Dah lama tak bersiaran dengan BFFs dua orang ni, jadi 2 minggu lepas kiteorang keluar brunch sesama selepas mendapat keizinan dari suami masing-masing. Hehe. Sejak dieorang ni kahwin susah bebenor nak cari masa nge-date bersama sebab aktiviti hujung minggu dieorang dengan suami masing-masing 🤭. Sis ni pengantin lama jadi Suami Terchenta dah bagi kepercayaan penuh setiap kali sis bagitau nak keluar girls outing dengan BFFs hihi.
Kali ni kiteorang nak try tempat baru iaitu Opera Cafe & Lounge di TRX. Sebenarnya ni cawangan kedua dieorang, cawangan pertama di Starhill so korang boleh agak la kan kekayangan kafe ni 😅. Kafe ni sangat la lawa sampai dapat jolokan most Instagrammable cafe in KL gittew... Tapi memang lawa pun. Kalau sis Suzy datang sini mesti dia suka sebab tema kafe ni warna pink. Semua pink, dari hiasan kafe sampai la ke pinggan dan even peket gula pun warna pink lolzz.
Opera Cafe & Lounge @ TRX |
Lokasi kafe ni sebenarnya susah sikit nak cari sebab bukan dalam mall TRX tu tapi di bangunan Menara Exchange 106 yang bersambung dengan mall. Sampaikan Zura boleh sesat barat tak jumpa-jumpa kafenya, bengang member tu siap bagitau kalau dia tak jumpa jugak lepas sejam cari, dia akan pergi shopping je la! Nasib baik 45 minit kemudian dia muncul 😝. Aku dengan Nurul dah puas ber posing sakan by the time dia sampai hehe.
Puas ber posing sementara menunggu seorang lagi BFF sampai sebab dia tengah sesat mencari jalan ke kafe |
Kafe ni menghidangkan menu Western dan Mediterranean, pastries, kek dan jugak dessert. Sebenarnya ada jugak Instagrammable desserts yang sangat la comel dan menarik, tapi kiteorang tak order sebab tujuan datang ke sini sebab nak brunch. Boleh tengok menu kafe di SINI.
Antara makanan/minuman yang kiteorang pilih:
Peach iced tea, Opera avocado dan rich hot chocolate |
Almond croissant |
Eggs benedict with smoked salmon |
Salmon cruffin |
Truffle fries |
Boleh dikatakan makanan kat Opera Cafe & Lounge ni sangat memuaskan hati, cuma harganya agak kayangan la. Tempatnya sesuai untuk celebrate birthday atau anniversary sebab deko kafe OTT (over the top) dan sesuai untuk orang yang suka ambik gambar dan post di IG hihi. Sebelum ke sini, elok buat tempahan meja dulu. Masa kiteorang mula-mula sampai pukul 10 pagi, kafe ni agak lengang tapi bila kiteorang dah nak gerak hampir 2 jam kemudian, tiba-tiba tempat ni penuh. Nak selamat, digalakkan buat tempahan meja.
Ada tempat OOTD jugak tapi camera girl yang bertugas kat sini ambik gambar close-up ni kenapa? Dah kena crop sayap sis ni 🤪 |
Alamat: Lot No. UG.08, Level Upper Ground, Menara Exchange 106
Masa operasi: 8 pagi - 10 malam
IG: @operacafemy
Laman web: https://operacafe.com.my/
Cantiknya cafe, food & drinks pun menarik sangat, mesti sedap.
ReplyDeleteAlhamdulillah semua ok kecuali tang harga tu je la rasa gigil jugak time nak bayar haha!
Deleteexclusive sgt cafe ni... harga memang wow ni...
ReplyDeleteMemang exclusive, lokasi pun dekat tempat orang have2. Kiteorg je tetiba terasa nak jadi orang have2 jugak masuk kafe ni... 🤭
DeleteCantik semuanya perfect. Plating cantik, cafe pun nampak cozy. Instagrammable gitu.
ReplyDeleteBetul tu sis Ezna. Kafe ni mmg sesuai utk Instagrammers yang suka ambik gambar2 aesthetic.
Deleteada tgk cafe ni dkt starhill...rupanya dkt TRX pn ada....cantik utk bergmbr tp tula harga kayangan ada baca review
ReplyDeleteAah, baru bukak yang dekat TRX ni. Jangan tak merasa kak hihi. Dah rasa makanan kat sini ok la nasib baik sedap dengan harga kayangan tu 🤭
DeleteWow tempatnya sudahlah cantik dan berwarna,di tambah hidangan nampak sedap banget... alhamdullilah suami sangat pengertian ya 😀
ReplyDeleteYa, suami saya tau saya kadang2 bosan jugak duduk rumah ni jadi bila kawan2 ajak keluar dia selalunya ok je bagi kebenaran 😄
DeleteOrang kata we pay for the place, ambience and the food. Jangan lupa servis provided.
ReplyDeleteMahal tetapi food ok ok sahaja pun tak ok juga.
But serius..lawa gila tempatnya..makanan pun harus sedap.
Ye, memang betul tu kak fzy. Kita sebenarnya bukan setakat bayar harga makanan tapi jugak harga service & ambience kafe ni 😄 staff dieorg pun pandai ambik gambar hehe.
DeleteUncle tak berani masuk tempat macam ni.... ketaq lutut, lemah jantung!
ReplyDeleteHahaha! Ada2 je la Uncle ni 😆
Deletemewah sangat2 niiiii kalau bawa kaki IG 5 jam pun tak cukup😁😁
ReplyDeletenmpk nya sy kn dtg sorg2 laa... kalau ramai2 minta bapak gula byr kn🤣🤣
Hahaha! Nak ajak dating sini hello2 je 😆 hari tu tak sempat nak try macaron dia yg besar gedabak tu hehe.
DeleteCantiknya cafe ni....okey masuk Wishlist la...leh amik gambar banyak2 ngan Dania
ReplyDeleteBoleh sangat2 ni SA. Jangan lupa pakai baju warna pink jugak matching dengan tema warna kafe ni hihi
Deletewaaa i baru tahu la psl cafe ni!! ok dh masuk list siap2 hahaha cuma sekrg ni i baru start clean eating sbb plan nak buat blood check up in few weeks time..so kalau setel semuanya, boleh lah cheat day mkn2 kat cafe pinky niiiii
ReplyDeleteHaa dah tau mesti MZ suka ni sebab kafe ni tema pink 🤣 OK nanti dah setel blood check up ok semua boleh try makan kafe ni.
DeleteNang kacakkk.. mknn pun kacak juak presentationnya.. mun makei bj x kacak segan mek nk dine-in sia 😂😂
ReplyDeleteAok nang kacak tempat tok. Rega pun kacak juak haha
DeleteYa Allah pinkish semua yaaa 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣 ada beberapa foto yg sedikit silau saking glowing sangaaat hahahahha. Memang lah peminat pink pasti suka kesini 😂.
ReplyDeleteNanti lah nak saya coba kalo ke KL. Tak suka pink, tp saya tertarik dengan makanannya ❤️
Makanannya pas di tekak saya, presentasi makanan pun sangat Instagrammable. 😄 Cuma harganya mahal gitu. Wajib try ni Fanny 👍🏻
DeleteMenakutkan hahahaha... tak ada la gurau jer.. sbb nmpk exclusive sgt huhuu.. boleh la cadang company buat2 makan kat sini nanti hihii..
ReplyDeleteHa apa lagi, cepat buat proposal tu hihi
DeleteHarga kayangan. Balik makan dari sini. Agak2 berapa hari ken 'puasa' he he he
ReplyDeleteHuhu... tak leh datang selalu bangkrap dibuatnya 😅
Deletecantiknya...ralit tengok deko...food presentation pun mewah...betul2 kayangan nih..
ReplyDeleteYe Kak Nohas. Datang sebab nak cuba first time hehe.
Delete