Bulan lepas sehari lepas birthday aku, dapat mesej dari ZUS Coffee bagitau ada birthday gift card dari my ex-boss. Alahai, sweet nya ex-boss aku masih ingat lagi dekat aku 😍. Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki ex-boss, Ameen YRA 🤲🏻.


ZUS Birthday Gift Card
Dapat birthday gift card ZUS Coffee from ex-boss

Kebetulan masa hantar Khadeeja ke kelas programming, aku perasan ada kafe ZUS Coffee dekat bawah, jadi apa lagi masa untuk menebus birthday gift card sementara tunggu Khadeeja habis kelas. Rupa-rupanya kena download apps ZUS Coffee lepas tu kena register dulu baru dapat guna gift card ni. Agak terkial-kial jugak aku nak guna apps tu, sampai kena mintak tolong staff ajar macamana nak masukkan nilai gift card tu dalam wallet. Lepas tu terkial-kial pulak nak order minuman sebab ni first time aku cuba ZUS Coffee 😅.


ZUS Coffee
Amboi kucing tu siap jilat-jilat skrin lagi!

Since aku tak boleh minum kopi, jadi aku pun cuba Green Tea Latte, tambah whipped cream (RM11.90). Rupa-rupanya order pun kena guna apps jugak walaupun kita dah berdiri depan kaunter. Lepas buat pesanan, duduk dulu sementara tunggu staff prepare order.

Bagi aku sedap la jugak minuman kat ZUS Coffee ni, setanding Stabak. Kalau lapar boleh order makanan jugak. Jangan lupa muat turun apps ZUS Coffee dulu sebelum buat pesanan. 

Siapa yang belum muat turun lagi boleh guna referral code ni:

Referral code: KARHF95

Apa yang korang akan dapat bila daftar guna referral code dan selepas membuat pembelian pertama melalui apps ni ialah voucher

  • 60% diskaun minuman Signature 
  • beli 1 dan dapatkan 50% diskaun
  • Ultimate vouchers pack 
P/S: Voucher ni akan unlock secara berperingkat.


Iced Matcha Latte
Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi! Hihi...

20 comments:

  1. Macam rumit pula kena daftar dalam aplikasi tapi yalah adikpun ada aplikasi ZUS ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kalau orang yang tak biasa dgn teknologi mungkin terkial2 jugak dibuatnya.

      Delete
  2. Rasanya first time pergi dulu dapat discount banyak tapi kena install apps dulu. Sedap jugak coffee Zus ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZUS nak galakkan orang install apps & top up wallet dalam apps kot, sbb tu bagi banyak discount utk siapa yang baru daftar masuk

      Delete
  3. Rezeki lah tu namanya. Walaupun dah jadi x bos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... rezeki dpt ex-boss yg baik 👍🏻

      Delete
  4. Sayaaaa sukaa lah zus ini . Sempat coba saat di Penang. Pesan Spanish latte. Tapi memang tak install apk nya. Krn saya pun ke Malaysia setahun sekali saja, jadi tak terlalu benefit juga.

    Tinggal yg richiamo dan gigi coffee saya tak sempat coba saat kemarin 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, peminat kopi jugak rupa2nya Fanny ye 😄

      Delete
  5. kalau dulu guna kad je. ada kad dpt laa diskaun..laa ni semua dah guna apps... rewards pun byk jg...

    alhamdulillah... wpn dah ex bos tp ingatan tu plg mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya prefer guna apps sbb skrg bila keluar tak bawak wallet pun, kecuali magnetic card case lekat belakang phone utk letak ic & kad tng. Kalau ic & kad tng tu ada versi digital, lagi senang hidup 😅

      Alhamdulillah, ex-boss saya mmg baik orangnya 🥰

      Delete
  6. Nak berkenalan dengan ex boss tu boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah Uncle, dia dah la lawa mcm model nanti Aunty suruh Uncle tidur kat ruang tamu baru tau 🤣

      Delete
  7. alhamdulilah rezeki tu hhehe.. kita dah abs guna dah portion gift ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... oo dapat jugak ye. Saya ada lagi baki RM8 hehe

      Delete
  8. Aduh nak tambah apps kat hp ni yg malas hahahaha :D
    apa pun untung la dpt gidt dari ZUS tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, igtkan perlu klik link gift card tu tunjuk QR code dekat kaunter je. Rupa2nya kena download jugak apps dia baru boleh pakai hehe

      Delete
  9. SA pun dah install apps dia dah..sebab nya bawah opis ni dah ada Zus outlet..Zus Menara TH Plaza Sentral...order and pi pick up je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh order awal2 kan, bila dah sampai nak pick up order pun dah siap. Senang

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .