Kejadian minggu lepas. Balik dari jemput Khadeeja dari sekolah, tup-tup tengok lif rosak. Bukan satu, tapi semua! Tak tau apa puncanya, mungkin sebab kilat dan guruh berdentum-dentum sebelum tu. Sudahnya nak tak nak, terpaksa panjat anak tangga untuk naik ke rumah. Bukan 10, tapi 20 tingkat ke atas!


Memulakan pendakian dengan membaca Bismillah

Singgah di tingkat common area sebab nak check dengan management office tapi dah lepas waktu pejabat, semua orang dah balik. Security guard pun tengah cuba contact management kondo jugak. Aku tanya Khadeeja, nak tunggu ke atau nak naik terus? Silap orang aku tanya. Korang tau tak dia boleh berlari naik tangga 10 tingkat? Mak dia termengah-mengah kat belakang asyik mintak tunggu sebab nak berhenti rehat kejap! 🤣


Panjang lagi perjalanan menuju ke puncak rumah...

Sepanjang perjalanan tu ada jugak bertembung 2-3 orang penduduk yang lain, tapi dieorang turun ke bawah kiteorang berdua je yang gigih memanjat tangga. Masing-masing mengucapkan selamat dekat kiteorang dengan pandangan simpati. Eleh, lepas tu korang pun akan naik atas jugak!

Tak sangka it took us only 10 minit je nak naik 20 tingkat menggunakan laluan tangga. Bangga dengan pencapaian diri-sendiri walaupun lutut rasa nak tercabut 🤭. Sejam kemudian, Suami Terchenta balik dan terus terbaring di ruang tamu kepenatan. Masalah lif belum settle katanya. Meriah suasana di tangga sebab ramai penduduk lain yang menggunakan laluan tangga nak balik ke rumah. Sepanjang dia naik ke rumah, ramai jugak yang berhenti 'take five' sambil menikmati pemandangan di luar. Khadeeja kata, kesiannya siapa yang duduk di tingkat 30 ke atas. Kalau rumah kiteorang kat tingkat 30, aku rasa lebih baik aku tidur di rumah kakak.

Lepas tu Khayla pun balik dari sekolah. Kiteorang tanya, Khayla naik lif ke naik tangga? Naik lif. Oh, lif dah ok ke? Tak ok lagi, jawabnya selamba. Masa dia lalu di lobi, dia perasan ramai orang yang duduk lepak-lepak di lobi. Ada ibu mengandung, warga emas, kanak-kanak... semua tengah menunggu sesuatu. 

Khayla cerita dia nampak satu lif ni terbuka tapi ada seorang budak ni bagitau Khayla lif rosak. Khayla pulak sejenis 'eh ye ke?' kena cuba dulu baru percaya. Jadi dia pun masuk lif yang terbuka ni, scan access card dan tekan nombor tingkat rumah. Tiba-tiba pintu lif tertutup dan dia pun jadi satu-satunya penduduk dalam bangunan ni yang berjaya naik ke rumah tanpa perlu panjat tangga! 😆 Lepas tu dia rasa bersalah sebab tak ajak orang lain naik lif sekali dengan dia (yalah, mana la dia sangka lif tu akan berfungsi). Tapi berisiko jugak tindakan dia tu sebab kalau lif tu tutup dan tak bergerak, tak pasal-pasal terperangkap dalam lif pulak. Syukur la lif tu bergerak naik dan terbuka di tingkat rumah kiteorang 😅.

28 comments:

  1. Ya Allahhhhh, Khaylaaaa.. mujurlah lif tu betul² berfungsi. Syukur³.. mesti yang kat bawah tu semua ternganga tengok
    lif yang Khayla naik tu sebenarnya berfungsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu la kan. Tak pasal2 keluar dalam berita terperangkap dalam lif 10 jam ke apa 😂 Tu la... mesti dieorang confuse macamana lif tu sebenarnya elok je berfungsi. Tak de orang yang try tekan button dari dalam lif kecuali Khayla.

      Delete
  2. Aduhai Khaylaaa....naik tangga sampai tingkat 20....tercabut lutut SA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SA. Gegar jugak la lutut ni huhu.. nasib baik selalu pergi gym. Kalau naik lrt / mrt, biasa saya akan panjat tangga / panjat escalator. Tapi 20 tingkat tu mmg mengah jugak la dibuatnyaaaa 🤣

      Delete
  3. Aduss..mungkin short circuit sket kut...tapi kalau sis..memang balik keramat ler..takde nak naik sampai tingkat 28. Nanti nak turun balik..Sebab dah tau kat conezion ni lift selalu rosak. Kalau sekejap baiknya ok la..pernah sekali sampai 3 hari semua lift rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la rasanya butang lif kat luar tu yg short circuit. Yang dalam lif tu elok je berfungsi. Saya dah berkira2 nak tido rumah kakak je klu berhari2 rosak. Nasib baik malam tu dah ok, management panggil orang lif datang servis rasanya.

      Delete
  4. Dulu rumah tingkat 4 ja pun boleh tahan juga penatnya.. Semoga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekali je naik tangga sampai 20 tingkat tu, lepas tu lif dah ok 🤣

      Delete
  5. fuhh nasib baik la lif ok time ur daughter naik tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kalau terperangkap dalam lif tu tak ke naya. My husband actually dah tunggu dia kat sekolah bila saya wassap bagitau lif rosak tapi rupa2nya dia dah jalan kaki balik ke rumah dulu. Klu tak dia pun kena panjat tangga sekali!

      Delete
  6. Alhamdulillah Khayla selamat sampai, berani puteri solehah ye, memang bab naik tangga ni agak mencabar kalau untuk kak ana yang sakit belakang nih . syukur masa muda-muda dulu duk apartment daki tangga hari-hari dan berusia ni di rezekikan duk landed house tapi bertangga juga sebab dua tingkat hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik risiko dekat situ, klu lif tertutup tapi tak gerak tak ke naya huhu... alhamdulillah selamat sampai ke rumah. Ye kak, kesian warga emas dgn ibu mengandung terperangkap dekat bawah tak boleh nak panjat tangga. Kita yang sihat takde sakit lutut, sakit belakang ni pun dah mengah & gigil lutut kena panjat tangga hihi.

      Delete
  7. Fuhh.. Bab panjat tangga nie lemah betul... Naseb baik management cepat2 selesaikan masalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, rumah pulak nun jauh di atas 😅 nak tak nak terpaksa la menapak naik tangga jugak hihu...

      Delete
  8. Khadeeja, anak syurga saya. Membaca namanya di dalam blog ni dah buat hilang kerinduan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillahi wainna ilaihi rojiun... semoga satu hari nanti akan dipertemukan semula dengan Khadeeja anak sis 💕

      Delete
  9. yg part khayla naik lif tu mmg tergelak..haha..berani betul dia amik risiko..kalau aunty, mmg idak lah..dah baper kali tersangkut dalam lif..fobia...tapi salute ar dia berani...pas tu x boleh tahan dia ckp nyesal tak ajak org lain sekali..haha..comel lah khayla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu laa... dia tengok lif terbuka, try scan access card & tekan tingkat rumah, terus lif tu tertutup tak sempat dia ajak org lain sekali haha

      Delete
  10. Wah susah juga kalau lift mati/rusak...olahraga nafas dan kaki ,walau nafas tersengal"😁..tapi ngeri juga kalau terjebak sendiri dalam lift takutnya terkurung gak ada yg tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, penat kena naik tangga 20 tingkat sebab dah terbiasa naik lif je. Kalau hari-hari guna tangga mungkin tak penat sangat hehe

      Delete
  11. Boleh tahan juak mun nait tangga ke tingkat 20..kalau bawak barang lagilah sengsara..

    sungguhpun begitu ada baiknya juga kerana berpeluang latihan kardio secara tidak langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tek, mujur sik jadi singgah beli barang di pasar malam ariya hehe. Memang ada hikmah juak selalu turun ke gym sebab walaupun lelah termengah2 tapi sik la sakit lutut gilak even esoknya pun agik ok juak hehe

      Delete
  12. penah kena juga dulu ms dok tingkat 8 & 15 (rumah lain2)...
    rs nak menyumpah jg laa sbb tau bla rosak bdk2 punya kerja. ada ke main nyorok2 dlm lif? eee😡

    then pindah ke rumah yg elok sikit. alhamdulillah ada 6 lif utk 1 bgnn. sy dok tgkt 28😀 x penah kena naik tangga wpn lif rosak sbb 1 or 2 yg rosak. lif lain bleh cover...

    dasat nya nakkk piii boleh ko berlari naik tangga tu😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, lama ke kena naik turun tangga nak ke rumah tu anies? Yang kes kiteorang ni rosak sebab apa pun tak tau. Masa keluar ambik Khadeeja elok je, balik2 tgk dah rosak. Nasib baik management cepat2 hantar org servis.

      Khadeeja ni sejenis aktif orangnya dari dalam perut lagi hihi... 🤭

      Delete
  13. Itulah tak best nya kalo stay di tempat tinggi kan 🤣. Saat lift rusak, hajaaab langsung naik ke atas 🤣.

    Terbayang pula fire drill dulu di kantor, kebetulan saya dapat branch yg hanya 4 tingkat. Tp main branch ada 40 tingkat. Ntahlaah nasib yg di tingkat paling atas 😂😂. Memang turun ke bawah, tp tetap saja capek tau..macam tak habis2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi saya dulu pernah kerja di KLCC kalau fire drill mau kena turun tangga dari tingkat 50 huhu. Tapi mujur sepanjang saya berkhidmat di sana, asal ada fire drill je saya takde kat ofis - sama ada outstation, cuti atau training di Bangi 😅. Jadi selamat tak pernah kena turun tangga dari tingkat 50.

      Delete
  14. fuh 20 tingkat...mmg ketar lutut tu sbb menaik...kalau turun ok lg....tringat dlu time fire drill kena turun tgga dr tingkat 31

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, gigil jugak lutut nak naik tangga tu 😅 sampai rumah terus duduk kat sofa sampai hilang rasa gigil tu!

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .