Melawat Kedai Buku Tsutaya di Intermark Mall dan Pavilion Bukit Jalil
Ingat tak entry aku pasal sarapan roti sarang burung viral di Rumah Kuning? Lepas sarapan, kiteorang ke destinasi seterusnya ke Intermark Mall sebab Khayla kata nak cari novel bersiri kesukaannya. Aiseh, jenuh jugak nak cari tempat parking motor di Intermark Mall ni. Lain kali kita park je dekat bahagian motor Grab rider depan entrance mall, khalass!
Novel kesukaan Khayla ni cuma dijual di Tsutaya Bookstore. Ada dua cawangan Tsutaya Bookstore ni, satu di Intermark Mall dan satu lagi di Pavilion Bukit Jalil. Cawangan di Intermark Mall ni lebih kecik, jadi tak banyak sangat pilihan buku di situ. Aku mintak tolong staff situ cari buku yang Khayla nak tu dalam sistem dan dia bagitau buku tu takde kat Intermark, tapi di Pavilion Bukit Jalil.
|
Tsutaya Bookstore @ Intermark Mall |
Nak tak nak, terpaksa la kiteorang merempit ke Pavilion Bukit Jalil. Sekali lagi terkial-kial nak cari parking motor di situ, rupa-rupanya bukan dalam bangunan Pavilion tu. Jauh pulak kena menapak dari tempat letak motor ke bangunan Pavilion Bukit Jalil.
Aku suka ke Tsutaya Bookstore di Pavilion Bukit Jalil sebab bukan setakat luas, tempatnya pun estetik. Ramai je yang datang sini semata-mata nak ambik gambar Instagram atau OOTD di situ.
|
Kedai buku ni berkonsepkan dark elegance |
|
Walaupun ruangnya menggunakan warna gelap tapi tetap nampak luas sebab dekat siling ada cermin |
|
Ruang buku kanak-kanak. Baru-baru ni Tsutaya terpaksa balut buku kanak-kanak sebab ada parents yang tak bertanggungjawab biarkan anak koyak buku lepas tu letak balik dekat rak. Tak rasa bersalah ke dieorang ni rosakkan harta orang? |
|
Kat Pavilion Bukit Jalil ni, ada lebih banyak pilihan buku dan aku rasa lebih banyak dari buku di Kinokuniya. Ruang menjual stationery pun besar dan ada banyak pilihan |
Lepas masing-masing dah dapat buku yang dicari, marilah kita gerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan tiba-tiba hujan lebat. Aiseh. Terpaksa berhenti bawah jejantas pakai baju hujan dulu. Elok dah pakai baju hujan dan dah gerak dalam beberapa meter, tiba-tiba hujan berhenti. Eh, eh. Takkan nak berhenti lagi semata-mata simpan baju hujan pulak. Teruskan je perjalanan sampai ke rumah.
Macam mahal sahaja harga buku.
ReplyDeleteSusunan buku dan raknya cantik.
Harga buku masih standard, tapi barang2 lain dalam kedai ni mahal 😅
Deletekiranya uolls naik motor ber3 lah yer? tadi suspens ingatkan carneyz naik motor berdua dgn khayla ajer
ReplyDeleteKiteorg bawak motor masing2 MZ, Khadeeja bonceng motor saya, Khayla bonceng motor bapaknya. Anak2 dah besar panjang ni tak muat 4 orang naik satu motor je hihi.
DeleteTak pernah lagi kesini. Book store di MyTown pun cantik juga dan jadi OOTD spot anak2 muda. Ammi lupa nama kedai tu.
ReplyDeleteTak pernah lagi ke bookstore di MyTown. Sebenarnya dah lama tak jejak kaki ke bookstore sbb skrg ni suka baca e-book je.
Deletedah lama x pi kedai buku dlm mall. cuma pi kedai buku dkt umah ni je. dlm 1km je...mcm2 ada...
ReplyDeleteDekatnya, hari2 boleh pergi ke kedai buku kalau camtu 😄
Deletesekali sekali naik motor best kan? Tapi, sekali hujan memang tersadai la. Apa pun sediakan pakaian hujan.
ReplyDeleteSelalu je ronda2 KL naik motor, tapi kalau tempat tu dekat dengan LRT/MRT baru la kiteorg naik pengangkutan awam je. Baju hujan mmg sentiasa standby bawah seat motor hehe.
DeleteSukanya kalau dapat masuk kedai buku, tanpa sedar berjam-jam kalau tak dipanggil keluar. Pertama kali singgah di sini. Salam kenal & saya follow sini.
ReplyDeleteSalam kenal sis. Ya, kalau peminat buku mmg boleh lepak di kedai buku berjam2 hehe
DeleteTsutaya PV BJ sy dah sampai dgn blogger sal. masa tu PV ni baru je buka. lps abis event singgah sini... tp x tau nak beli buku apa. byk nau pilihan😁
ReplyDeleteKan, rambang mata tengok banyak nau buku kat sini hihi. Tapi nak pergi selalu jauh la pulak. Selalu kalau anak ajak baru kiteorg ke sini.
DeletePernah ke Tsutaya masa Pavi Bukit Jalil ni baru buka. Suka betul interior dalam Tsutaya ni siap boleh bergambar lagi. Cantik.....tempat pun luas.
ReplyDeleteMemang cantik interior dalam kedai ni kan.
Deletebeautfiul post, have a nice weekend
ReplyDeleteThank you, you too have a nice weekend 😊
DeleteElegan kedei buku tok.. warna hitam main peranan
ReplyDeleteYalah nak. Kacak tempat tok, ramai org suka OOTD di sitok.
Deletesuka gi kedai buku yg cantik2 mcm ni..tenang je.
ReplyDeleteKafe dia kondusif utk duduk2 baca buku sambil menikmati minuman dan makanan ringan kat sini.
DeleteCarneyz, bookstore ini jual novel Malaysia juga ga ? Saya kemarin ke popular, beli novel Malaysia. Tapi sedihnya tak banyak pilihan. Hanya ada 2 rak kecil saja. Sementara novel inggris lebih banyak. Kalo novel berbahasa inggris saya bisa beli di jakarta. Tp novel Malaysia inikan susah carinya di JKT. Padahal dulu zaman msh kuliah banyaaak sangat pilihan novel Melayu.
ReplyDeleteCantiik konsep dan warna dia yg hitam 👍👍❤️. Saya bisa betaaah lama2 di sana 😄
Di sini ada jugak novel Malaysia tapi novel bahasa Inggeris lebih banyak. Kalau Fanny bukak Shopee, boleh cari e-book novel Malaysia rasanya banyak jugak dijual di Shopee.
Deleteperghh..merempit naik motor, jauh tu...cantik outlet di Pavilion BJ...cantik beg harga RM400 tu, dari Jepun ke?
ReplyDeleteKita minah rempit satu masa dulu kak nohas hehe... Betul beg tu dari Jepun, material beg tu pun sama dgn kain baju kimono.
Delete