Throwback - Staycation di Palm Garden Hotel, Putrajaya
Bila aku belek galeri foto hp, baru perasan yang aku tak up lagi entry pasal staycation di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Palm Garden Hotel ialah salah satu dalam kategori Tribute Portfolio Hotel di bawah jenama Marriott Bonvoy. Macam biasa, tahun ni kena kumpul 10 malam untuk mengekalkan status Silver Elite Marriott Bonvoy supaya tak hilang keistimewaan sebagai ahli Silver Elite. Tak sabar nak capai 250 malam supaya keahlian ni bertukar status jadi kekal sepanjang hayat (Lifetime Awards) tak kira la tahun tu dah cukup kuota 10 malam ke tak. Dari mula-mula join sampai sekarang baru kumpul 90 malam, ada 160 malam lagi nak dapatkan Lifetime Awards tu 🤪.
|
Lobi Palm Garden Hotel |
Hotel ni tak jauh dari IOI Mall Putrajaya dan ada perkhidmatan shuttle bus untuk bawa tetamu hotel ke IOI Mall (shuttle bus ni berkongsi dengan Marriott Putrajaya jugak sebab lokasi hotel yang dekat dengan each other).
|
Bahagian courtyard di tengah-tengah bangunan hotel |
Kiteorang staycation sini sebab ada promosi Palm Garden Family Retreat sepanjang tahun ni, di mana bilik kedua (untuk anak-anak) dapat diskaun 50% dari harga bilik penuh. Harga bilik pun dah termasuk breakfast.
Bilik kiteorang dengan anak-anak sebelah-menyebelah je (connecting room) tapi masa kiteorang sampai bilik kiteorang tak ready lagi. Jadi aku nego esoknya check out lambat (pukul 2 petang). Sebenarnya tak kisah sangat pun sebab petang tu lepas check in kiteorang dah plan nak melawat kawan satu ofis Suami Terchenta yang terlibat dalam kemalangan jalanraya. Tapi sebab tanggungjawab hotel ialah memastikan bilik ready sebelum waktu standard check in pukul 3 petang, jadi dieorang kena la gantikan masa tu dengan waktu check out yang lewat, cari bilik lain atau offer room upgrade. Dalam kes kiteorang ni the only connecting room yang ada ialah bilik yang tak siap lagi dan bilik yang lebih mahal pulak dah fully booked.
OK, done membebel pasal bilik yang tak ready lagi yang penting lepas balik dari melawat member ofis Suami Terchenta bilik dah ready. So ni la rupa bilik di Palm Garden Hotel ni:
|
Bilik anak-anak dengan twin double bed. Dekat luar bilik ada balkoni |
|
Bilik aku dan Suami Terchenta dengan katil king dan ada balkoni |
|
Ruang sofa yang luas |
|
Foyer bilik |
|
Pemandangan dari sisi katil |
|
Dapat snek tempatan (gula-gula kelapa dengan nenas kering) dan nota tulisan tangan dari pengurus hotel (aku rasa mesti intern yang kena tulis nota ni setiap hari, pengurus hotel tinggal sign nota je) |
Bilik yang kiteorang ambik ni takde bathtub. Kalau nak bilik ada bathtub kena book bilik suite. Semua bilik menggunakan sabun dari jenama Guild+ Pepper. Aku Google kat Shopee ada jual, tapi import dari China. Tak pasti original ke tak.
|
Bilik air |
Selain dari tu, kemudahan lain yang disediakan ialah bath robe, seterika dan papan seterika, tea and coffee facilities dan minibar fridge. Mesin kopi je takde tapi sebab tak minum kopi so aku tak kisah sangat.
|
Kemudahan dalam bilik yang lain |
Puas hati sebab bilik luas dan bersih. Next entry, aku share buffet breakfast kat sini pulak.
I dh pernah stay sini tp dh lama laaa..longg before zmn pkp lagi
ReplyDeleteAah hotel ni dah lama kan sebenarnya, tapi kiteorg baru first time staycation kat sini. Masa kiteorg stay ni byk jugak govt agencies yg buat kursus kat sini klu tak boleh request extend checkout pukul 3 petang.
Deletepuas hati, luas jugak tu...naseb baik boleh nego check out lewat...
ReplyDeleteTu la, ikutkan tak dpt sbb bilik fully booked sbnrnya tapi sbb dieorg tak ready kan bilik pada waktu yg sepatutnya, tu yg dieorg bagi.
DeleteCantik bilik di hotel ni.. Hotel gini kalau dah lewat masuk mmg boleh demand sikit hahaha ..
ReplyDeleteYe kena la demand dah bayar mahal2 kan haha
Deleteluas biliknya..puas hati..oo..kena stay 10mlm setahun..
ReplyDeleteBetul tu Kak Nohas, puas hati sbb bilik luas. Ye kena stay 10 malam setahun baru dapat status Silver Elite.
DeleteLuasnya bilik, syok nak melepak.
ReplyDeleteCantik tulisan kat nota tu.
Kan, dah la tulis panjang2 pulak tu. Kalau ada 50 tetamu, 50 kali kena tulis tangan nota yg sama penat tu hehe
Deletebesar & luas biliknya...160malam lg nk kena check in byk hotel tu
ReplyDeleteYe kak, kalau setahun duduk 10 malam, maksudnya ada 16 tahun lagi baru dapat lifetime awards huhu...
DeleteSemoga berjaya untuk misi lagi 160 malam. Memang tak boleh org lain booking atas nama kita?
ReplyDeleteHaha, tu la 16 tahun lagi baru dapat Insha Allah. By the time tu Jun dah pencen harap2 boleh la pegi makan angin duduk kat hotel selalu 🤣
Deleteluas bersih biliknya. siap ada nota lagi
ReplyDeleteAah, luas biliknya dan rasa personally welcomed bila dapat note dari hotel manager 😊
DeleteMemang yaa kalo produk itu impor dari China, langsung rasa ragu, asli ke tak 🤣. Saya pun begitu. Kalo dah China, nanti dulu lah. Better cari local product biar yakin 😅
ReplyDeleteBesaaaar juga kamarnya yaaa. Saya dulu sempat tertarik JD member Marriot ini. Tp lama2 dipikir, saya pun tak sering2 sangat menginap di hotel under Marriot Krn mahal 🤣. Makanya masih berpikir lama nak jadi member atau tak 😅
Hehe, ya kan. Tapi kalau difikirkan balik, entah-entah hotel pun ambik dari China biar murah kos operasi 😜
DeleteSaya dulu jadi member Marriott dari zaman masih bekerja lagi sering outstation dan Marriott ini salah satu hotel dalam senarai hotel yg dibenarkan untuk kakitangan menginap. Bila dah berhenti, rasa sayang nak stop sebab sudah tahun ke-5 jadi ahli hehe. Lagipun Marriott ada pelbagai jenama di bawahnya dari yang bajet sampai ke 5 star, jadi kalau mau kumpul malam untuk kekalkan Silver Elite, saya pilih hotel yang bajet je dan fasiliti pun basic. Tapi kalau mau staycation, pasti saya pilih hotel yang berbintang-bintang ðŸ¤
rajin betul buat mesej bertulisan tangan... sabar ye budak intern 😀
ReplyDeleteTu la, harap2 bukan dia sorang je intern kat situ. Lagi naya kalau yang kena tulis tangan tu ialah secretary hotel manager tu hihi...
DeleteSA suka hotel2 besar ni sebabnya complete benda yang kita perlu kan..especially iron...hehhe..
ReplyDeleteBetul2... lepas tu rasa selamat sikit dari segi privacy, sebab bila bab duduk hotel ni risau pulak kalau ada orang pasang spycam dalam bilik curi2 ambik gambar kita dalam keadaan tak sopan.
Delete