Tapi sebelum tu, singgah makan tengahari di Makan Avenue tak jauh dari Muzium Hantu.


Melaka Trip 2024
Makan Avenue

Melaka Trip 2024
Konsep macam food court tapi instead of kita pergi ke gerai-gerai nak buat pesanan, staff yang datang bawak menu ke meja kita dan lepas buat pesanan, boleh terus scan QR code untuk bayar harga makanan yang dipesan

Melaka Trip 2024
Arahan pesanan terpampang besar di dinding

Ada macam-macam gerai kat sini. Anak-anak pilih makan shawarma, aku pulak ambik nasi goreng kampung kongsi dengan Suami Terchenta dan mak pulak ambik satay. To be honest makanan kat sini so-so je. Nasi goreng kampung tu agak mengecewakan dari segi rasa dan sebab hidang dalam pinggan plastik dan bagi sudu dan garpu plastik 🤨. Shawarma tu pun erm... anak-anak tak dapat habiskan sebab tak kena dengan tekak dieorang. Satay yang mak order pulak ok je la, nak kata sedap pun tak tak sedap pun tak jugak. Satay daging agak liat. Not recommended.


makan avenue
Nasi goreng kampung ni rasa macam nasi goreng biasa, agak hambar rasanya

Melaka Trip 2024
Total damage RM67.75

Nanti sambung cerita masuk Muzium Hantu dalam entri seterusnya.

26 comments:

  1. SA kat sini makan cendol je..nasib maa pi tu dah kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak try pulak cendol kat sini. Tapi lepas ni rasanya memang dah tak nak makan kat situ lagi kecuali takde pilihan lain.

      Delete
  2. best dpt naik beca tu! gmbr ur mom with background a famosa tu very nice laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tapi kesian dengan tukang beca tu kena kayuh basikal tengahari buta 😅

      I was lucky sebab masa ni takde orang lalu kat belakang dia. Tapi lepas tu tiba2 ada a group of Chinese tourists keluar dari situ hehe

      Delete
  3. dekat Makan Avenue tu memang kureng sikit pun...linda kalau p pun, sebab nak makan cendol je dekat luar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak mcm best tapi kualiti makanan kureng. Sayang betul. Tapi penuh je tempat tu sebab dari luar nampak macam menarik, lagipun kalau duduk kat luar boleh layan view tepi sungai kan.

      Delete
  4. tk pernh smp lg Jonker Street walaupun dh byk kali juga pi melaka...fuh cuaca panas tp bab posing tu best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde apa sangat pun tapi suka tengok bangunan kedai lama yang dipelihara dan dicat warna-warna menarik 😊

      Delete
  5. melaka best... x lejuk berkali-kali pegi melaka... rindu nk ke melaya JJCM sinun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok dah la setiap kali pegi ada jak tarikan baru di Melaka. Latest, floating market kedak di Hatyai. Tapi kmk org sik agak sbb jem & banyak org. Lain kali la bila dah sik viral gilak hehe

      Delete
  6. Seronok dapat berjalan dengan Mak ya Carneyz. Wahhh naik beca Spiderman la. Pernah naik beca Frozen dengan Dania dah sepanjang tu orang beca pasang lagu Frozen. Time tu Dania kecik lagi. Apa lagi senyum meleret je la. Hehe.

    Pernah juga ke Jongker Street tapi pada waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sis. Wah, beca Frozen tu kalau anak2 dapat naik masa dieorang kecik2 dulu agaknya taknak turun sebab dieorang peminat Frozen jugak! Hihi.

      Delete
  7. ciknur dtg sini tghari sabtu he hee ramai jga org time tu
    dulu dtg mlm. lg la sesak
    parking pun susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tu je la masalahnya nak cari parking kat Melaka.

      Delete
  8. senang hati kan bila dah dapat penuhi hajat mak...saya dah tak dapat nak bawa mak ayah jalan jauh dengan masalah kesihatan ayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mcm kiteorang ni mak ayah jauh dekat Sarawak jadi tak selalu dapat peluang macam ni.

      Delete
  9. Alaaa dik dah masuk part 2, terlepas nak baca part 1 nanti skrol semula hehe :)

    ReplyDelete
  10. Ohh so so je ya kat MAKAN AVENUE tu. Nampak menarik. Seronok tengok mak jalan2 sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, agak mengecewakan. Tempat makan dan konsep dah menarik, tapi makanan kena improve.

      Delete
  11. Di sisi kiri kanan sungai Melaka sangat cantik ya, jangan sia"kan kesempatan buat berfoto-foto 😀, seru bisa naik becak di sana, di manapun kita jalan"pasti ketemu ya tempat makan yang rasanya biasa"aja walau tampak terlihat lezat😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cuaca tak begitu panas, seronok jalan-jalan menyusuri sungai ni. Ya di sini memang banyak penarik beca, salah satu aktiviti menarik di Melaka ialah menaiki beca. Sayangnya saya belum ketemu tempat makan asam pedas Melaka yang menarik.

      Delete
  12. jonker walk ni syok g lps asar or malam... tp kena bersabr laa sbb mmg sesakkk...

    ooo tempat makan baru yaaa... rasanya macam baru bukak je... haihhh peniaga mcm ni... kot ya pun x boleh ke msk dgn ikhlassss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah penah pegi sebelah malam, lebih meriah & cantik dengan lampu berwarna-warni.

      Baru ye? Tak pasti pulak. Tapi memang rasanya taknak dah makan kat situ huhu...

      Delete
  13. Masih teringat panasnya Melaka saat kami DTG dulu 🤣. Memang harus pakai payung Lah. Saya dan Fara sampai masuk HRC hanya untuk mendinginkan badan 😄.

    Sayang pula makanan tak sedap. Beda dengan nasi goreng kampung di asam pedas Claypot yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Melaka panasnya lain macam sebab dekat tepi laut kan.

      Ya jauhhhh bedaaa... saya sampai balik ke KL order lagi nasi goreng kampung sebab tak puas hati dengan ngk yg di Melaka ni. Tapi yg di KL pun tak sedap jugak! 🤣 Memang nasib tak baik!

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .