Hari ni agak penat sikit sebab semalam baru balik dari Desaru. Bermalam satu malam di sana, hajatnya nak surprise kan adik ipar yang bekerja di Pengerang last-last surprise tak menjadi sebab dia bekerja pulak siang tu 😅 Dah la jem giler menghala ke selatan tanahair - pukul 3.30 petang bertolak lepas Khayla habis aktiviti sekolah dan Suami Terchenta balik dari standby duty di ofis (hari Ahad pun kena masuk ofis, kesiannya Suami Terchenta!). Ikutkan 4 jam lebih je nak ke bandar Penawar tapi sebab jem yang melampau sangat, dari 4 jam jadi 8 jam lebih perjalanan atas highway! Pukul 11.30 malam baru kiteorang sampai ke bandar Penawar. Letih tau dah la bawak kereta manual. Sampai kat Machap berhenti makan dan tukar driver. Suami Terchenta kata dia tidur je sepanjang aku bawak kereta lepas exit di tol Senai dan masuk ke highway ke Desaru sebab seram katanya tengok aku tekan minyak bawak kereta macam nak ke alam barzakh 🤭.
Takpelah takde rezeki jumpa adik ipar kali ni jadi kiteorang ambik kesempatan pergi ke Pantai Desaru je. Dah lama tak merasa angin tepi pantai, kata Suami Terchenta. Kita bagi can la dia healing di tepi pantai, stress kan kerja kat ofis tu.
Anak-anak pun seronok main pasir dan cari kulit kerang. Lepas tu rendam kaki dalam air laut. Agaknya kalau ada tuala mandi memang confirm terjun laut tu.
Bila mak bapak berposing hehe. |
Lepas tu kiteorang pergi ke pantai belakang restoran Nelayan pulak. Ada buaian bawah pokok. Anak-anak makin seronok bermain buaian. Lepas ambik gambar buat kenangan, aku dan Suami Terchenta jalan-jalan di tepi pantai Desaru yang cantik dan bersih tu. Seronok la siapa yang duduk dekat Desaru hari-hari boleh pergi mandi laut kan.
Main la puas-puas nak, nanti kita nak kena menghadap jem balik ke KL pulak 😆 |
Biarkan dieorang menikmati zaman kanak-kanak selagi masih depan mata kiteorang ♥️ |
Balik dari Desaru, kena menempuh perjalanan selama 6 jam pulak, Bertolak pukul 5 petang dan sampai pukul 11 malam. Kali ni tukar driver di Seremban pulak sebab Suami Terchenta dah mula membebel tak jumpa-jumpa smart lane 🤭. Bila dia dah membebel, maksudnya dia dah penat la tu. Sekali lagi dia pejamkan mata bila si isteri bawak kereta macam pelesit di jalan raya. Ikutkan Waze patutnya kiteorang sampai pukul 11.15 malam tapi sebab isteri dulu bekas minah rempit di jalan raya, tempoh perjalanan berjaya dipendekkan selama 15 minit.
Nanti dah kurang penat sambung cerita pasal trip terkejut ke Desaru ni hehe.
Pantainya bersih....biarlah anak" menikmati bermain", bapak dan ibu berpose dulu.. hehe
ReplyDeleteKan, bila di kota jarang2 dapat bermain puas2 mcm ni. Anak2 seronok dapat hirup udara segar di tepi laut 😄
Deletedesaru memang sgt jauh laaa dari KL....pantainya memang sgt cantik anyway :)
ReplyDeleteDari tol Senai tu dalam sejam la nak ke Desaru tapi nak sampai tol Senai tu nauzubillah... jem tak boleh bawak bincang! 🤮
DeleteEh! eh macam mana boleh tersama lagi ni. Aku pun baru balik dari selatan cuti Awal Muharam. Melaka - Kluang - Segamat. He he he. Entry auto update lagi berbelas hari baru keluar.
ReplyDeleteOo.. ramai yg berfikiran sama menghala ke Selatan kot. Aku siap cakap dgn Jun lagi kalau kita merempit macam Shai takde la stuck traffic jam kat highway tu smp 8 jam!
DeleteFuhh.. Linda yang dulu dari melaka pun surrender... Terasa jauh sangat JB tu.. Hahaha...
ReplyDeleteHusband kita kalau bawak kete rileks je.. Dia tak lalu smartlane, sebab kecik kan..kalau isteri dia.. Lalu je.. Hahaha.. Tapi, setkt hari nie, kalau dia drive memang smapi habis... Jarang nak tukar driver.. Dia lagi tak sanggup nk melayan karenah anak2..
Dulu rasanya dekat je bawak kereta dari KL ke JB. Dulu tu, berbelas2 tahun yg lepas la hehe. Skrg ni makin byk pulak kereta di jalan raya, nak pergi JB serupa nak ke Pulau Pinang tempoh masa perjalanannya tu huhu
Deletebetul tu..situasi lepas covid nie...orang berjalan je, tak tunggu musim perayaan ke apa...mungkin ada yang terkesan, kehilangan yang tersayang..jadi masa yang ada, gunakan lah...
DeleteAgaknya la kan. Harap2 tak berlaku lagi lockdown mcm dulu huhu
DeleteLaaa siannya, nape tak roger, boleh singgah rumah aja Karni..
ReplyDeleteBetul tahun lepas dah tamat shuttle tu haa, so kena keluar pergi sendiri ke laut ..
Nak mengadap jem masuk ke JB tu Sislin... fuuuhhhh 😆 Jun membebel2 apa la jem bodoh ni sampai ke Senai baru dia diam kihkih! Tunggu jemputan kawen Amat Insha Allah kita singgah rumah Sislin.
DeleteKahwin ngn orang Johor, sekali pun x pernah jejak Desaru..lepas ni nak pi la ngan Nia...
ReplyDeleteSeronok SA, dapat menghadap laut yg cantik dan bersih. Untung sapa2 yg duduk di Desaru hari2 dapat healing tepi pantai hehe
DeleteDulu desaru ni rasa jauhhhh sangat dr jb haha.. dh ada highway tu kurg la sket rs jauh nya tu... pengalaman pi desaru waterpark musim tengkujuh yg lps hahaha mmg thrill sunguh :D
ReplyDeleteTerlupa pulak pasal desaru waterpark tu. Lain kali kalau pergi lagi boleh la kot plan masuk desaru waterpark tu.
Deleteseronok tu kalau boleh terjun pantai tu.. lain kali beli jerk tualanya.. :D :D..
ReplyDeleteTu la kan, tapi malas nak menambah tuala kat rumah ni hihi.
Deletealaa tiba-tiba kak ana rindu pantai Carneys , mana nak pi paling dekat dengan KL ni hehe :)
ReplyDeleteTerpaksa la cari pantai dekat Gold Coast Sepang je mcm tu hehe.
DeleteTengok garisan2 di pasir tu macam baru dibersihkan....
ReplyDeleteAah ye la tu kot Uncle. Nak masuk sini pun kena berbayar, RM10 utk kereta. Mesti ada org yg jaga pantai ni.
DeleteDay trip ke ni sis? Allahu , tak dapat nak bayang dia punya penat tu huhu ..
ReplyDeleteLast pegi Desaru masa Abang baby lagi, belum ada rezeki nak repeat 😁
Tak, kiteorg bermalam satu malam kat bandar Penawar, PH. Lain kali nak datang lagi kena inform adik ipar awal2 hehe
DeleteEnam jam perjalanan memang meletihkan tu,...bak kata orang Sarawak ...tumbuh kepak ...boleh terbang hahaha
ReplyDeleteYalah kepak rasa nyawa. 6 jam mun jalan lancar tek sik hal juak huhu...
DeleteKalau suami membebel saya tetap suruh dia bawak jugak Hahahaha...tapi suruh berhenti kat mana R&R la. Jem ni memang boleh buat mengantuk.
ReplyDeleteSaya lebih rela tukar driver dari dengar dia membebel sis Ezna hehe. Orang lelaki ni bila membebel kalah orang perempuan 🤭
Deletedah mcm drive ke utara 8 jam tu. boleh msk thai lg tu dia punya lama nk smpi...
ReplyDeletelama dah berangan nk pegi desaru ni tp tu laa berangan je... buatnya tak😁
Kan... pegi Penang pun tak selama ni perjalanannya 😅 bawak kereta manual dengan keadaan highway jem memang menguji keimanan betul.
DeleteHahahaha gelak baca yg bawa mobil macam ke alam barzakh 🤣🤣. Kalo ini saya yg sering merasa begitu, kalo Raka dah bawa mobil macam masih muda dulu dibawanya. Maklum dia mantan pembalap zaman muda 😄. Saya yang tak bisa tidur kalo dia bawa mobil.
ReplyDeleteSering dengar nama Desaru ini. Tapi belum pernah kesana. Yg pantai begini dah pasti suami dan anak2 saja yg suka. Saya kalau pun ikut, cari restoran seafood terdekat ajalah, biar mereka mandi pantai, saya makan 😄
Suami saya langsung tidur bila saya yang bawak kereta, takut katanya tapi nak cepat sampai 🤣 Desaru ini pantainya cantik dan bersih, banyak tempat makan seafood jugak di sekitar. Cuma nak ke sini agak jauh.
Delete