Selalu bila aku balik dari ambik Khadeeja di sekolah dan lalu food truck ni dalam perjalanan balik ke rumah, mesti nampak sign 'Closed' maksudnya jualan dah habis dan dieorang tengah mengemas perkakas. Tak pun kalau lalu situ nampak ramai orang beratur nak beli ayam goreng dari food truck ni. Tapi minggu lepas aku ambik Khadeeja dan ternampak food truck masih lagi beroperasi dan tak ramai orang beratur. Apa lagi, aku pun berhenti tepi jalan disebabkan perasaan ingin tau sedap sangat ke ayam goreng Muiz Hot Chicken ni sampai selalu je cepat habis dan ramai orang beratur.


Muiz Hot Chicken
Eh, masih bukak dan beroperasi la...

Aku ambik set cheese. Beli la 4 ketul supaya dapat rasa seketul seorang. Sekotak set cheese ayam goreng dengan 2 ketul ayam dalam satu kotak ni harganya RM11. Not bad la.


Muiz Hot Chicken
Dia bagi cheese dalam bekas ni untuk dip dengan ayam goreng

Muiz Hot Chicken
Ayam pun besar-besar macam ayam kepci, tapi dengar citer ayam kepci skrg dah makin mengecut. 

Rasa ayam goreng ni memang mirip ayam kepci jugak. Suka gigit tepung salutan ayam tu sebab rangup dan packed with flavours. Perapan ayam pun sampai ke dalam isi, dan bila cicah dengan sos keju yang dieorang bagi tu memang macam makan cheesy wedges tapi versi ayam, haaa gitu...

Rupa-rupanya Muiz Hot Chicken ni dah lama beroperasi ye, dari 2013 lagi. Cawangan pertama di Muar Johor. Sekarang konsep jualan dieorang melalui food truck tapi kalau ikut ilustrasi ni tahun depan mungkin dieorang akan bukak restoran sendiri. Semoga bisnes ayam goreng dieorang semakin maju sebab ni pertama kali jumpa jenama ayam goreng tempatan yang setanding jenama ayam goreng antarabangsa. Ada hikmah aktiviti boikot ni sebab nampak bisnes tempatan semakin ke depan bila orang ramai beralih ke jenama yang tak menyokong puak Z ni.


Muiz Hot Chicken
Ilustrasi menarik tentang perancangan perniagaan Muiz Hot Chicken atas kotak ayam goreng

Korang pernah try ke Muiz Hot Chicken ni? Apa lagi jenama ayam goreng yang setanding kepci korang pernah makan sebelum ni? Cer komen sikit.

28 comments:

  1. Betul Karni sedap ayam Muiz ni, Sis selalu juga beli tapi Amat lerr tukang belanja hahahaha .. kalau beli 5 ketul.. rangup dan size dia memang besar! Puashati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, saya baru tau kewujudan ayam Muiz ni sbb dieorg baru bukak food truck dekat kawasan rumah saya. Hari2 lalu tengok ramai org beratur beli ayam Muiz.

      Delete
  2. sedap kan ayam dia? sy teringin nak g resto dia. katanya dah ada kat TTDI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap setanding dgn ayam kepci. Oo dah ada restoran ke? Atas kotak tu tunjuk tahun 2025 baru ada restoran sendiri hehe. Mungkin sambutan sangat menggalakkan jadi plan tu dapat dianjak ke depan. Mesti menu pun ada macam2 kan.

      Delete
  3. Belum pernah cuba
    Bolehlah cuba try cari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba ni Wak, sedap dan rangup ayamnya, besar2 pulak tu. Lagi2 produk tempatan, tak rugi support.

      Delete
  4. Mmg ini pilihan kami rasanya since after PKP sebab mula2 saja2 je try. Sekali bila rasa dan sizenya lebih baik dari kepci maka kita beralihlah.

    Tp selalu kat order di Muiz ammi akan avoid kepak sebab dah few times dpt wings yg kecik. Other parts ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kat food truck ni dia dah siap2 pack dalam kotak. Tinggal kita bagitau nak set yg mana satu je, terus dia hulur kotak. So far tak pernah lagi dpt bahagian sayap

      Delete
  5. Dah rasa juga kat cawangan dia di Muar. Akan muncul di entry akan datang

    ReplyDelete
  6. Yes, Muiz FC memang sedap and paling best ayamnya besaq! Puas makan.
    Kalau resto/fast food chain, MB pun sedap & ayam pun besar² juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang gemar MB sebab kadang2 ayamnya agak kering. Lebih prefer ayam Sugarbun. Tapi Muiz ni rasa seakan2 kepci, rangup dan cukup perisa.

      Delete
  7. Alahai belum nampak branch di Kuantan ni. Nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Kak Mulan. Di luar expectation saya masa beli tu (sbb igtkan ayam dia kecik2 mcm ayam goreng jual kat pasar malam).

      Delete
  8. Nak kena mencari la dulu Muiz ni Carneyz....sedap ya?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai dah kata sedap ni sis Ezna, jadi kena try la ni hehe. Bagi saya seakan2 rasa ayam kepci. Kalau suka kepci, Insha Allah akan suka ayam goreng Muiz ni.

      Delete
  9. Dari packaging dah boleh agak kualiti ayam dia.. alhamdulillah la kalau rasa sedap dan selevel dgn jenama antarabangsa..

    ReplyDelete
  10. Syu tak pernah lagi rasa Ayam Muiz ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dieorg belum expand ke semua tempat. Kat tempat saya ni pun baru sebulan dua rasanya nampak food truck tu otw nak balik ke rumah.

      Delete
  11. Replies
    1. Dah agak mesti Uncle suka sbb style komik lukisan atas kotak tu hihi

      Delete
  12. muiz chicken ni memang sedap..i pernah beli masa dia bukak stall kat prima gombak (tepi coffee box)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo kat Prima SG pun ada stall Muiz chicken ye. Makin banyak dah tempat dia masuk.

      Delete
  13. SA pun suka sebab ayam dia besar dan sedap

    ReplyDelete
  14. Muiz Chicken memang sedap dari KFC . Berbaloi beli dengan saiz yang dapat . Berbanding kfc saiz ayam memang mengecil. Rasa tak berbaloi ..tapi muiz chicken ni approve !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la baru tau bila dia bukak food truck dekat tempat saya ni hihi.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .