Minggu lepas, Suami Terchenta ambik replacement leave sebab dia masuk kerja weekend 2 minggu lepas. Dah alang-alang dia cuti, aku pun ajak dia keluar renew road tax motor dan beli stok supplement di LAC Nu Sentral sebab dah habis. Aku suka pergi dekat situ walaupun jauh sikit sebab staff dia berpengetahuan dan boleh nasihatkan supplement apa yang bagus untuk diambil untuk kondisi tertentu. 

Contohnya aku bagitau yang aku ada masalah nak lelapkan mata bila masuk waktu tidur walaupun badan penat tapi mata tu macam susah je nak tidur. Memandangkan ada beberapa supplement magnesium yang dijual di situ, tapi bila aku terangkan masalah aku tu, dia terus cadangkan aku ambik magnesium gylcinate, selain tu supplement tu tak buat perut bloating

Dah setel beli stok supplement, kiteorang decide nak makan tengahari di Kayu Nasi Kandar sebab dah lama tak makan nasi kandar.


Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Kayu Nasi Kandar ni tak asing lagi buat peminat-peminat nasi kandar

Memandangkan kiteorang pergi time lunch hour, restoran memang packed dengan manusia, kebanyakannya mereka yang bekerja di sekitar Nu Sentral. 


Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Walaupun pelanggan ramai, tapi servis laju.

Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Sementara tunggu customer kat depan pilih lauk, aku dah siap-siap decide nak ambik lauk apa (ayam goreng, telur ikan goreng, peria goreng dan sayur kobis).

Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Sampai kat meja baru perasan bukan telur ikan yang dia bagi, tapi sotong goreng. Alamak, patut la mahal bebenor harga. Takpelah, kongsi separuh dengan Suami Terchenta. Nasib baik sotong goreng tu sedap hehe

Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Ni pulak pilihan Suami Terchenta - kari kambing, sayur kobis dan telur rebus. Simple je asben sis ni kan? Tapi dia tolong jugak la habiskan sotong goreng tu sebab banyak.

Sekarang dah jarang-jarang makan nasi kandar, tapi sekali dah dapat tu fuhhh... dengan kuah campur kita gaulkan sekali dengan semua lauk-lauk tu memang nikmatnya tak terkata... Ayam goreng kat sini memang my favourite sebab garing di luar, juicy di dalam 😄.

Alhamdulillah, kenyang sampai ke malam.

P/S: Surprisingly tak mengantuk pulak lepas makan nasi kandar. Biasanya lepas heavy lunch macam ni, terus rasa berat je mata mengantuk sampai tak boleh ditahan-tahan lagi sebab paras gula naik mencanak-canak. Sejak ambik supplement ALA dan inositol, dah kurang simptom mengantuk lepas makan. Sekarang pun aku dah jarang-jarang nap tengahari / petang (sebelum ni lepas makan dan solat Zohor aku akan baring sekejap sebab mengantuk lepas makan). Dan takde dah tiba-tiba rasa menggigil bila terlambat sikit nak makan (hypoglycaemia). Tapi kalau sesiapa baru nak start ambik supplement, better korang consult dulu dengan doktor masing-masing ye sebab takut ubat yang korang tengah ambik tu tak serasi dengan supplement tertentu (macam aku dah check dengan my doctor dan dia bagitau should be ok untuk ambik supplement).

26 comments:

  1. Sedap nya. Lama pulak tak makan nasi kandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part best makan nasi kandar ialah bila gaulkan semua kuah campur tu dalam nasi hehe.

      Delete
  2. Dah lama tak makan nasi kandar. Nak kena pergi cari juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ko suka nasi kandar restoran mana?

      Delete
    2. Nasi Kandar Royale. Baru lepas dinner nasi kandar kat kg ni. Akan muncul di entry aw bulan Ogos. Ha ha ha

      Delete
    3. Nasi kandar Royale pun org cakap sedap tapi aku tak try lagi. Yg baru bukak dekat Bukit Bintang tu ko penah try tak?

      Delete
  3. Lama tak pekena nasi kandaq sedap aih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikmat betul makan nasi kandar dgn lauk ayam goreng ni 🤭

      Delete
  4. Kalau kuah campur macam tu hubby suka, saya kurang2 satu je jenis kuah tak pun kering je. Peria goreng tu sedapnya. Wahhh kalau kat Nu Sentral ni macam pernah nampak SA makan kat sini ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah restoran Kayu Nasi Kandar ni dekat Nu Sentral. Cuma nasi kandar je saya suka kuah campur, kalau hidangan lain saya suka letak satu jenis kuah je dalam pinggan 😄

      Delete
  5. sy ada kala mengantuk jg lps mkn nasi kandar ni. sbb tu kalau mkn tggu weekend. kalau weekdays mmg bahaya...
    kalaundah ada sotong..hmm faham2 je laa harganya wpn amik sikit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa kat tempat kerja lama ada boss suka belanja nasi kandar dekat staff tiap2 hari jumaat sbb nak jimatkan masa sblm yg lelaki pegi solat jumaat. Bila waktu petang je seksa betul rasanya nak tunggu habis waktu kerja sbb kena tahan mata mengantuk 😅

      Delete
    2. kannn.. tahan mengantuk tu adoiiii.... seksa betul!

      Delete
  6. Alhamdulillah ada kesan bagus lepas ambik supplement tu.

    Akak pulak jarang tidur siang sebab susah nak lelap mata walau ngantuk. Tapi malam jadi cepat ngantuk, lepas Maghrib je dah rasa nak tido.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak seorang yg aktif waktu malam, jadi malam2 susah nak tidur.

      Delete
  7. sedapnya nasi kandar tu. terliur hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sedap sangat. Makan beralaskan daun pisang, makin sedap 👍🏻😋

      Delete
  8. Selamat menjamu selera.
    Nampak sedapnyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala makan nasi kandar memang sangat menikmatinya Wak 😄

      Delete
  9. akak tk minat sgt nasi kandar tp bole la mkn...original kayu ni pernah mkn ngan geng opis bos blanja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni apa je la tak minat sebab tu susah nau nak kurus 🤣 lepas makan nasi kandar seharian tangan bau kari je hehe

      Delete
  10. Aishhh lapar pulak pepagi ni nengok nasi kandar tu.. Kayu Nasi kandar belum pernah try lagi... nampak ada uphmmm di situ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti lunch hour boleh la cari nasi kandar hehe. Kuah campur semua mmg thorbaik! 👍🏻

      Delete
  11. Laaa...nape x halo-halo..SA ada je kat opis...tau boleh dating kejap masa lunch time...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya pegi sorang boleh la kot helo2 dekat SA tapi sbb pegi dgn asben takut dia pulak segan dgn SA hehe

      Delete
  12. Masi kandar memang best kan 😍😍😍😍. Tapi saya belum coba yg kayu nasi kandar ini kak. Nantilah kalo kesana. Cuma memang kalo pesan nasi kandar, saya selalu minta kuah sedikiiit hahahahahah. Tapi memang saya tak terlalu suka banyak sangat kuah.

    Kalo pesan nasi Padang pun, saya pasti minta kuah sedikit jgn campur ke nasi 🤣

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .