Selepas sekian lama Khadeeja dok bagi hint 'best nya kalau kita boleh buat waffle sendiri kat rumah', akhirnya apa yang diidam-idamkan anak no. 2 aku ni pun tercapai! 😅
Gajet baru selepas lama Khadeeja bagi hint mintak belikan |
Pagi semalam sebelum turun ke sekolah, aku buatlah waffle untuk dia. Aku guna pancake mix instant je (pagi Isnin rasa malas sikit nak bancuh tepung buat waffle batter), campur susu segar ikut kepekatan yang sesuai dengan resipi dan lepas tu sapu minyak atas acuan waffle maker ni. Bila dah cukup panas, baru tuang adunan dalam waffle maker.
Tunggu 5 minit dah siap waffle |
Sarapan pagi Khadeeja |
Kemain dia happy dapat makan waffle dengan maple syrup pagi tadi. Untuk kakak pulak, buat grilled cheese sandwich. Nice, cheese dia meleleh je dalam sandwich tu. 😋
Rupa-rupanya banyak jugak resipi yang boleh buat guna sandwich maker ni. Nanti ada masa nak cuba buat salah satu resipi aku jumpa kat YouTube:
wahhh menarik ni!!! waffle tu nmpk sedappp
ReplyDeleteWaffle guna pancake mix instant jadi rasanya mmg sedap MZ 👍🏻
DeleteSelamat mengunakannya.
ReplyDeleteHarap2 tak jadi tukun la kat rumah bila dah lama2 ni hihi
DeleteKalau ada anak2 tengah membesar, memang seronok ada gajet dapur macam ni. Lepas ni mesti banyak menu keluar, nak tunggu yang ada ais krim seketul dengan coklat meleleh pulak, bila agaknya Carneyz nak tayang tu?
ReplyDeleteTak tau nak beli aiskrim apa SK sebab nampak brand semua mcm brand boikot je. Nak buat aiskrim sendiri kena beli icecream maker pulak 😅
DeleteSelamat bereksperimen dgn new kitchen toy tu sis :D
ReplyDeleteHahaha! Terima kasih sis 🤭 apa2 menu baru akan ditayang di sini hihi
DeleteBila tengok Carneyz punya waffle maker ni ok baru teringat waffle maker ni tak berasap lagi. Hehe. Dok tersimpan je dia. Sedap tu makan dengan maple syrup. Kalau ada butter pun sedap, letak aiskrim pun sedap gak....ok kena kuarkan balik waffle maker tu.
ReplyDeleteLepas ni buat waffle untuk bekal Dania ke tempat kerja pulak ye sis Ezna hehe.
Deletesaya punya dah masuk stor duduk diam2 dalam tu,ntah bila pula nak guna tak tau la tu
ReplyDeleteSama macam juicer saya dok diam2 dalam kabinet hehe.
Deletedh ada waffle maker...dpt mkn puas2 la...panas2 kan...suka waffle ltk peanut+ chocolate
ReplyDeleteYe lepas ni buat sendiri je waffle kat rumah. Peanut + chocolate my favourite jugak 😊
DeleteMemang syok ada waffle maker, makan panas2 kan.
ReplyDeletePanas2 lepas tu letak butter sejuk atasnya. Sedapnya!
DeleteSelalu beli jer.. mungkin sudah smpai masa buat sendiri hihii.. nampak sedap pulak
ReplyDeleteWaffle maker ni takde la mahal sangat tapi asyik tangguh hasrat nak beli sebab dapur kiteorg ni kecik je tak muat kalau nak beli gajet banyak2 hehe.
Deletesama lah kita.. dapur kecik maklum la rumah atas... nak beli air fryer pun fikir dah 100 kali hahahaha :P
Deletewah..menarik . dr dulu nak beli tapi x beli2 pun.. he he
ReplyDeletehehe, sama la.. asyik tangguh nak beli je takut jadi tukun kat dapur ni 🤭
Deleteharap2 kiera dgn louis tak request waffle peanut butter + cekelat🤣🤣🤣🤣
ReplyDeleteKiera & Louis request wetpud je hehe
DeleteSenang buat sendiri aje kan...
ReplyDeleteBuat sendiri jimat sbb bahan2 waffle sentiasa ada dalam rumah ni (tepung, telur, gula, susu, mentega, esen vanila & baking powder) 😃
DeleteBaca ini, saya langsung ingat ada dibagi oleh kakak ipar Sandwich maker, dan sampai sekarang tak pernah buka 😂😂😂😂😂.
ReplyDelete