Aku ingatkan bila balik awal dari hari sukaneka dah boleh terus gerak ke Melaka tapi tidak ye, kawan-kawan. Semua gara-gara Suami Terchenta masih stuck dengan kerjanya. Sudahnya kiteorang cuma boleh gerak selepas Zohor. Masa ni perut masing-masing dah berkeroncong. Ingatkan nak singgah Seremban kejap berhenti makan tengahari di restoran Hardwood Kafe yang kiteorang pernah try sebelum ni.
Exit di Seremban kejap nak makan tengahari di Hardwood Kafe tapi malangnya tutup tengahari tu! |
Tapi tutup la pulak! Nak pergi Salomak Sampodeh pulak takut tak sempat sebab dah pukul 3.30 masa tu. Last-last Suami Terchenta decide singgah makan di AEON Seremban je la sebab tak jauh dari situ. Paling senang dan cepat, Sushi King. Tinggal sambar pinggan dari conveyor belt je 😂 (lapar sangat lettew...)
Dua orang budak kat belakang tu lapar tak toleh kiri-kanan lagi. Masuk-masuk je sambar 2 pinggan seorang 🤭 |
Lepas makan, kiteorang meneruskan perjalanan ke Pantai Klebang. Plan asal nak singgah di Pantai Pengkalan Balak terpaksa dibatalkan sebab tak cukup masa. Bawak mak ke Pantai Klebang sebab saja nak bagi dia merasa kemeriahan suasana di sini.
Pantai Klebang |
Ramai orang lepak di Pantai Klebang menikmati suasana petang dan angin laut di tepi pantai |
Tapi yang paling seronok ialah anak-anak la sebab dapat main ATV buat pertama kali. Kiteorang sewa sebuah ATV untuk dieorang berdua je. The girls gilir-gilir bawak ATV pusing-pusing kat situ, sementara aku bawak mak meninjau gerai-gerai di tepi pantai.
Mak first time jumpa tongmoh jadi aku pun belikan untuk dia. Dagingnya agak kenyal dan mak pulak takde gigi, sudahnya kiteorang yang habiskan 😅 |
Singgah gerai kopi sebab mak hantu kopi |
Ambik gambar family kiteorang sekali |
Syok sangat menikmati suasana di Pantai Klebang tu sampai tak sedar dah nak habis waktu Asar. Singgah kejap di Masjid Al-Aminin Kg Batang Tiga untuk solat Asar sebelum meneruskan perjalanan ke hotel untuk check-in, refresh sekejap dan solat jamak Maghrib dan Isya'.
Alhamdulilah masa check-in staff hotel bagitau dia tolong upgrade bilik kiteorang dan bagi connecting room sekali. Suami Terchenta awal-awal lagi suruh tempah bilik sekali dengan breakfast, tapi sebab ada additional guest, kena tambah breakfast untuk seorang. FYI, rate breakfast di Courtyard Melaka ni agak murah - RM35nett untuk dewasa. Tapi hotel bagi complimentary je sebab tengok aku ahli Silver Marriott Bonvoy.
Pilih hotel Courtyard Melaka lagi sebab tengah nak kejar elite nights untuk promosi 15k elite points yang berakhir hujung bulan ni |
Lepas berehat sekejap dan solat jamak, kiteorang pun bersiap-siap keluar sebab mak awal-awal dah request nak naik Melaka River Cruise. Tiket kiteorang beli online siap-siap sebab malas nak beratur di kaunter. Tapi tiba-tiba Waze bengong bawak kiteorang ke seberang sungai padahal dah pilih 'Kaunter Tiket Melaka River Cruise'. Satu kerja lagi nak pusing dan lalu traffic light kat Melaka ni yang semua sedia maklum negeri paling banyak traffic light! 😅 Dengan jem lagi nak masuk kawasan tu. Huhu sabar je la. Rasanya dekat sejam jugak kiteorang nak sampai ke situ. Suami Terchenta kalau jalan kaki dari hotel agaknya dah sampai dulu. Tapi kesian pulak dengan my mom takkan nak suruh dia jalan kaki kan hehe.
Selfie dulu sementara tunggu giliran naik bot |
Atas bot |
Alhamdulillah mak happy sangat sebab tercapai hasratnya dapat menyusuri sungai Melaka menikmati pemandangan waktu malam Bandaraya Melaka. Dia kata sebelum ni asyik tengok kat FB je.
Lepas tamat cruise, masing-masing kelaparan balik kecuali Khadeeja. Kesian dia, dah la pagi tu terlibat dengan sukaneka, petang pulak bermain ATV dan malam dibawa berjalan-jalan, sudahnya dia flat habis malam tu! Masa kiteorang singgah makan di Asam Pedas Claypot, dia tertidur kepenatan di kerusi meja makan. Fries yang dia order tu pun terpaksa bungkus bawak balik ke hotel sebab tak sampai hati nak kejutkan dia untuk makan.
Singgah Melaka wajib la try asam pedas |
Bagusnya tempat ni selain dari asam pedas claypot ada menu lain jugak sebab tak semua orang boleh / pandai makan asam pedas. Sejak mak buat kimo beberapa tahun lepas, mak dah tak boleh makan makanan pedas. Jadinya mak order nasi goreng kampung. Khayla pulak order roti cheese dan Khadeeja order kentang goreng. Cuma aku dan Suami Terchenta je order set asam pedas claypot. Kecewa sikit bila diberitahu telur ikan mayong dah habis. Sudahnya aku order asam pedas daging tetel dan Suami Terchenta order asam pedas ikan pari.
Hmm... rasa macam kuah asam pedasnya agak cair. Tapi dah lapar, ngap je la. |
Nasi goreng kampung mak sedap sangat! Menyesal pulak ambik set asam pedas haha! Tak pe la, lain kali datang sini aku order nasi goreng kampung je la.
Bila kiteorang dah habis makan, jam menunjukkan dekat pukul 11 malam. Masa untuk balik ke hotel untuk berehat. Nanti sambung pulak kisah Melaka Trip 2024 keesokan harinya.
bestnya cuti2 melaka tu :) waaaa rajinnya u masukkan watermark utk semua pics kat entry ni. terbaekk
ReplyDeleteSaya pakai apps Photoscape X yg boleh masukkan watermark utk satu batch gambar terus. Senang citer 😅
Deleteeh tersama pula kita jln2 Melaka.. Ank buah ciknur sorang tak penah samapi Melaka tu dia beriyaa nk jga
ReplyDeletesempat jga ke Klebang sabtu tu tgk pantai
Oh Cik Nor ke Melaka jugak ye. Kiteorang pun di Klebang petang Sabtu. Ramai sangat manusia kat sana kan?
DeleteWah..mak datang ye...seronok mak jalan- jalan...
ReplyDeleteAah mak saya di KL skrg ni. Seronok dia jalan-jalan ke Melaka hujung minggu lepas. Kali terakhir dia ke Melaka ialah masa anak sulung umur 6 bulan, jadi kali ni dia datang tak habis2 dia puji Melaka dah cantik sekarang ni hehe.
Deleteala...asam pedas nie memang tak sedap sangat pun...hihihi...
ReplyDeletelinda suka p kedai2 kampung, yang ada masak asam pedas..yg tu sedap..kalau dah viral nie, kureng sikit rasenya...
yang dekat klebang tu pun sama..tak sedap jugak
Masa tu dah pukul 11 malam, tak banyak kedai asam pedas yang masih bukak 🤭 Yang penting ada menu selain asam pedas sbb mak tak boleh makan pedas2, anak2 pulak nak roti cheese & kentang goreng je.
DeleteKalau bukan bandar besar, rasanya better guna Google Maps.
ReplyDeletePernah terkena jugak, nak pergi Masjid Terapung di Terengganu tu tapi dibawa ke seberang sungai. Aduhai!
Alhamdulillah makin terkenal Salomak Sampodeh, owner SS tu jiran akak di rumah NS.
Aah kak, last2 hubby pakai Google Maps baru betul.
DeleteOh ye ke? Terbaca pasal Salomak Sampodeh tu dari blog Suria Amanda. Tapi tu la takde rezeki lagi nak ke sana.
Best ni! Lama kitorg tak gi Melaka jalan², pegi kenduri ada la hehe...
ReplyDeleteSeronok dapat bawa mak sekali. Semoga bonda sihat² selalu sis 🤲
Kakak tu dah tinggi ye, dah tinggi dari mommy
Seronok sis, dengan kiteorang2 ni pun seronok jugak hehe. Lain kali nak bawak mak jalan2 ke Penang pulak Insha Allah, kalau ada rezeki.
DeleteYe anak sulung ikut genetik bapak dia 😃 Si adik ikut genetik mak hehe.
Amboi! Dah ada water mark kat foto dah sekarang!
ReplyDeleteTakut scammer ambik gambar dari blog kita Uncle huhu...
Deletelaju ye si adik bawa ATV tu hehe...nasibaik kakak berhemah....
ReplyDeleteDia kemain excited bawak dipulasnya laju2 hehe 😜
Deletekmk ingat gik masa ke melaka kwn embak mkn asam pedas kedeinya dibah pokok jak... yarabbi nyaman, bersusun nk mkn tgh hari, semua makei bj keja... tp x tauk sine tempat diembaknya ya.. hahaha... ya la best mun travelling tugas rasmi ada geng sinun embak jalan n mkn tmpt best.. mun kedirik jak kita pegi tmpt viral jak la... mun viral tok x selalunya nyaman... so-so jak pun
ReplyDeleteNya kenak orang local juak embak makan, sama kedak mun org datang Kuching mesti org Kuching jak tauk siney tempat nok best hehe
DeletePantai Klebang tak sampai lagi. Asam Pedas Claypot, kena try nanti.
ReplyDeletePantai Klebang Melaka meriah dengan pengunjung yg bukan setakat penduduk Melaka, orang luar Melaka pun ramai ke sini.
DeleteNasib baik ktk orang sentiasa ada plan B...atleast tak mati kutu dibutanya jika plan A tak jalan
ReplyDeleteGiya la bila travel sentiasa kena bersedia hehe
DeleteTernyata Melaka banyak tempat -tempat wisata yang menarik, kesampaian jugak akhirnya Mak bisa menikmati sungai di malam hari😀
ReplyDeleteYa, alhamdulillah. Kami hampir2 terlewat, tapi sempat jugak naik bot yang terakhir sebelum operasi tamat 😅
Deletedik ko tgk initial d ke ni? kemain lg drift bagai yaa 🤣🤣🤣
ReplyDeletehati2 pantai klebang tu ada buaya sesat... buaya betul tau. . bkn buaya darat😁
Bila mak suka merempit masa muda2 dulu, perangai tu pun menurun ke anak jugak hehe.
Deleteye ke anies? Ramai je orang bawak anak2 mandi kat gigi air tu. Tapi kiteorang memang takde niat nak mandi pun.
Ternyata pantai klebang ini banyak juga makanan yg dijual yaaa. Sayang saya tak kesana waktu itu. Makanya tak merasakan juga kemacetan Melaka yg katanya parah 😄. 3 malam benar2 hanya JONKER 🤭
ReplyDeleteNanti kesana lagi saya nak coba asam pedas 🤤🤤
Tapi kena tanya anies dulu dekat mana asam pedas yang sedap sebab sepanjang saya ke Melaka saya belum lagi jumpa asam pedas yang betul2 sedap di tekak saya 😅
Delete