... aku terkagum sekejap. Jarang-jarang Suami Terchenta suggest kat mana tempat makan, biasanya dia mengharapkan aku yang tau kat mana tempat makan best kat KL ni hehe. Tapi minggu lepas tiba-tiba je dia ajak, "Jom, kari kepala ikan." Wah, dah boleh geng dengan Pak Inche SK macam ni! 😅

Sepanjang aku pergi hiking di Bukit Taman Tugu, aku baru tau ada tempat makan on the way nak ke tempat hiking tu ye. Suami Terchenta pun baru tau jugak sebab keluar makan dengan kawan ofis sebelum tu. Dia kata kalau hari bekerja tempat ni penuh waktu tengahari sampai tak cukup tempat parking. Menu special kat sini katanya ialah kari kepala ikan merah. Best sangat la tu sampai repeat ni.


Kari Kepala Ikan di D'Tugu View Cafe
Keunikan kari kepala ikan di sini ialah kuah hitam dan hirisan mangga muda

Kat sini boleh pilih saiz kepala ikan yang kita nak. Harganya boleh tengok kat gambar kat bawah, dalam lingkungan RM70 ke atas.


Kari Kepala Ikan di D'Tugu View Cafe
Pilih kepala ikan dulu ikut ketebalan dompet masing-masing 🤭

Lepas pilih kepala ikan, barulah pekerja kafe campur kepala ikan yang dipilih ke dalam kuah kari dan sedia untuk dihidang.


Kari Kepala Ikan di D'Tugu View Cafe
Sekawah besar kuah kari kepala ikan ni

Selain dari kari kepala ikan, ada jugak lauk campur yang lain dekat sini macam ikan bakar, ayam kampung goreng dan lauk-pauk Melayu yang lain.


D'Tugu View Cafe
Pelbagai pilihan lauk Melayu

D'Tugu View Cafe
Aku ambik keli bakar ni jugak sebab nak rasa air asam ikan bakar ni. Sedap la jugak.

D'Tugu View Cafe
Tempat makan yang selesa dan tak panas

Bagi aku kari kepala ikan kat sini sedap, pekat dan isi ikan pun manis dan segar. Rempah karinya melekat dekat tangan sampai ke malam ok 😅. Patut la aku baca review kari kepala ikan kat sini rata-ratanya positif dan memberangsangkan. Sayang anak-anak tak reti makan kari kepala ikan, jadi aku dan Suami Terchenta la kena gigih menghabiskan kepala ikan yang besar tu! Dengan saiz kepala ikan macam ni, kesimpulannya kena makan beramai-ramai baru senang nak habiskan hihi.

Kafe ni namanya D'Tugu View sebab dari kafe boleh nampak pemandangan Tugu Negara. Buat peminat kari kepala ikan, boleh la masukkan tempat ni dalam senarai destinasi restoran kari kepala ikan korang 👍🏻.


D'Tugu View Cafe

Alamat: Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 7.30 pagi - 4 petang (Tutup hari Ahad)

40 comments:

  1. Replies
    1. Maksudnya dah lama la kedai ni beroperasi ye Cik Nor?

      Delete
  2. my hubby suka la kari ikan tp kami amik bahagian bdn la, kepala tu tak amik sbb rasa mcm tak berapa ada isi compared dgn bdn, lgpun kepala kan mahal laaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama MZ, sebelum ni kiteorang tak pernah ambik bahagian kepala ikan sbb mahal & ingatkan tak banyak isi. Rupa2nya haa.... terkial2 kiteorg berdua nak menghabiskan! Hahaha!

      Delete
  3. Wah..tak tau pulak ada tempat kari kepala ikan kat sini..boleh ajak AG lps ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau kak fzy. Sedap dan padu kari kepala ikannya, memang fresh isi ikan tu 👍🏻

      Delete
  4. SA suka!!!dah pernah 2 kali makan kat sini boss belanja dan abg driver boss belanja...ingatkan dah x wujud tempat ni...ada lagi rupanya...nanti nak ajak la kawan2 makan kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo SA pun pernah pergi sini ye. Sedap kan kari kepala ikan kat sini. Balik rumah tangan pun bau kari hehe

      Delete
  5. i like bau kari melekat kat tangan hahaha...nnt sampai ke malam asyik nak cium tangan je,buruk betul perangai haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau sampai ke malam boleh pening jugak dibuatnya haha. Tapi memang sedap kari kepala ikan kat sini. Berbaloi dengan harganya.

      Delete
  6. Pun tak reti sangat makan kepala ikan ni Carneyz. Kari tu makan la...kalau kepala ikan tak reti sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time sebenarnya makan bahagian kepala ni. Kalau kepala ikan merah banyak jugak isinya. Makan 2 orang gigih nak menghabiskan satu kepala tu 😅

      Delete
  7. Yey! Welcome to the club 🤣

    Berbaloi la bayar jika rasa isi kepala ikannya segar dan manis berjus, nak nak lagi jika bau kari melekat sampai ke malam. Biasalah budak² mana makan kepala ikan, budak² sekarang pandai makan ayam jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Betul la kata SK tu, dieorg mmg makan ayam kampung goreng je hari tu 🤣

      Delete
  8. Uncle suka makan kari kepala ikan kat rumah... sebab segan nak nyonyot-nyonyot kat kedai... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai begitu sekali ye Uncle menikmati kari kepala ikan hehehe

      Delete
  9. suka kari kepala ikan...hah siap2 ada harga tu senang pilih mn yg sesuai nk amik kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, senang nak pilih ikut bajet masing2 hehe.

      Delete
  10. arwah mak pesan x baik makan kepala ikan nanti jadi bengap. sbb tu la sy x suka makan kepala ikan. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar jugak orang dulu2 kata mcm tu tapi sebenarnya tak nak anak2 berebut2 makan bahagian kepala ikan jugak sebab isinya manis dan lembut lagi2 dekat pipi ikan tu hehe

      Delete
  11. OMG 😱😱😱😱😱, Macam sedaaaaap sangaaaat 😍😍😍😍. Ini confirm Raka sukaaaaaa lah. Dia penggila kepala ikan 🤣.

    Kebalikan dengan saya yg tak suka. Tapiii saat melihat foto di atas, dengan kuah pekat dan hirisan mangga, rasanya saya tak menolak untuk coba 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat 👍🏻 lain kali fanny boleh ajak Raka makan kari kepala ikan di sini 😄

      Delete
  12. Nak kena ajak my husb gak ni, peminat kari juga tu. Selalu depa pekena KKI ni dekat Mahboub Bangsar. But this is Malay owned agaknya ye, sebab ada ikan bakar dll, x nmpk macam mamak. Betul sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kedai Melayu ni sis, sebab lauk-pauk Melayu. Kari ikannya pun tak rasa mcm kari ikan mamak. Try la memang sedap sebab ikan fresh 😄

      Delete
  13. Kalau dah cenggitu comment nyer.. Kena cepat start kereta terjah cafe tugu ni.. Menarik sungguh kari nya kalau padu dan power hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat padu kari kepala ikan kat sini. Lunch hour hari bekerja memang penuh je tempat ni (menurut kata suami la hehe).

      Delete
  14. biasa kalau kari yang sedap ni seharian bau dia masih melekat... kalau cepat hilang maknanya x sedap laa tu😁😁😁 ckp dr pengalaman✌️😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, anies mesti peminat kari jugak ni 🤭

      Delete
    2. yap! sejenis yg makan kari mesti kuah banjir kecuali mkn nasi kandar hahahaa boleh tak mcm tu?

      Delete
    3. Boleh je, kecuali kalau nak diet hehehe. Nasi kandar kena kuah campur betul tak?

      Delete
  15. Kepala ikan ni saya suka mata dan pipinya. Tak kisahlah masak kari, Adam pedas atau sup, memang bahagian itulah yang diterkam dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang tak reti makan mata ikan, tapi masa suami pegi dengan kawan satu pejabat, ada kawan yang makan mata ikan. Dia kata sedap 😅 Bahagian pipi lembut dan manis isinya kan kak Amie.

      Delete
  16. Kita yang baca ni terliur dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duduk di KL boleh la datang singgah hujung minggu sebab kurang sikit orang yang makan kat sini.

      Delete
  17. langsung ada harganya di kepala ikannya
    hem....
    enak sepertinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mudah untuk kita ambik mengikut bajet masing-masing 😅 Bagi saya sedap kari kepala ikan di sini.

      Delete
  18. Selamat menjamu selera
    Kayangan betul harga kepala ikan tu erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu la hidup di KL ni Wak. Keras semuanya 🤭

      Delete
  19. suka kuah dia esp sebab dia letak tauhu tu hahaha.. ni memang pebret bdk2 kat rumah.. kalau kita suka ayam kampung dia... kari ni slalu tapau bawa balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la licin kiteorang makan dengan tauhu2 pun licin jugak hihi.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .