Suatu petang di hujung minggu, tiba-tiba Khadeeja ajak Suami Terchenta main badminton. Nasib baik masih ingat kat mana simpan raket badminton, tapi bulu tangkis tak tau kat mana. Ada satu je bulu tangkis yang dah penyek dalam beg raket, jadilah daripada takde kan 🤭.

Mula-mula ingatkan nak bermain badminton di Taman Tasik Titiwangsa tapi Suami Terchenta kata sure ramai orang kat sana. Main kat tepi rumah je la, walaupun takde gelanggang badminton kat kawasan rumah kiteorang tu. Yang ada gelanggang mini futsal dan gelanggang bola keranjang je. Takpelah janji ada kawasan lapang untuk dieorang bermain.

Aku bawak sebekas kuih untuk minum petang sambil tengok anak-beranak bermain badminton. Cuaca pulak redup, seronok pulak sekali-sekala minum petang di luar rumah 😄.


Khadeeja main badminton dengan Suami Terchenta

Pelbagai gaya nak pukul bulu tangkis

Kakak pulak bermain santai-santai aje

Lain kali kena ingat beli buku tangkis baru, barulah syok sikit bermain. Bila nak pergi bermain lagi tak tau la, tunggu datang mood lagi kot 😅. Kolam renang kat rumah ni pun dah lama tak pergi punyalah malas anak-anak dara kiteoran nak keluar rumah hihi.

12 comments:

  1. i pun dh lama tak buat aktiviti bersukan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama MZ... ni pun baru pertama kali kiteorg turun bersukan tahun ni hihi. Berbeza dari masa kiteorang duduk kat Sarawak dulu, tiap2 petang berbasikal ke tepi pantai, weekend pulak masuk hutan jungle trekking. Sejak pandemik makin kurang aktif bersukan.

      Delete
  2. Teringat dulu-dulu kenangan picnic dan bermain-main di Taman Tasik Metropolitan Kepong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu rajin je nak buat aktiviti luar rumah skrg dah malas haha! Kena tunggu mood datang baru nak beriadah hehe

      Delete
  3. SA ni kena start buat aktiviti semula la..asyik x sihat je ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas suami SA dah pindah, boleh la ajak dia buat aktiviti riadah selalu 😄

      Delete
  4. Kita sekarang nak pukul bulu tangkis pun dah tak pandai, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tukang tengok je dieorg main badminton 👀

      Delete
  5. Nak kena start balik mengayuh basikal la....seronok beriadah walau kat kawasan rumah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basikal kiteorang dah tersadai sbb tayar pancit & rim bengkok. Bila nak hantar repair tak tau la huhu..

      Delete
  6. Terakhir main badminton rasanya zaman elementary school 🤣🤣🤣. Dah lamaaa sangat. Tp saya tak suka kalo main dj tempat terbuka seperti ini. Anginnya buat lemparan bola tak bagus 😅😂.

    ReplyDelete
  7. janji keluar peluh sambil kwndurkan semula sendi sendi yg dah tegang 😀

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .