Sempena Hari Pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar pada hari Sabtu lepas, kiteorang keluar mencari sarapan pagi makanan dari Johor. Tapi kali ni tekak tak rasa nak makan laksa Johor sebaliknya kiteorang gigih naik motor jauh nun ke Ara Damansra mencari kedai Kacang Pool Haji Larkin.

Kacang Pool Haji ialah antara tempat wajib singgah kalau aku ke JB. Gigih tau paksa Suami Terchenta keluar sesudah Subuh semata-mata nak sarapan kacang pool Haji di Larkin / Taman Dato Onn, sebab kalau lambat memang penuh la kedainya. 

Bila dapat tau ada cawangan Kacang Pool Haji ni di Ara Damansara, rasa nak lompat bintang sebab dah tak payah tunggu trip ke JB, pergi ke Ara Damansara je dah boleh makan kacang pool kesukaan aku ni. Aku dah try tempat lain semua tak sesedap Kacang Pool Haji ni. Sebenarnya bila aku Google tempat ni rupa-rupanya dah lama bukak, aku je yang baru tau 🤭.


Kacang Pool Haji Larkin @ Ara Damansara
Gigih la laki bini naik motor dari Sentul ke Ara Damansara semata-mata nak breakfast kacang pool Haji di Ara Damansara


Masa kiteorang sampai penuh kedai ni. Tapi nasib baik kali ni anak-anak taknak ikut, jadi senang sikit nak dapat meja untuk dua orang. Mana yang datang angkut satu family tu kena tunggu giliran sampai pelanggan yang datang awal dah habis makan.


Kacang Pool Haji Larkin @ Ara Damansara
Kedainya memanjang ke belakang

Kacang Pool Haji Larkin @ Ara Damansara
 Kalau tak silap ni tuan punya cawangan restoran kacang pool Haji sebab muka sama dengan muka dekat bunting depan kedai hehe. Nampak dia tengah sibuk menyiapkan pesanan kacang pool dengan roti bakar

Kali ni aku melanggar pantang doktor sebab kacang pool ni ada daging kisar. Ampunnnn Dr Sakinah! Sekali ni je, sebab dah terlalu excited bila dapat tau kacang pool Haji ada cawangan dekat dengan KL.


Kacang Pool Haji Larkin @ Ara Damansara
Kacang pool kambing ni sentiasa jadi pilihan. Perah limau lepas tu cicah dengan roti bakar tebal yang lembut tu, Masya Allah, sedapnya!

Dah jauh-jauh duduk atas motor tu, takkan pesan hidangan kacang pool je kan. Maka aku pun order la sekali nasi ambeng untuk kongsi dengan Suami Terchenta. Ni pun my favourite juadah. Tapi aku rasa so-so je la. Nasi ambeng yang aku biasa makan ada mee goreng berkicap dan ayam kicap. Tapi yang ni dia bagi ayam masak rendang kot. Lepas tu sambal goreng jawa nya macam tak cukup sifat sebab takde kacang panjang, carrot dan tauhu kering. Sambal jawa la biasanya aku paling suka dalam nasi ambeng.


Kacang Pool Haji Larkin @ Ara Damansara
Nasi ambeng yang aku pesan untuk kongsi makan dengan Suami Terchenta

Ni contoh nasi ambeng yang biasa aku makan (Sumber foto: mingguanwanita.com)

Walaupun pelanggan ramai, tapi masa menunggu pesanan tak terlalu lama. Cuma lain kali aku nak datang lewat sikit dalam pukul 11 pagi atau lepas waktu lunch sebab aku perasan time tu dah tak berapa orang. Tapi kena tunggu result buah pinggang bulan depan baru boleh pergi sini lagi! Korang yang tak pernah try lagi kacang pool Haji kena try tau.


Kacang Pool Haji Larkin JB (Cawangan Ara Damansara)
Alamat: Taipan 2 Damansara Block J, Taipan 2 Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Masa Operasi: 7 pagi - 12 malam
Waze: Kacang Pool Haji (Jalan PJU 14/1, Petaling Jaya)


32 comments:

  1. mata sy trs tertancap pd tong gas dpn resto tu🤣🤣🤣

    tebal betul roti dia... mcm ni br laa puas mkn👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun roti dia tebal tapi lembut. Silap2 mintak tambah roti sbb kacang pool tak habis lagi tapi roti dah habis hehe

      Delete
  2. Menyelerakan.. Mesti sedap..customer pun ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang pool Haji ni ramai peminatnya termasuklah kiteorg hehe.

      Delete
  3. wah sarapan bertema Johor sempena YDPA yer, lunch laksa Johor pula ke dik hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah breakfast lewat, lepas kacang pool makan lagi nasi ambeng tu. Jadi tengahari tu skip lunch sbb dah kenyang hehe.

      Delete
  4. Aduhaiii kelaparan sudah ... 2 jam lagi nak rehat ni hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekend nanti boleh cari kacang pool Haji ni hehe.

      Delete
  5. wah.dapnya.. lebih kurang je entry kita pagi ni.. MA pun update entry pasal kacang pool..
    sama la presentation nya ngan di JB....nice!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ada ye? Tadi pegi blog MA tak perasan pulak. Nanti baca. Tapi mmg sedap kan kacang pool haji ni? Kalau ke Johor mmg akan singgah ke kedai dia pekena breakfast kacang pool

      Delete
  6. Dah pernah pergi. Tapi tak ingat dan pernah review ke belum. Nanti nak check balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa mcm tak pernah nampak ko review tempat ni.

      Delete
  7. Pakcik tu kan macam pernah nampak la kat Johor. Memang pernah rasa kat Larkin tu. Sedap. La ni kita gi Ara Damansara la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, baca komen SK dia kata mungkin Haji sendiri atau adik-beradik dia. Tak sempat nak tanya sebab dia tengah sibuk siapkan pesanan masa tu hehe

      Delete
  8. Wah!! TQ Share.. Sha suka roti macam ini makan dengan kacang pool.. Nak kena bagi tahu encik suami ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Mmg kalau kat JB pun dia hidang dgn roti bantal tebal mcm ni. Sedap roti ni cicah dgn kacang pool

      Delete
  9. Tu memang Haji atau adik-beradik Haji. Dari jauh nampak seakan. Tak sangka dia dah buka cawangan di Damansara, senanglah orang Key El nak makan kacang pool yg original lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. adik-beradik Haji pun tolong dia bisnes kedai kacang pool ni ye. Tak sempat interview sbb nampak dia sibuk hehe. Ye, seronok sangat lepas ni bila2 je boleh pergi makan kacang pool original ni (lepas jumpa doktor la)

      Delete
  10. sedappnya. Tak biasa mkn. tp sekali try sedapp
    masa tu mkn kacang pool. dan. roti ni kat Subang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya first time try terus jatuh cinta hehe. Tu yg asal turun JB je mesti cari peluang singgah makan kacang pool haji. Sekarang kalau teringin pegi je kat Ara Damansara, tak la kena drive jauh2 ke JB semata2 nak makan kacang pool haji ni hehe

      Delete
  11. sambal jawa tu mmg tak cukup sifat dan warna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... sedikit kecewa sbb kalau order nasi ambeng sambal jawa tu yg saya look forward nak makan hehe

      Delete
  12. oh yg femes kt JB tu dh ada cawangan kt ara dsara...bole la try nanti kalo pi situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dah bukak cawangan di Ara Damansara. Sebagai peminat kacang pool haji, kiteorg pun hadir memberikan sokongan 🤭

      Delete
  13. nampaksedap..sejujurnya orang johor yg ni tak pernah makan kacang pool . mungkin sebab x mkn telur gedik kot? haritu kat penang jumpa kedai jual menu johor. diorang order LM pandang je la. teringin tapi nak order minta org tu buat telur keras segan pulak.sebab nampak cam cerewet nya diriku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo boleh request taknak telur kot? tak pun ketepikan telur tu kalau tak makan telur gedik. Tapi sejujurnya telur gedik tu la yg bagi lebih rasa lemak hihi

      Delete
  14. tak pernah mkn lg kcg pool ni..teringin nak try la one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Famous kacang pool haji ni di JB. Rugi kalau tak cuba since dh ada dekat area KL/Selangor 😄

      Delete
  15. Tadinya saya pikir kacang pool itu memang kacang2an. Ternyata daging yaaa Carneyz .. makin penasaran rasanya. Apalagi dimakan dengan roti. Lupaaa pula saat di KL kemarin untuk icip kacang pool ini 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isinya ada kacang pool (fave beans) dan dicampur dengan daging. Rasanya enak tapi tempatnya jauh dari pusat bandaraya KL, di Ara Damansara 😅

      Delete
  16. pernah makan yang kat Larkin...yang kat Ara Damansara ni x pernah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owner sama, rasa pun sama dgn yg di Larkin. Lepas ni kalau teringin makan kacang pool Haji yg di JB tu boleh la singgah makan kat sini.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .