Salam Jumaat semua,

Sejak perangai lahanat tentera Izzy tu menjadi-jadi, aku cuba sedaya-upaya untuk beri sokongan melumpuhkan kekuatan ekonomi kumpulan Z ni dengan mengurangkan / menukar barangan dari produk Z kepada produk alternatif. 

Contohnya sebelum ni beli M*lo, sekarang kiteorang beli V*co. Walaupun bila makan kat luar pun kiteorang tak order M*lo ais. N*scafe tu takyah cakap la sebab tak minum kopi lagi dah. Satu kebaikan bila boikot C*ca-C*la ialah dah takde nafsu nak minum minuman yang pernah jadi kegemaran aku tu sampai kena diabetes. Sejak stop beli mee segera Megi, kiteorang dah kurang makan mee segera. Jadi selain lebih jimat, dah kurang makan makanan proses sekarang ni.

Tapi yang buat aku sedih ialah terpaksa lupakan coklat kegemaran aku - K*tK8 Chunky. Huhu... Bila nak datang bulan je, mesti aku cari coklat ni. Tapi sebab K*tK8 ni produk N**tle jadi aku tahan diri dari beli. 

Baru-baru ni aku singgah KK Super Mart dan ternampak satu coklat dari Turkiye jenama Torku. Bentuk coklat ni seakan-akan coklat kegemaran aku tu. Jadi aku pun beli la satu sebab nak tau sama ke tak rasanya dengan K*tK8 Chunky:


Torku chocolate
Coklat jenama Torku dari Turkiye (Harga: RM2.10)

Torku chocolate
Kat dalam, nampak kecik sikit dari K*tK8 Chunky

Verdict: Rasanya memang sangat hampir dengan coklat kegemaran aku! 🤩 Tak menyesal beli ye hehe. Cuma lapisan coklatnya tak setebal dan semewah coklat K*tK8, tapi bagi aku ok je. Rasa coklatnya pun pekat. Esoknya aku beli lagi bagi anak-anak rasa pulak, dieorang pun bagitau benda yang sama - coklat ni memang rasa macam coklat K*tK8 Chunky:


Torku chocolate
Dalamnya ada lapisan wafer macam coklat K*tK8 Chunky

Tapi tak semua cawangan KK Super Mart ada jual coklat ni. Aku beli coklat ni di KK Super Mart cawangan UTC Sentul. Pernah try cari di KK Super Mart di sebelah stesen LRT Masjid Jamek tapi tak jumpa. Mungkin tak dijual di situ.

Lepas ni kalau teringin makan coklat, takde la sedih sebab tak boleh makan coklat yang diboikot tu sebab dah ada coklat alternatif hihi.

Buat pengetahuan semua, dalam dunia ni ada 10 syarikat utama (The Big 10) yang mengawal industri makanan dan majoritinya ada hubungan dengan Izzy, contohnya N**tle beroperasi di tanah yang diduduki oleh Izzy secara haram, sumber SINI). Harapnya N**tle cepat-cepat tutup kilang di tanah haram dan keluar dari Izzy. Macam yang kita tengok bila ramai-ramai org boikot Mekdi, syarikat induk Mekdi terpaksa masuk campur beli balik hak francais dari pemegang francais Izzy supaya dieorang tak boleh lagi sesuka hati nak derma makanan dekat tentera Izzy lepas tu dengan bangganya post dekat satu dunia sokongan terhadap tentera Izzy. Sekali haa, ambik kau satu dunia boikot Mekdi gara-gara tindakan Mekdi di Izzy tu sampai dieorang rugi USD7 billion. Adan uke. Tekanan ekonomi macam tu yang kita harapkan berlaku dengan syarikat-syarikat yang sokong kumpulan Z dan negara haram tu.


10 syarikat makanan yang menguasai industri makanan global
10 syarikat makanan yang menguasai industri makanan global (Sumber: https://www.frugl.com.au/2020/01/19/the-sooner-you-know-that-only-10-companies-control-everything-you-buy-the-better/)

Tak boleh tolong banyak, tolong sikit-sikit pun harapnya usaha kita diterima di akhirat kelak, Insha Allah. Jangan sampai orang Palestin mengadu dekat Allah yang dieorang tak terima pertolongan dari kita masa dunia. Nauzubillah. Semoga Allah ampunkan dosa kita atas ketidakupayaan kita untuk hentikan serangan Izzy ke atas mereka 🥺.

26 comments:

  1. Memang dahulu lagi sebelum tragedi Oktober saya dah tidak beli produk Nestle.
    Itulah bagusnya boleh cuba jenama lain. Rupa-rupanya bagus juga cuma mungkin kurang terkenal atau tidak banyak dijual di sesebuah kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kadang2 kita pilih barang tu sebab jenama bukan sebab kualiti sangat pun. Tapi bila dah tau kualiti dari jenama lain setanding dgn jenama yg support Z ni, tak teragak2 nak bertukar ke arah produk alternatif.

      Delete
  2. Macam pernah nampak la coklat ni....sekarang ni boleh substitute dengan jenama macam Beryl's etc. Kena boikot la jenama C dan sewaktu dengannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la coklat Beryl's tu lagi la buatan Malaysia, sedap pun sedap.

      Delete
  3. Nanti cuba cari jenama Torku ni, harap lebih banyak produk dari negara Islam masuk negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun kebetulan singgah nak beli roti sebenarnya, ternampak coklat ni sebelah je dgn coklat K*tK8, bentuk pun seakan2 sama. Tu yg beli sbb nak tau rasa sama ke tak hehe

      Delete
  4. jrg sgt pegi kedai KK....menarik nmpknya kalo dh seiras ngan kitkat chunk..bole try nanti kalo jmpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jarang masuk KK Mart tapi hari tu kebetulan cari roti coklat dekat kedai biasa takde tapi ada kat KK Mart. Masa nak bayar roti tu ternampak coklat ni terus beli.

      Delete
  5. byk betul list product dlm gmbr tu :( ada jugak some brands yg MZ masih beli ie tak cari alternatif..anyway, bab maggi tu betul laa...sejak tak beli maggi ni, jrg dh kami mkn mee segera kat rumah ni...sbb beli brand lain, tekak rasa tak berapa sedap sbb dh berzmn mkn brand maggi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MZ. Lagi2 Megi kari, brand Mamee pun tak sama rasanya dgn megi.

      Delete
  6. Kedai KK tu pun ammi tak masuk dah lepas isu nama Allah di stokin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya selalu pegi Giant Mini kat sebelahnya tapi hari tu nak beli roti coklat takde kat Giant Mini tapi ada di KK Mart. Lagipun owner KK Mart pun dah kena denda dan harapnya belajar dari kesilapan ni.

      Delete
  7. Harap tindakan kecil kita ni membuahkan hasil yang besar kelak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 Dari sungai ke segara, 🇵🇸 pasti merdeka

      Delete
  8. Memang sedaya supaya cari produk yang tidak berasas dan diasas dari sana.

    ReplyDelete
  9. Jihad kecil kita. In syaa Allah! Tak dapat membantu banyak yg kecil ni pun dah memadai. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Tak dapat bantu banyak, bantu dari usaha kecil pun boleh jugak.

      Delete
  10. penah nampak juga coklat ni tapi mcm biasa laa tgk je 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy giler dapat coklat alternatif sbb saya mmg minat sangat coklat K*tK8 Chunky dari zaman belajar lagi huhu...

      Delete
  11. Whoaaa..Baguslah seakan akan..ada.lg.1 coklat turki yg sy pernah try..Biscolata..Not bad rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biscolata tu Nona beli kat mana? Nanti boleh cari hehe.

      Delete
  12. Pernah nampak tapi x pernah beli...untuk bukan peminat coklat SA xde masalah, cuma bab coffee je..SA belum istiqomah..sedang mencuba..bukan apa..kat office ni cuma ada nescafe je stok..nak kena habiskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak bab kopi xde masalah tapi bab coklat ni sedih bila tak dapat makan coklat yg saya suka 🤭 nasib baik jumpa alternatif hehe

      Delete
  13. Dulu setiap ke Malaysia saya selaku beli Milo, daim, dan coklat lain. Skr tak nak. Beli beryl's dah cukup. Tapi memang suami saya tipe yg nak beri sokongan dengan cara lain. Dia tak nak boikot. Kami agak berbeda pandangan di situ. Tapi at least dia msh mau tak ajak anak2 ke McD, KFC dan franchise yg tergabung.

    Saya pula sudah stop pakai barang2 Unilever. Ini paling banyak diperalatan rumah tangga, macam detergent, sabun dll.

    Tapi syukurnya ada beberapa company local Indonesia yg sediakan alternatif. Hanya saja agak sedikit mahal. Cuma tak apalah. Drpd saya pakai produk yg affiliate.

    Yg belum bisa saya ganti, hair oil L'Oreal. Saya belum ketemu yg sama bagusnya. Jadi mau tak mau msh pakai. Kecuali nanti ada pengganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa, janji sokongannya kepada Palestina. Walau tak boleh terus stop, tapi sudah kurang guna pun dah cukup memadai 😃

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .