Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sekarang bacaan gula dalam darah dan tekanan darah aku pada tahap yang memuaskan.


blood sugar monitor
Dah lama tak dapat result gula dalam darah macam ni pagi-pagi. Selalunya dalam 6+mmol/L ke atas.

Benda yang paling aku susah nak percaya bila tekanan darah aku bukan setakat menurun, tapi jugak konsisten pada tahap optimum (bawah 120/90). Ubat darah tinggi yang aku ambik masih lagi sama tapi sekarang ni bacaan dah berbeza. 

Aku catatkan di sini untuk future references, apa yang aku buat differently dalam masa sebulan ni yang kemungkinan besar jadi asbab-asbab bacaan gula dalam darah dan bacaan tekanan darah aku bertambah baik sekarang:


1. Pantang makan daging

Yang ni Dr Sakinah yang suruh buat sebab risau tengok buah pinggang aku merosot. Aku diarahkan untuk elak makan daging merah, kurangkan daging putih dan gantikan dengan protein berasaskan tumbuh-tumbuhan (tempe, tauhu, tofu, kekacang dsb.). Daging merah sememangnya kurang elok untuk orang yang ada diabetes dan tekanan darah tinggi sebab pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi ni ada masalah metabolisme dan kandungan lemak tepu dan kolesterol boleh mengurangkan tahap sensitiviti insulin dalam badan. Lepas 2 minggu aku pantang makan daging, aku mula perasan tekanan darah aku makin lama makin elok. Sekarang ni average bp aku dalam 114/76.


2. Tukar ubat diabetes baru (metformin vs jardiance/empagliflozin)

Kalau sebelum ni aku ambik metformin, tapi since Dr Sakinah risau efek metformin dekat buah pinggang aku, so dia tukarkan aku ke Jardiance. Selepas beberapa minggu ambik Jardiance, rasanya ubat baru ni lebih serasi dengan badan aku dari metformin. Selain dari tu, Jardiance bertindak mengurangkan risiko serangan jantung dan buah pinggang rosak. Bulan depan kena buat lab test lagi, harap-harap ada perubahan positif dekat bacaan eGFR buah pinggang aku.


3. Ambil supplement kesihatan

Memandangkan aku ada sindrom PCOS, aku banyak baca tentang kebaikan pengambilan supplement Inositol untuk menangani simptom-simptom PCOS antaranya membantu mengurangkan insulin resistance which is typical for diabetic and PCOS.

Satu lagi supplement yang aku ambik ialah Alpha Lipoic Acid (ALA) untuk healthy glucose metabolism (menukarkan gula dalam darah kepada tenaga). ALA ni sebenarnya ada dalam makanan jugak, mostly daging merah, tapi since aku kena pantang daging merah jadi kena la ambik supplement ALA. 


LAC
Aku amalkan supplement LAC ni sejak sebulan lepas

Main takeaway aku dari perkongsian ni masih lagi sama since my last sharing pasal kesihatan aku - kepada rakan-rakan blogger yang masih sihat dan bebas dari penyakit tiga serangkai, berpada-pada dalam pengambilan makanan, kawal tahap stress dan amalkan gaya hidup sihat. Sebab to be honest, getting sick is expensive. Ubat-ubatan aku bulan-bulan je cecah hampir RM250, tak termasuk lagi dengan supplement-supplement ni semua. Itu belum lagi kena jumpa doktor secara berkala nak pantau tahap gula, tekanan darah dan buah pinggang (sebab bila ambik banyak ubat, buah pinggang la yang paling terkesan), itu pun cecah ribu-raban jugak setahun. Jadi lebih baik mencegah dari merawat (pesanan dari aku dan KKM hihi). Oh ya, jangan lupa ambik insurans perubatan yang cover penyakit-penyakit kronik dan kritikal. Jangan harapkan insurans dari company kita bekerja semata-mata. Aku doakan rakan-rakan semua sihat-walafiat selalu dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya, Ameen YRA! 🤲🏻

42 comments:

  1. salam my dear. sorry to know about your health. akak doakan u semakin sihat. mind if i shared something to u. please whatapps me. 0192129958. harap u can call or text me ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Yan. Ameen YRA, terima kasih atas doanya ♥️ Insha Allah, nanti saya contact bila free ye.

      Delete
  2. thanks for the advice. i nak kena restart eating clean ni...sbb masa my last check up, my kolesterol dan semakin naik rate bacaan LDL nya (kolesterol jahat)...diabetic so far tak de, tekanan darah pun ok alhamdulillah. take care, moga u terus sihat selalu..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti MZ boleh share jugak dgn your husband, tapi sebelum mula apa2 pun, kena dapatkan nasihat dan pandangan doktor. Badan masing2 kan berbeza. Sharing pasal ni pun sebab for past 3 years my BP mmg konsisten tinggi (150+/100+), tiba-tiba dalam sebulan ni turun jadi optimum level. Hopefully it's a good sign 😊

      Delete
  3. Alhamdullilah tekanan darah stabil dan bacaan diabetes juga turun ..semoga selalu konsisten...benar sih faktor makanan dan pikiran
    jadi penyebab..apalagi usia seperti kita, harus jaga-jaga banget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia, bila dah makin berusia, makin penting jaga pemakanan dan emosi.

      Delete
  4. Tq share pengalaman Carneyz. Betullah, disiplin tu penting utk menjaga kesihatan sendiri. Semoga diberi keafiaatan ya Carneyz dan blogger² yg lain termasuk sy sendiri, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni kalau teringin nak makan apa2, kena makan sekadar buat rasa2 je, dah tak boleh mcm dulu makan sepuas hati 😅

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian dan pesanan khidmat memesan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita jaga kesihatan Shai. Badan nak pakai lama lagi ni...

      Delete
  6. Thank you for your advice. Semoga sis cepat sembuh ya.
    Saya dulu ada kolestrol border, saya kawal makan dan byk minum air kosong, 2nd check up Alhamdulillah dah back to normal. Memang zaman sekarang pemakanan klau disalah makan mula la naik penyakit lain kan.
    Wishing you a healthy life with your loved ones..take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ni belum ada masalah kolesterol tapi kalau dah ada diabetes dan darah tinggi, kalau tak kawal mungkin akan timbul jugak masalah kolesterol tu.

      Delete
  7. Thanks for sharing..sis walaupun takde diabetic..tapi BP mcm yoyo..kolestrol pun dah start naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena start jaga2 tu Kak Fzy. Kalau boleh buat pemeriksaan kesihatan berkala. Saya start dgn diabetes, tapi bila dah ada satu, yg satu lagi tu confirm muncul jugak.

      Delete
  8. Alhamdulillah... Semoga semakin membaik. Terima kasih atas perkongsian Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga kita semua sihat2 selalu.

      Delete
  9. terima kasih atas nasihat kak carneyz..
    semoga dipermudahkan urusan perawatannya, semoga segala penyakit under control...TC kak..
    linda pun risau kolestrol je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Linda. Tu la bila dah kena baru sibuk nak jaga kesihatan. Jangan jadi macam saya huhu...

      Delete
  10. Terima kasih Carneyz share pengalaman dan nasihat.

    Nampaknya akak kena usahakan jugak ambil insurans tambahan selain insurans tempat kerja suami.

    Semoga Allah kurniakan Carneyz kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Kak Ujie. Saya dulu takde kesedaran tu, bila dah kena penyakit, baru menyesal sbb tak ambik insurans perubatan peribadi masa masih sihat. Bak sabda Rasulullah SAW - beringat 5 perkara sebelum 5 perkara, antaranya sihat sebelum sakit.

      Delete
  11. Bulan depan ni nak medical ni, risau berdebo rasa hahahaha..
    Berat turun HB pun maintain, yang risau nak check kencing manis dan lelain tu..
    Dah dua minggu pantang kopi semua.. banyak makan tempe dan tauhu jer ni huhuhu
    Tapi baru makan Probiotik dah setengah botol, nampak macam okayy badan.. tggu apa plak kat Doktor huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah lupa pulak saya pun start ambik pre & probiotik sekarang ni. Sekarang ni tak berapa risau kencing manis sbb last sekali check HBA1C dah ada improvement, dan sekali-sekala check sendiri kat rumah pun nampak paras bawah 8mmol/L so ok la tu. Yang risau skrg ni buah pinggang sbb last sekali result tunjuk merosot dari stage 2 ke stage 3 huhu.

      Delete
  12. Alhamdululllilah sudah ok ..moga bertambah baik....isteri kmk pun Ada kencing Manis tapinya kuat bersukan utk menten bacaan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, selain bersenam kenak jaga makan juak.

      Delete
  13. Menarik pulak nama alat cek gula tu... Macam discribe tugas dia pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kan... aku check gula dalam darah 🤭

      Delete
  14. Alhamdulillah stabil ye kak..

    Bila baca pesanan tu, insaf kejap nak Makan memacam..Memang mahal kos perbuatan tu.. Tapi bila dah lelama, lupa ye pasal.kesihatan, asyiklah ikut nafsu ni..Aduhai..Semoga sihat selalu..Doa Dan usaha kena seiring la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, akak dulu pun camtu masa umur 20an & 30an makan ikut nafsu & bila stress je makan, lepas tu stress sbb berat naik 😅 Dah umur 40an baru nampak kesannya dekat kesihatan bila tak jaga makan dan tak jaga emosi (stress)

      Delete
  15. Macam mana check keadaan buah pinggang? Buat blood test ke?

    Ammi ni stakat ni ambil ubat darah tinggi sbb end of last year baru BP strike up teruk. Bacaan pernah sampai 148/127 kalau tak silap. Tiba2 je. Cholestrol masih ok. Diabetes entahlah.

    Tp risau juga bab buah pinggang sbb ammi ni rajin juga makan paracetamol or pain killers sbb sejenis tak tahan sakit walaupun sakit kepala sikit, or senfgugut. Mesti nak ambil pills

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat ujian air kencing, Ammi. Sekarang doktor pakar yg saya jumpa tu tak bagi saya ambik painkillers langsung sbb keadaan buah pinggang saya yg merosot. Ammi kena pergi buat annual medical checkup (boleh claim income tax) sbb bila dah ada satu penyakit, yg satu lagi tu bila-bila masa boleh muncul.

      Kalau pening atau senggugut saya sapu EO Peppermint dgn ada satu EO saya beli kat Shopee, namanya women balance utk legakan sakit senggugut (alhamdulillah so far berkesan).

      Delete
  16. Ahamdulillah! Semoga terus konsisten jaga pemakanan dan sihat selalu yer.

    ReplyDelete
  17. semua jenis daging ke? ke terhad pd daging lembu dan kambing je?

    dkt X kecoh psl insurans ni. diorg percaya yg insurans ni scam dan mengkayakan golongan tertentu dan sasaran mrk tentunya agent insurans
    andai laa mrk faham betapa pe tingnya insurance once dah jatuh skt kelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging merah, maksudnya lembu dan kambing jugak. Daging putih (ayam, itik) ok tapi kena kurangkan, contohnya kalau biasa ambik saiz sebesar tapak tangan, sekarang kena ambik separuh je.

      Betul tu, bila dah jatuh sakit baru tau pentingnya ada insurans perubatan ni. Kalau kanser lagi la mahal nak buat kimo & radioterapi tu semua. Sementara masih sihat pergi la cari insurans perubatan yg boleh cover tu semua, sbb bila dah ada penyakit insurans akan reject taknak amik dah.

      Delete
  18. saya sampai sekarang takut untuk periksa gula darah dan kolesterol
    takut malah tambah kepikiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang orang muda pun dah mula menghidap penyakit, jadi lebih baik tau daripada tak tau 😊

      Delete
  19. Pesanan Carneyz ni kena take note. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 sis. Saya share supaya orang lain ambik iktibar dari kesilapan saya sebelum ni

      Delete
  20. Thank youuuu sharing Carneyz 🤗. Ini reminder juga untuk saya supaya tetap pertahankan rutin workout dan jaga pola makan. Saya memang suka makan, tapi hanya saat traveling. Kalo sedang di rumah biasanya lebih terkontrol. Cuma tetap harus diimbangi dengan rutin workout 45 menit minimal, 4x seminggu saja.

    Dah lama tak periksa darah, gula dll. Teringin juga med check lagi.

    Apapun semoga kondisi Carneyz semakin membaik yaa. 🤗. Apalagi dah rutinkan gym , baguus tuh. Yg penting banyak gerak saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang saya baru mula dgn 30 minit workout, tak mau paksa2 diri supaya lama2 enjoy rutin workout. Harap2 boleh jadi kurus dan cantik mcm Fanny 😄

      Delete
  21. Alhamdulillah, semoga bertambah baik dgn ubat-ubatan & supplement baru...take care!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .