Siapa kat sini suka workout? Aku semestinya tak la hahaha! Tapi terpaksa, sebab nak sihat kan. Pakar kata kalau nak cepat kurus sebenarnya kena jaga makan, kiranya effort kurus tu kena 80% jaga makan dan 20% workout. Tapi part jaga makan tu la adoi... macam-macam dugaan kiri kanan depan belakang. Contohnya minggu lepas je dua kali kawan-kawan ajak keluar makan hihi. Sebab dah lama tak jumpa dan jarang-jarang ada peluang berjumpa, jadi keluar la makan dengan dieorang. Lepas tu mula la diet ke laut sebab tergoda dengan menu menarik kat kafe tempat keluar makan tu huhu...

Eh, tu side story sebenarnya. Topik kali ni sebetulnya ialah tips sebelum memulakan senaman. Kenapa kena baca tips ni? Sebabnya taknak la otot kita terkejut dari mode rilek, chill2 tiba-tiba kena bekerja keras. End up dari niat nak sihat tiba-tiba jadi sakit sebab tercedera. Jadi apa perkara yang kita kena tau sebelum buat senaman? Boleh baca kat infografik ni.


Kredit: Etiqa

Kesimpulannya, kena buat senaman regangan otot sebelum dan selepas bersenam. Lepas tu tau la excited first time masuk gym tapi kena sentiasa beringat kemampuan diri-sendiri. Mula dengan senaman yang ringan dulu, contohnya kalau first time guna treadmill, mula dengan berjalan santai, lepas tu brisk walk dan bila dah build up stamina baru la mula berlari. Kalau strength training pun sama, pilih dumb bell yang ringan dulu dan bila otot dah makin kuat baru beralih ke dumb bell yang lebih berat. Bukan apa, selain dari mengelakkan kecederaan, taknak la motivasi nak bersenam tu terus terbantut bila kita mula dari level advanced tapi stamina ke laut. Sudahnya esok dah malas turun ke gym sebab sakit-sakit badan dan rasa terseksa nak buat senaman.

Selain dari tips di atas, aku suka dengar muzik masa berjalan / berlari atas treadmill. Jadi kena sediakan siap-siap playlist yang sesuai untuk pace berjalan / berlari. Pernah berlari sambil dengar lagu Bon Jovi "It's My Life" pastu semput mak sebab pace lagu ni rancak dan cepat weyh! 🤣 Untuk strength training, aku selalunya ikut video senaman, kalau tak baru 2 minit dah give up! Bila ikut gerakan dalam video senaman, aku paksa diri-sendiri ikut sampai habis. Lepas tu tangan gigil nak angkat botol air pun kena tongkat dengan tangan sebelah 😜.

24 comments:

  1. tq for the tips....warm up memang penting supaya badan x terkejut kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MA, senaman regangan nak prepare badan untuk aktiviti workout nanti dan jugak untuk legakan otot selepas senaman.

      Delete
  2. masa mula2 dulu mmg malasss nak warm up... warm pun nak x nak je🤣 5 min dah selesai. tp kesannya? haaa amik kau! sengal sana sini... so insaf laa sekejap😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kalau tak workout sakit2 badan dibuatnya.

      Delete
  3. Nah saya tuh suka males-malesan, apalagi besok atau malamnya badan langsung pegal 😁mungkin karena gak latihan dulu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, kena rajin buat senaman regangan badan dulu, baru kurang sakit2 badan lepas senaman.

      Delete
  4. Betul ..warm up tu penting sebelum kita start segala aktiviti ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat company Jepun siap ada aktiviti bersenam berkumpulan sebelum mula bekerja kan.

      Delete
  5. Samalah. Bilalah nak datang kerajinan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku mula dgn target cukupkan masa bersenam dalam sehari dulu. Mula2 10 minit, lepas tu 20 minit dan skrg ni 30 minit. Asalkan ada buat pergerakan utk bakar lemak dan bina otot dah cukup 😊

      Delete
  6. Betul, masuk Gym dengan bristwalk lain..
    Dua-dua Sis dah buat tapi lebih suka bristwalk, santai-santai aja, masuk Gym Sis cepat jemu sebab tak luas mata memandang hahahaha.. tapi sebenarnya sebab Gym yang selalu Sis pergi tu dia dah berca,pur lelaki perempuan, En Sabar tak bagi pergi huhuhu.. so kita bristwalk aja laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brisk walk kat luar panas. Dalam gym boleh bukak ekon sejuk sikit hehehe. Part bosan tu mmg betul, sbb tu selalu dgr headphone time atas treadmill.

      Delete
  7. Memang kena warm up dulu kan sebab tak nak badan terkejut masa exercise nanti....jom kita bersenam tapi jangan lupa tips sebelum memulakan senaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni dekat2 nak bendera jepun energy level down sikit. Ikutkan hati malas nak bersenam tapi takut kalau dah stop susah nak start balik. Jadi saya multi-task, time ambik Khadeeja kat sekolah saya akan start track workout brisk walk. Pegi ambik dia dalam 30 minit jugak kena berjalan, so dah meet target sehari. Tak payah la masuk gym hari tu. Kadang2 saya buat senaman kat rumah je ikut video Fitness+, mcm yoga, core workout atau pilates. Sebenarnya tu lagi tough dari senaman guna dumb bell 😄

      Delete
  8. i zmn2 bujang sgt aktif la dgn senaman, siap register masuk gym...bila dh beranak pinak, dh quit laaaa so bdn pun asyik naik jer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi MZ selim-melim je saya tengok 😅 Saya pulak zaman belajar dulu rajin la tiap2 petang jogging kat kampus tapi bila dah start kerja dgn jadual kerja yg hectic memang tak sempat nak bersenam bila balik kerja pun tengah2 malam. Weekend dah penat. Dari situ badan terus naik mencanak2 lagi2 bila ada PCOS ni.

      Delete
  9. bab bersenam mmg malas btul...tp tula nk kurus kena rajinkan diri....akak husband la yg slalu ajak tp wifenya mmg ikut mood tu pn briskwalk je kt treadmill...nk berlari mengah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya husband akak support journey sihat. Saya selalu je ajak asben pegi gym sama2 tapi dia selalu bagi alasan penat 😅 kalau ajak keluar makan takde pulak bagi alasan penat kihkih...

      Delete
  10. Eh? Sama lah! Uncle pun tak suka! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sebab tu kita tak jadi atlet kan hehehe

      Delete
  11. dulu2 selalu jg buat senaman regangan & strength training di rumah..buat plank...sekrg ni kerajinan tu dah hilang ntah kemana..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rajinkan semula huhu... saya pun tak bersenam tapi kalau tak buat setiap hari bertambah2 malas jadinya.

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. I feel you, pas lagi semangat, napas langsung Ngos ngosan Krn tak sadar badan mengikuti rentak musik 🤣🤣.

    Apalagi kalo lagu favorit, ikut menyanyi pula sambil treadmil. Yg ada semput memang 😂😂. Macam mana para penyanyi itu, terutama yg rockers, bisa stabil suaranya yaa 🤣. Bukan lipsync kan 🤭🤭

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .