Setiap pagi bila aku bukak IG nak tengok perkembangan terbaru di G4z4 mesti bergenang air mata walaupun dah beberapa bulan berlalu. Aku tak tau la tahap kesabaran orang-orang di G4z4 ni macamana... kalau aku kat tempat dieorang, mungkin aku dah mental kot hari-hari kena hadap kekejaman tentera laknatullah, tiap-tiap har hidup dalam ketakpastian hari ni adakah ajal akan menjemput atau kalau ya, adakah sebab kebuluran, dahaga atau ditimpa runtuhan dari bom Z*on*s.
Setiap hari dieorang menderita, setiap hari dieorang melalui kehilangan yang sangat besar dan ramai kanak-kanak yang hilang keluarga, ramai ibubapa yang hilang anak-anak, tapi kalau tengok video dieorang, dieorang tak sempat nak menangis pun. Dieorang bercerita tentang kehilangan, tentang keluarga yang syahid, tapi air mata dieorang dah kering.
Sometimes kan, aku rasa nak hulur tangan dalam skrin telefon dan peluk anak-anak yatim tu. Kalau la boleh. Take them in my arms and heal their wounds.
Bila dengar lagu ni, aku cuba selami perasaan orang-orang G4z4 dan rasa... aku tak sekuat dieorang. Sesungguhnya rakyat G4z4 dan P4lestin ialah ahli-ahli syurga sebab walau sekuat manapun tentangan yang dieorang hadap dan satu dunia tak mampu tolong dieorang sebab ada kuasa-kuasa besar yang menghalang, dieorang terus teguh dengan keimanan kepada Allah SWT. Dieorang terus yakin dan percaya Allah sentiasa bersama mereka dan terus bergantung harapan kepada Allah.
Teruskan berdoa dan bantu rakyat P4lestin, kawan-kawan. Semoga kemenangan berpihak kepada orang-orang yang beriman 🇵🇸. Ameen Ya Rabbal Alameen...
Take Me In Your Arms
خذني بحضنك
Take me in your arms and embrace me
ابي اغفى آه
Pretend that you didn't
خذني بحضنك
Allahul musta'an...
ReplyDeleteالله المستعان ... 🤲🏻
Deletesemoga peperangan ini akan lekas ditamatkan..
ReplyDeleteاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
DeleteHentikanlah peperangan ini, dh terlalu ramai yg tak berdosa terbunuh..
ReplyDeleteKita yang tengok kat medsos pun rasa lelah dan penat mental & emosi, apa lagi dieorang yang menanggungnya. Ya Allah, semoga rakyat Palestin beroleh kemenangan dan diberikan ganjaran syurga 🤲🏻
DeleteMoga ada sinar selepas ni. Semua negara bersatu hati perangi Isra*l dan negara sekutunya.
ReplyDeleteاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
DeleteSedi bila setiap kali berita berkenaan rakyat Gaza yg dibunuh setiap hari oleh zionis israhell ni.. Tapi tu lah hanya mampu berdoa dan boikot sahaja yg kita mampu buat.. Hurmm tpi kan geram sgt bila tgk org melayu islam bodoh jer makan di McDonald denagn Starbucks tu..
ReplyDeleteKalau ada rezeki lebih, boleh salurkan zakat atau infakkan dekat orang2 Gaza. Pasal org Islam yg makan di McD dgn Starbucks tu, kita bersangka baik je la kot mungkin ada saudara-mara dieorg yg cari rezeki di situ. Kadang2 saya kesian jugak dekat cawangan KFC / Pizza Hut yg ambik org2 kelainan upaya bekerja.
DeleteMemang hanya doa dan sedikit donasi yg bisa dilakukan saat ini. Saya pun dah tak bisa ngomong kalo soal kekejian di sana 😔. Terlalu keji, sampai terkadang saya tak tega utk lihat videonya 😭
ReplyDeleteWalaupun sakit dan tak tega lihat videonya, tapi saya merasakan kewajipan untuk like dan share sebab dengan cara itu boleh menaikkan rating dan menyebarkan video tentang kekejaman rejim Z itu.
Deleteada desakan antarabangsa pun isr*hell tetap tuli dan buta sebab dia yakin kuasa besar ttp menyebelahi tindakan kejam mereka ni
ReplyDeleteSatu hari nanti kuasa-kuasa besar tu akan jatuh semuanya. Dekat UK kerajaan Labour pun dah digulingkan. Semoga lepas ni kerajaan yang baru akan lebih kritikal dengan negara haram tu.
Deletesedih tiap melihat berita mengenai Gaza, apalagi kalau melihat anak-anak yang berlumuran darah, menangis.
ReplyDeleteSemoga segera berakhir konflik Gaza ini