Kedai KKV Yang Membuatkan Kami Rambang Mata!
Minggu lepas, kiteorang bawak anak-anak ke kedai KKV yang sekarang ni tengah viral di IG. KKV ialah rangkaian kedai gaya hidup (lifestyle) dari China. Konsepnya lebih kurang Miniso, Daiso dan Muji yang bergabung haa gittew... Barang-barang dalamnya memang menarik dan berwarna-warni, kalau korang masuk sini rasanya 2 jam pun tak cukup nak belek-belek barang-barang dalam KKV 😅. Semuanya comel dan buatkan rasa geram je nak borong semua!
|
Dari jauh dah nampak bangunan KKV yang berwarna kuning terang. Kedainya tak jauh dari stesen MRT Bukit Bintang |
Dalam kedai ni ada 4 tingkat yang menempatkan pelbagai barangan dari pewangi rumah, barangan kosmetik dan kecantikan; permainan macam lego dan plush toys; alat tulis yang comel dan barangan DIY; pakaian dan peralatan rumah termasuk aksesori hiasan dan barang kemas, beg dan topi; travel essentials (e.g. botol mesra travel untuk gel mandian/syampu/ubat gigi dll., tuala muka pakai buang, dll.), dan snek.
Jom tengok apa yang menarik dalam KKV ni:
|
Tingkat 1 ada snek, pewangi rumah dan plushies |
|
Tingkat kedua pulak ada alatulis dan permainan. Semestinya anak-anak aku paling lama melekat di sini sebab rambang mata tengok pen berwarna pelangi kat dinding, stickers yang comel dan notebooks (dieorang ni gila buku nota sebab suka melukis) |
|
Permainan lego yang comel. Susun atur kedai ni memang interesting sebab pandai menggunakan warna yang terang dan menarik perhatian pelanggan |
|
Yang ni pulak di tingkat 3 kalau tak silap. Ada bermacam-macam barangan rumah dalam pelbagai warna yang cantik 😍 |
|
Bath bombs ni berbentuk pastries dan cupcakes 🤤 Tetiba rasa nak cari hotel yang ada bathtub semata-mata nak cuba bath bombs! |
|
Comel kan? Jangan bagi anak kecik nampak takut dieorang ingat makanan pulak 😜 Yang macam aiskrim batang tu pulak ialah sabun |
|
Ni pulak ialah snek macam lollipop, biskut, gula-gula dan minuman. Gambar background Khadeeja posing ni ialah tempat yang paling ramai orang ambik selfie |
|
Yang ni pun sama, dinding ni penuh dengan pelbagai jenis mee segera dan ramen |
Kalau anak-anak 'melekat' di tingkat 2, emak dieorang pulak 'melekat' di tingkat 4 🤭. Apa yang menarik di sini ialah barang-barang beauty products dan penjagaan diri.
|
Comel giler lip gloss bentuk aiskrim ni |
|
Antara barangan kecantikan yang ada ialah facial mask, body mask, pencuci muka, losyen badan, gel mandian, makeup sponges, barangan makeup dan macam-macam lagi |
Hasil tangkapan aku pada hari tu ialah gel mandian yang baunya seakan-akan gel mandian hotel, beberapa keping facial mask (sebab murah!) dan makeup brushes (padahal pakai makeup pun jarang-jarang!). Tapi itulah sifat perempuan yang kalah bila tengok barang-barang kecantikan yang murah-murah ni 🤣. Banyak-banyak hasil tangkapan tu, aku paling suka gel mandian tu (lupa ambik gambar dah buang pun kotaknya) sebab lepas pakai kulit tak rasa kering pun. Lepas mandi wangi satu bilik air dibuatnya 👍🏻. Nama gel mandian tu ialah 'Dear Irean' - Saipan Holiday.
Siapa lagi yang pernah masuk ke kedai KKV ni? Cer kongsi apa barang yang korang beli yang paling berbaloi dan tak menyesal beli 😊.
tak pernah masuk lg kedai ni...memang leka la bila termasuk kedai2 gini cthnya ninso eco daiso dan mr diy...akan terbeli apa2 yg bkn dlm list to buy hehehe
ReplyDeleteYe, rambang mata masuk sini MZ. Rasa nak sambar semua je hehe. Since MZ nak travel boleh cari travel essential items kat sini jugak kot 😉
DeleteMakk aihh....4 tingkat! Memang leka membelek barang-barang gini.
ReplyDeleteNasib baik kiteorang jumpa jalan keluar, Kak Ujie 🤣
DeleteKalau sis la memang suka la nak masuk sini Carneyz. Kedai dia cantik dan susunan ramen kat dinding tu unik sangat. Lip gloss tu pun comel. Eh...sabun tu pun berkenan juga tapi kalau budak2 nampak mau makan tu sebab bentuk dia sebijik cam aiskrim ya?
ReplyDeleteSemua benda comel kat sini sis 🤣 aah, sabun & bath bombs tu memang nampak real mcm dessert, takut budak2 kecik ingat tu makanan 😅
Deleteuisssh kalau saya masuk sini mau tak jumpa jalan keluar ni..lamanya tak datang jenguk Carneyz,rindu hehe
ReplyDeleteKiteorang pun hampir2 tak jumpa jalan keluar 🤭 Semua benda nak belek, hidu & cuba 🤣 memang rambang mata dibuatnya.
DeleteSis Afzan sihat ke tu? Lama menyepi dari dunia blogging.
meriah btul ye...tgk gk kwn2 share...yg mcm makanan tu tp sabun riso kn bdk2 ingt makanan kn
ReplyDeleteMemang meriah, patut la kedai ni viral. Betul, kalau ada budak2 kecik kat rumah baik jangan beli atau simpan di tempat yang tersorok takut dieorg igt makanan pulak 🙊
DeleteKalau sis memang akan melekat di tingkat 2..suka batang pen yg berwarna-warni..note book yang comel2..
ReplyDeleteAhaks... sama macam anak2 saya, dok belek2, test pen berwarna-warni tu. Pastu note book pun ambik pastu letak balik sebab tak boleh pilih yang mana dieorang suka semua comel 🤭
DeleteKedai² gini susah cari jalan keluar ni 😅
ReplyDeleteTu la pasal PH, mau kena azan dengan encik suami, baru kembali ke pangkal jalan 😅
DeleteBoleh tak jumpa pintu keluar ni karang. Kat JB ada tak?
ReplyDeleteYe, susah sangat nak keluar dari sini SK. Baru nak turun tingkat bawah, eh nampak benda lain yang belum tengok lagi. Berhenti lagi belek-belek sampai tak sedar masa 🤣
DeleteSayapun kalau ke tempat seperti ini bakalan suka dan betah ,apalagi lihat barang"cantik dan lucu, biasalah perempuan tu, tau"borong banyak😁
ReplyDeleteItulah kan. Automatik ikut nafsu bila masuk ke tempat2 macam ni 🤣
Deleteuncle tak pernah.... (angkat tangan)
ReplyDeleteAla.. Uncle kan baru balik dari Sawadikap... 😄
DeleteWoww.. Cuteee cuteee laahhhh! Kalau ada kat JB, lama dah saya membelek semua barang kat situ 😆😃
ReplyDeleteKKV ni baru bukak di Bukit Bintang KL. Tak mustahil bila dah tengok sambutan di Malaysia dieorg akan bukak lebih banyak stores
DeleteTak pernah juga. Kalau bawa Najla ni tak tahu apa reaksinya. Melayang RM byk maba lah tu?
ReplyDeleteHehe, ko cakap la kat dia boleh beli 3 barang je, pastu suruh dia pilih barang apa dia nak 🤭 notebook dengan stickers kat sana murah.
Deletewaahhhh..bahaya ni. kalau masuk mesti rambang mata jugaks
ReplyDeleteConfirm susah nak jumpa jalan keluar ni hihi
Deletegeram kan msk sini? rs nak borong semua! tapi kena sabarrrr🤣🤣
ReplyDeleteYe, kena tahan nafsu bila masuk sini hehehe
DeleteJadi inget saat kek Retna ke jakarta, lalu ke KKV kelapa gading, dia pun kalap belanja aneka rupa 🤣🤣🤣.
ReplyDeleteSaya sekali ke KKV. Nasib baik tak suka journaling. Kalo tak, bisa Rambang mata liat aneka peralatan jurnal yg berwarna warni. Tapi saat saya lihat peralatan dapur, langsung tak bisa diam 😂.
Dan lagi mereka pandai mendesign layout nya. Dibuat berwarna cerah, lalu barang2 disusun based on warna. Secara psikologis, Orang2 akan tertarik dan semangat dengan warna kuning dan merah, apalagi kalo susunan warnanya cantik begini. Langsung dobel semangat untuk shopping 🤣
ReplyDelete