Sabtu lepas, sebelum bertolak ke Melaka aku sempat lagi hadir ke hari sukaneka sekolah Khadeeja. Sukaneka diadakan di Mini Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Sebelum pukul 8 pagi lagi dah keluar rumah tapi bila sampai fuhhhh... mencabar betul nak cari parking. Faham-faham je la tempat tu kan tumpuan orang beriadah pada hujung minggu. Nasib baik jumpa tempat parking walaupun agak jauh sikit.

Tema sukaneka tahun ni agak unik iaitu "Solidariti Bersama Palestin". Khadeeja memainkan watak penting sebagai maskot iaitu buah tembikai 🍉. 


Khadeeja jadi maskot tahun ni

Macam biasa, sukaneka dimulakan dengan acara perarakan. Siap bawak flare lagi dieorang ni masa perarakan.


Perarakan para pelajar yang terlibat dengan hari sukaneka

Lepas perarakan, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku. Disebabkan deejay bertugas pasang lagu tu kuat-kuat, satu taman berhenti dan berdiri bagi menghormati lagu Negaraku 😅. Seterusnya ada acara mengangkat sumpah dan ada jugak persembahan tarian dari anak-anak ni:


Acara mengangkat sumpah

Yang ni pulak masing-masing pakai cermin mata hitam untuk tarian lagu "Hutang" kumpulan Floor88

Khadeeja masuk acara larian berganti-ganti dan larian 100 meter. Untuk larian 100m, alhamdulillah dia berjaya dapat tempat pertama! 🥳 Tak sia-sia mak dia bersorak jadi pom-pom girl kat tepi hehe.


Khadeeja dalam acara lari berganti-ganti

Sebenarnya ada jugak acara sukaneka untuk ibubapa, tapi aku tak join sebab nak kena gerak sehabis je acara yang Khadeeja masuk. Nasib baik ada geng pom-pom girls duduk kat tepi padang, boleh la bersembang sambil menunggu 🤭.


Pom-pom girls (anak-anak kiteorang satu kelas)

Lepas balik dari sukaneka, aku dapat mesej dari salah seorang mak-mak ni bagitau yang Khadeeja bukan setakat menang larian 100m tapi jugak acara memanah yang dibuat masa kelas memanah. Wah, tak sangka Khadeeja ada bakat memanah 😃. Kesian dia tak dapat ambik hadiah masa hari sukan sebab kiteorang rushing nak balik rumah dan bertolak ke Melaka. Kalau tunggu sampai habis event, risau pulak terperangkap dalam traffic jam di Seremban dan Ayer Keroh.

18 comments:

  1. Wahh. Tahniah Khadeeja. Boleh jadi pemanah negara ni kalau diasah bakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terfikir pulak asah bakat dia jadi pemanah negara. Boleh dipertimbangkan tu 😄

      Delete
  2. alaa comelnya watermelon! #standwithpalestine gituu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tema solidariti Palestin tahun ni hehe

      Delete
  3. Comey jer maskot tembikai tu.. terbaik lah boleh bertema bersama palestine..

    ReplyDelete
  4. Mcm sempoi jak sukaneka di taman mcm tok.. mesti enjoy.. rare juak maskot semangka ya bh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok memang sempoi jak sukaneka sidaknya setiap tahun 😄

      Delete
  5. Rasa kesian plak dengan maskot tembikai tu..tapi comel..Good job Khadeeja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kelakar la SA ni. Kenapa kesian dengan maskot tembikai pulak? Dia pakai kostum tembikai takde la terdedah dengan panas hihi.

      Delete
  6. tak jauh dah dari rumah linda tu..naseb baik pagi sabtu tu cuaca helok..petang tu, menderu2 hujan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, rumah kiteorang pun tak jauh dari Taman Tasik Titiwangsa ni 🤭 Tu la risau jugak kalau hari hujan memang kena batal la acara sukaneka ni. Kesian dgn cikgu2 dah bertungkus-lumus buat persiapan.

      Delete
  7. Comelnya pakai maskot tembikai tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kreatif cikgu2 buat tembikai dari kadbod hehe

      Delete
  8. alololo comei je dia pakai maskot tembikai...dari jauh dah boleh kenal ;-)

    ReplyDelete
  9. Aisssh salut lah khadeeja kuat memakai maskot semangka itu. ❤️👍👍. Saya hanya terpikir gerah dan panas. Tp demi support Palestine, kita rela berpanas sedikit kan ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tapi katanya tak panas. Malah lebih selesa sebab terlindung dari kena cahaya matahari 🤣

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .