Hari ini 22 Julai 2024, Sarawak menyambut hari kemerdekaan dari penjajahan British dan penubuhan kerajaan Sarawak pada tahun 1963.
Sebagai anak jati Sarawak, aku sangat bangga dengan pencapaian negeri Sarawak di bawah kerajaan negeri yang progresif sekarang ni. Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah dan mula bersekolah di Selangor masa tu, masih ramai yang ingat orang Sarawak masih tinggal atas pokok dan bergerak ke mana-mana dengan sampan. Bila aku pindah balik ke Sarawak, kawan baik aku di sekolah lama hantar surat dan tanya macamana rasa kiteorang balik dari Semenanjung dan tinggal atas pokok balik? 😅 Padahal seumur hidup aku tak pernah pun tinggal atas pokok, malah lepas bapak balik dari sambung belajar, gomen bagi duduk rumah banglo lagi tu. Tapi itulah persepsi masyarakat satu ketika dulu.
Sekarang alhamdulillah, Sarawak dah pesat membangun. Ambik contoh bandar tempat aku membesar dan pernah bekerja beberapa tahun dulu. Masa aku mula-mula berhijrah balik ke Bintulu dari KL, Bintulu ada satu je shopping mall. Tu pun shopping mall yang takde apa-apa yang menarik. Kalau ada staff dari Semenanjung yang kena pindah ke Bintulu, ada yang sampai menangis ye sebab Bintulu takde apa-apa. Hospital swasta pun takde masa tu.
Lepas setahun dua, barulah Stabak masuk, kemudian ada Mekdi. Beberapa tahun lepas tu barulah ada shopping mall lain yang dibuka dan ada panggung wayang jadi tak payahlah kiteorang kena drive 3 jam ke Miri semata-mata nak tengok movie terbaru hihi. Sekarang dah ada GSC dan TGV, shopping mall pun sampai dah tak larat nak kira. Dari takde hospital swasta, dah ada dua hospital swasta untuk menampung keperluan untuk kemudahan perubatan di Bintulu. Bintulu sekarang dan Bintulu 10 tahun lepas masa aku mula-mula pindah balik ke sana sangat jauh berbeza. Semuanya sebab kerajaan Sarawak yang komited memastikan kekayaan hasil negeri dilaburkan untuk pembangunan negeri. Kalau tak, nama je bandar gas dan minyak tapi rakyat tak menikmati hasilnya.
Fakta menarik tentang Sarawak:
Cogan kata negeri Sarawak ialah "Dum Spiro Spero" (Berharap Selagi Bernafas / While I breathe, I hope) melambangkan semangat rakyat Sarawak untuk terus berjuang demi tanah air tercinta selagi nafas di kandung badan. Slogan ni juga dilaungkan oleh pahlawan-pahlawan Sarawak - Agi Idup, Agi Ngelaban (Selagi hidup, selagi itu berjuang).
Selamat Hari Sarawak. Semasa di Kerteh memang ramai kawan2 baik dari Sarawak. Anak2 pun sama. Cuma kami belum sampai Sarawak.
ReplyDeleteTerima kasih Kak Mulan 🌸 Jemput datang ke Sarawak kalau ada rezeki 😊
DeleteSelamat Hari Sarawak. Sampai hati diaorang tu kata duduk atas pokok..nampak sangat tak pernah datang Sarawak..negara lain boleh pulak pergi kannnn....
ReplyDeleteTerima kasih Kak Fzy. Tu masa saya sekolah rendah 30+ tahun lepas, sekarang semua dah tau kot Sarawak tak macam tu. Masa saya kecik dulu ramai org tak tau lagi pasal Sarawak dan imej Sarawak kat TV pun masa tu tunjuk org pakai cawat, naik sampan, duduk rumah panjang kat tengah-tengah hutan hehe.
DeleteSelamat Hari Sarawak..amboiii...x syg mulut ye mengata macam tu...Sarawak la best.....
ReplyDeleteTerima kasih SA 🌸 Saya tak salahkan kawan saya tu sbb 30+ tahun lepas tak byk sgt info pasal Sarawak, kat TV pun imej org Sarawak masih pakai cawat atau berkemban, bawak sumpit dan naik sampan. Atau versi Sarawak yang dieorg dengar tu dari ayah dieorg yg pernah kerja askar di Sarawak duduk dalam hutan jumpa org duduk atas pokok. Bila balik ke Semenanjung, dieorg pun cerita kat anak cucu sampai dieorg semua org Sarawak duduk atas pokok kot padahal tak 😅
DeleteSkrg rasanya semua dah pernah tengok Sarawak di kaca TV dan ramai yg dah pernah datang ke Sarawak. Jadi takde lagi dah persepsi kuno pasal org Sarawak. Skrg kalau sebut pasal Sarawak je, orang terbayang kek lapis Sarawak, laksa Sarawak dengan mi kolok je hehe.
Selamat Hari Sarawak.
ReplyDeleteSarawak best! Banyak makanan sedap terutama umai dan buah dabai. Entah bila akan sampai ke sana lagi.
Terima kasih Kak Amie 🌸 Tak dinafikan banyak makanan sedap di sana, kadang2 rindu pulak dgn makanan di kampung halaman 😊 Saya rasa semua negeri di Malaysia ni best, ada kekuatan dan keunikan masing2.
Deletedah lama tak jejak sarawak... kalau dulu setiap tahun pasti akan ke Langkawi-Kuching-Langkawi-Kuching hahaha...
ReplyDeleteKalau pergi Kuching lepas ni mesti perasan dah banyak berubah dari dulu.
DeleteWah wah wah! Cantiknya gambar pengantin!
ReplyDeleteGambar pengantin penah kena cilok masuk buku PLKN tanpa kebenaran hihi
Deletebaru sekali ke kuching. tu pun dah buat sy terkedu sebab pertama... banyaknyaaa kereta! ms tu tiba awal pg. mgkn org masih on the way nak g keje.
ReplyDeleteyg kedua jumpa org semenanjung yg sanggup pindah ke kuching. dia kata duduk sini sy rs tenang dan x serabut. sbb apa yg ada kt semenanjung semua ada kat sini. diam x diam dah 3 thn dia menetap kt sana. siap angkat kereta dr batu pahat ke kuching😀
Kuching mmg pagi2 jem. Asben saya orang Samarahan, dieorg gelar Samarahan Darul Jem 🤣 pagi2 mmg jem mcm kat KL, kadang2 kalah KL sbb cousin pernah turun kerja lepas Subuh (Subuh sana awal dlm pukul 5 lebih), pukul 8 baru sampai ofis.
DeleteKuching vibe dia chillax dan mcm KL jugak, semua benda ada. Tapi bagusnya skrg ni pembangunan Sarawak tak tertumpu di Kuching je, maksudnya bandar2 lain mcm Bintulu, Miri & Sibu pun pelan2 dah makin maju.
Oh akak Carneyz orang Sarawak rupanya ... Jauhh CCL pun belum sampai ke sarawak . Teringin juga nak jejalan tengok tempat di sana .
ReplyDeleteAah org Sarawak. Kalau ada rezeki jemput datang ke Sarawak. Mula dengan jalan2 di Kuching dulu lepas tu boleh pergi ke tempat2 lain jugak 😄
DeleteBagus entry ni.. baru tahu pasal Sarawak Independent Day 22 Julai.. 1963 masuk menyertai Malaysia..
ReplyDeleteYa, dari jajahan keluarga Rajah Brooke (James Brooke) diserahkan ke kerajaan British dan 22 Julai membentuk kerajaan Sarawak sendiri.
DeleteSaya sambung sikit ye. 16 September tahun yg sama (1963) baru la Sarawak bersetuju bergabung dengan Tanah Melayu & Sabah untuk membentuk Malaysia atas faktor2 sekeliling masa tu. Sebab tu ada perjanjian Malaysia 1963 yg mana ada perkara2 yg Sarawak tadbir berasingan dari kerajaan persekutuan termasuk hal2 imigresen, dan hak2 istimewa Sabah dan Sarawak yang tak boleh dipertikaikan sebab dah termaktub dalam perjanjian MA 1963 tu.
Dah lama x pergi Sarawak. Harap ada rezeki fly ke sana. Kalau ada jambatan menyeberangi semenanjung dgn Sarawak. Dah lama sampai. Ha ha ha
ReplyDeleteSenang kalau ada jambatan dari Semenanjung ke Sarawak, cuti sekolah je aku angkut budak2 balik kampung hehehe.
DeleteSelamat Hari Sarawak..
ReplyDeleteSemoga ada rezeki nak ke Sarawak satu hari nanti..
Terima kasih Sha 🌸 Ameen YRA 🤲🏻
DeleteKawan sebilik Dania dulu orang Sarawak. Seorang tu duduk rumah panjang tapi katanya rumah panjang batu. Maknanya rakyat Sarawak pun dah moden. Selamat Hari Sarawak juga buat orang sarawak termasuk adik ipar sis.
ReplyDeleteTak banyak dah rumah panjang di Sarawak ni yang masih lagi kayu sepenuhnya sbb risiko kebakaran tu tinggi. Rumah panjang yg dalamnya macam rumah banglo 2 tingkat pun ada kat Sarawak.
Deleteselamat hari sarawak!! nice pic laaaa
ReplyDeleteTQ MZ! 🌸
Delete