Ikutkan malas pulak nak cerita pasal hotel yang kiteorang duduk ni sebab sebelum ni aku dah pernah ulas pasal hotel Four Points by Sheraton Desaru kali terakhir kiteorang ke sini 2 tahun lepas. Tapi dah namanya travel & lifestyle blog, kenalah ikut tema blog kan. Hihi.

Sebab utama kiteorang pilih hotel ni ialah tak lain tak bukan sebab jenama Four Points ni bawah label Marriott Bonvoy jugak. Memandangkan sekarang aku tengah gigih nak dapatkan extra points di bawah kempen bermalam 5 malam untuk dapatkan 15 ribu points tambahan (points ni boleh guna untuk redeem free stay) jadi sebab tu Four Points by Sheraton Desaru ni jadi pilihan tempat bermalam. Teringin jugak nak menginap di Westin Desaru cuma belum ada rezeki lagi. Tapi lain kali kalau plan trip betul-betul instead of plan terkejut ni, mungkin boleh dipertimbangkan.

Kali ni kiteorang ambik bilik Family Room. Ada 2 katil double (satu katil tu boleh muat 2 orang bersaiz comel macam aku ni hihi) dan paling syok untuk anak-anak, ada khemah teepee siap ada tilam lagi dalam tu.

Maksimum bilik ni boleh menempatkan 4 orang (5 orang kalau ada kanak-kanak sebab boleh tidur dalam khemah teepee tu). Bilik pun agak luas, boleh solat berjemaah dengan selesa. Sepanjang pengalaman aku menginap di hotel Four Points by Sheraton (baca sini), bilik air dieorang memang takde bathtub. Jadi kalau nak ber healing dalam bathtub, lupakan saja hasrat tu. Tapi kalau nak healing di kolam renang, jangan risau hotel ni ada kolam renang hehe.


Family Room
Bilik Family, bilik paling luas di hotel ni


Macam biasa, sarapan pagi di hotel Marriott jarang-jarang mengecewakan. Dari segi pilihan makanan, ada banyak pilihan depan mata. Harga pun sangat ok - buffet breakfast untuk orang dewasa ialah RM60 dan kanak-kanak pulak, RM30. Dari segi rasa, berbaloi dengan harga yang dibayar. My favourite - scrambled eggs makan dengan feta dan blue cheese. Yumms! 😋


Hotel Four Points by Sheraton Desaru
Makanan yang aku pilih - scrambled egg, pancake, salad, sosej, bubur, nasi minyak dan ayam masak merah, nasi lemak, bihun goreng dan teh tarik. Aku ambik kuantiti sikit supaya dapat rasa hidangan berbeza

Sayangnya dah takde lagi perkhidmatan free shuttle ke pantai belakang hotel Westin Desaru sejak tahun lepas. So kalau nak dekat dengan pantai, kena cari resort atau hotel lain yang betul-betul dekat dengan pantai Desaru. Tapi selain dari tu, yang lain semuanya memuaskan. Memandangkan kiteorang check in lewat malam semalam dan aku merupakan ahli Silver Elite, hotel bagi keistimewaan untuk kiteorang check out lewat sikit, pukul 2 petang. Sempat la solat jamak sebelum meneruskan perjalanan pulang ke KL.


Hotel Four Points by Sheraton Desaru
Menunggu di lobi sementara Suami Terchenta bawak kereta ke depan lobi

14 comments:

  1. Replies
    1. Walaupun anak2 dah besar panjang, dua2 nak tidur berhimpit2 dalam khemah tu hehe. Best la mak bapak dieorg conquer katil sorang satu 🤭

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah, memang cantik dan selesa hotelnya Lady.

      Delete
  3. Cantik hotelnya ni Carneyz. Ada khemah tu buat anak2 teruja juga tu Carneyz....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis Ezna, mmg dieorg suka sangat siap tidur dalam khemah walaupun dah besar panjang hehe. Mak bapak boleh la tidur katil sorang satu 🤭

      Delete
  4. ooo sarapan tak termasuk dalam harga bilik ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga bilik dah termasuk breakfast tapi utk 2 org je. Kalau nak tambah pax, tu harga buffet breakfast nya 😊

      Delete
  5. menginap di Four Points nggak perlu diragukan lagi pelayanannya, fasilitasnya, semuanya dijamin oke ya
    terus aku suka kamarnya, luas, bersih juga, kamar mandi tampak bersih dengan dominan warna putih ya, terlihat lebih terang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita.. saya suka menginap di hotel bawah jenama Marriott termasuk di Four Points. Four Points antara jenama yang mid-range, harganya tak terlalu mahal dan tak terlalu murah.

      Delete
  6. best bila dpt points byk nanti bole redeem free stay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kalau ada kempen boleh dapat ganjaran points yg byk mmg gigih la saya cari tempat staycation yg harganya berpatutan hehe. Tahun lepas dah redeem duduk di Istanbul 7 hari bayar RM700 je selebihnya redeem guna points.

      Delete
  7. Four points ini memang baguuuus dan nyaman. Saya pernah stay yg di jakarta. Tapi sayangnyaaa Krn lokasi dia di daerah perkantoran, JD memang target tamu Orang2 bisnis. So, tak ada pool 😄

    Tapi kamar, makanan memang sedaaap dan nyaman 👍👍👍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya FP ni lebih kepada khusus utk business travellers. Yang ini pun terletak di tengah bandar Penawar, rata2 yang menetap di sini ialah business travellers atau orang Singapore yg tak boleh menetap di Westin Desaru sebab bilik dah penuh 🤭

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .