Khamis lepas aku buat lasagna untuk anak-anak tapi sebab alang-alang dah defrost daging kisar (ye, langgar pantang lagi! Bila nak insaf ni!) dan sebab aku nak habiskan stok sayur capsicum, carrot, frozen veggie dan kentang, aku pun buat jugak shepherd pie at the same time (biasalah aku ni, sekali datang mood rajin dekat dapur sampai 2 jenis hidangan berbeza aku buat! Kalau malas, order Grab je hehe).


shepherd pie
Terhangus sikit kat atas gara-gara multi-tasking sambil bakar shepherd pie, aku mengacau sos béchamel atas api untuk buat lasagna


shepherd pie
Rupa tak cantik sebab aku tak pakai kentang Russet untuk lapisan kentang putar kat atas tu. Aku guna kentang biasa je, jadi lembik sikit. Tapi yang penting rasa sedap

Shepherd pie aku ni versi yang pakai apa je yang ada di rumah. Kalau ikutkan resipi asal shepherd pie kena letak sos Worcestershire tapi ada aku kesah? 😜 Tak letak pun sedap jugak rasanya.

So ni la resipi shepherd pie versi aku:


Shepherd Pie Derhaka

Bahan-bahan:

  1. 1 bungkus daging kisar Ramly (yang bentuk silinder tu, kalau beli yg bentuk segi empat tu guna satu keping je)
  2. 1 batang carrot (potong dadu kecik)
  3. 1 biji capsicum (potong dadu kecik)
  4. Satu cawan frozen mixed veggie
  5. Setengah biji bawang holland (guna 1 bijik kalau saiz bawang tu kecik) - cincang halus
  6. 1 sudu besar bawang putih kisar
  7. 1 kiub stok pati lembu (beef stock)
  8. 1 tin kecik pes tomato
  9. Minyak zaitun (untuk menumis, kalau takde guna je minyak masak biasa)
  10. Mixed herbs / Italian herbs
  11. 2 sudu besar tepung gandum
  12. 1 sudu kecik serbuk lada hitam
  13. 5 biji kentang (paling sesuai guna Russet Potatoes)
  14. Susu segar / susu penuh krim
  15. Parmesan cheese (setengah cawan atau ikut suka korang, kalau suka cheese letak la banyak mana pun)
  16. 2 sudu mentega
Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200℃. 
  2. Kupas kulit kentang dan rebus kentang sampai empuk.
  3. Sementara tunggu kentang empuk, panaskan minyak secukupnya, tumis bawang-bawang sampai kekuningan dan wangi, masukkan daging kisar dan tekan-tekan sampai lerai dan bertukar warna kepada kecoklat-coklatan.
  4. Masukkan sayur-sayuran dan tumis sampai sayur lembut.
  5. Masukkan stok pati lembu dan pes tomato.
  6. Perasakan dengan mixed herbs dan lada hitam.
  7. Masukkan tepung gandum dan kacau sampai nampak pekat. Kalau terlalu kering, masukkan sedikit air bagi nampak ada kuah gravy yang pekat.
  8. Tutup api.
  9. Masukkan kentang yang dah empuk ke dalam food processor, masukkan susu segar (jangan banyak sangat takut cair, parmesan cheese dan mentega. Tutup penutup food processor dan kisar sampai sebati semuanya menjadi kentang putar. Kalau takde food processor, lenyek guna kaedah manual / pakai tangan je la.
  10. Griskan pinggan casserole dengan sedikit minyak masak, masukkan inti daging dan sayur tadi dan ratakan lapisan. Kemudian tutup lapisan bawah dengan lapisan kentang putar tadi dan ratakan.
  11. Bakar selama 25 - 30 minit (bergantung dengan kepanasan ketuhar masing-masing. Bila lapisan kentang putar tadi dah nampak kekuning-kuningan, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan dulu sebelum dihidang.


Dah siap... Sekejap je licin shepherd pie ni. Masak bukan main lama sejam! 🤣 Sebenarnya resipi inti daging lasagna tu pun lebih kurang gini jugak bahan-bahannya kecuali aku cuma letak carrot, bawang holland dengan daging kisar je. Sayur capsicum dengan frozen mixed veggie tu guna untuk resipi shepherd pie je. 

Lagi satu untuk lasagna, aku guna sos spaghetti bolognese instead of pes tomato sebab lasagna kena berkuah lebih sikit supaya dapat diserap oleh kepingan pasta dalam lasagna tu masa dibakar. Lasagna kena ada sos béchamel (sos putih berkeju) jugak dan pakai 3 jenis keju (parmesan, mozzarella dan cheddar cheese) untuk setiap lapisan lasagna. Nak senang beli je Emborg 3 Cheese Bake Shredded ni.

Nak senang, ikut je resipi Che Nom untuk lasagna yang sedap.



Guna cheese yang ni untuk buat lasagna

22 comments:

  1. Sendiri nak makan, letak je apa yang ada kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, lagipun tujuan utamanya nak habiskan stok makanan dalam peti sejuk sebelum re-stock baru, terutama sayur-sayuran.

      Delete
  2. Sedap sangat ni, thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Kak Mulan buat mesti lagi kebaboom gittew... 😄

      Delete
  3. saya sih belum pernah dengan shepherd ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shepherd pie ni ialah pai Inggeris. Harus cuba ni 👍🏻

      Delete
  4. Nampak sedap tu nanti boleh try buat kalau rajin. Hihihi

    ReplyDelete
  5. Kalau tak makan habis baru kira derhaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Kalau tak masak resipi macam ni, memang susah nak suruh anak2 makan sayur. Bila buat jadi pai dan bercampur dengan inti daging & kentang putar, dieorang dah tak boleh nak bezakan rasa sayur dgn daging lagi hihi

      Delete
  6. Makanan favorit saya juga, tp tuhlaaah selalu beli 🤣. Walo tak susah2 sangat, tp kdg melihat step nya dan durasi memasak, dahlaah beli langsung hahahahaha.

    Tak apa penampilan tak cantik, yg penting rasa kaaan 😄😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kat sini shepherd pie nya kecik tapi harganya mahal! Tak berbaloi rasanya beli. Kebetulan bahan2 semua ada / mau habiskan stok sayur2an jadi buat je la tak cantik takpe janji rasa 👍🏻👍🏻👍🏻

      Delete
  7. ooo kena guna kentang lain ya utk resepi sebenar. saya ingat semua kentang boleh belasah 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketang Russet paling sesuai buat mashed potatoes sbb tekstur dia lebih padat.

      Delete
  8. fav my boys ni tp i tak berapa gigih la nak membuatnya hahaha..urs nampak sgt sedap niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la bila datang mood rajin je baru buat hehe. Step nya mmg renyah sebab kena masak inti, rebus kentang, buat kentang putar, lepas tu bakar lagi dalam oven.

      Delete
  9. kan..ikut suka kita lah..tekak sendiri..hehe...yg penting sedap & hasil air tangan sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kalau nak hidang kat orang lain segan pulak. Tapi kalau makan sendiri, hentam je masak janji sedap 🤭

      Delete
  10. SA makan kat kedai je la..x pandai SA nak buat..apatah lagi Lasagna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe sebab SA tak pernah try buat lagi kot. SA kan terer bab memasak ni, kalau buat sekali confirm lebih sedap dari saya buat hehe...

      Delete
  11. Replies
    1. Tu la, kalau beli kat kedai mahal dan tak puas makan. Buat sendiri lebih jimat dan dapat makan puas-puas 😄

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .