Baca entri sebelum:


Petang tu, kakak aku dah tempah slot massage dan facial di Qi Forest Spa & Wellness. Bila kiteorang sampai, rupa-rupanya pihak spa tak terima info dari pihak resort pasal booking kiteorang. Sudahnya kiteorang kena tunggu 20 minit sementara staff spa prepare bilik massage dan facial. 


Perhentian Marriott Resort & Spa
Qi Forest Spa & Wellness

Perhentian Marriott Resort & Spa
Sampai di spa, kiteorang diberi tuala basah dan dihidangkan minuman

Kakak aku pilih untuk buat massage dan aku pulak pilih untuk buat facial sebab dah lama giler tak pergi buat facial. Kalau tak silap, kali terakhir aku pergi buat facial ialah tahun 2019 ye! 🤣


Perhentian Marriott Resort & Spa
Sementara tunggu dieorang sediakan bilik, kiteorang isi borang spa dan pilih menu massage / facial yang kiteorang nak

Perhentian Marriott Resort & Spa
Ruangan menunggu dalam spa

Dekat spa ni, produk facial yang digunakan ialah jenama Elemis. Harga pun bukan kaleng-kaleng ye 🤭. Kalau beli produk Elemis dekat situ, dapat diskaun SST kalau tak silap. Tapi aku tak beli pun sebab sebotol krim muka tu dalam RM560 kalau tak silap. Mak aih, tak pe la 😅. Setakat ni, aku suka pakai krim muka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, bukan setakat melembapkan kulit, bau pun calming. Harga pun mampu milik.


Qi Forest Spa & Wellness
Produk facial dan massage yang digunakan

Bila bilik dah ready, staff yang buatkan facial untuk aku pun bawak ke bilik rawatan di bahagian belakang. Bilik rawatan facial ni menghadap hutan, so memang rasa dalam hutan semulajadi je. 


Perhentian Marriott Resort & Spa
Bilik rawatan facial



One of the reasons aku tak berapa gemar buat facial ialah bila kena steam muka dengan buang blackhead, sebab aku jenis tak tahan sakit. Tapi dekat spa ni dieorang guna scrub muka je untuk buang blackhead. Memang best je rasa muka diurut sepanjang rawatan facial tu, sampai aku tertidur masa tengah buat facial. Produk yang digunakan pun wangi je. Selesai rawatan facial yang ambik masa sejam, memang nampak perbezaan kulit muka - rasa lebih lembut dan nampak lebih cerah dan glowing gittew... Patut la harga produknya kayangan sebab baru pakai sekali dah nampak kesannya.

So kalau korang berkesempatan datang ke Perhentian Marriott Resort & Spa ni, aku memang rekemen datang ke spa ni buat facial. Best ooo... Sekali-sekala manjakan kulit yang dah berusia ni hihi. Aku bagitau kat kakak aku facial kat sini best terus kakak aku book slot esok paginya untuk dia buat facial jugak.

18 comments:

  1. Replies
    1. Best sangat2, dah bertahun2 tak buat kan 😄 kalau murah tiap2 minggu rasa nak pegi buat hehe

      Delete
  2. tk brp suka juga buat facial...kdg2 ada bahan yg digunakan tk sesuai dgn kulit muka...risau....lebih suka massage di spa....ni pn last massage bln 4 aritu....rasa lenguh2 bdn ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun salah satu sebabnya jugak tapi alhamdulillah so far jarang2 kena produk yang tak berapa sesuai (sbb kalau buat facial selalu saya pilih tempat yg pakai brand yg saya tau je). Saya last massage lepas keguguran bulan 12 tahun lepas. Tapi since kakak dah belanja staycation, saya bagi can kat dia la ambik service massage tu hehe.

      Delete
  3. mak aaiiii mahal betul sebotol je dah 500++!!!

    saya pun dah lama x buat facial. bimbang salah produk habis muka jadi gatal2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... tapi kalau pakai sekali dah nampak efek mmg bagus giler la produk tu. Mungkin berbaloi dgn harganya tapi iolls taknak biasakan diri pakai skincare mahal2 ni maintenance tinggi nanti hihi

      Delete
  4. Lama gilakk ko tak buat facial, mesti sakit kena picit black head kan adeiii..
    Ini baru betul healing hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Sislin, bab buat facial ni mmg tak gemar sgt, sakit tau buang blackhead tu kdg2 smp keluar air mata bila picit yg dekat area mata, telinga & hidung!

      Delete
  5. sedih kan bila lambat... tp puah hati kan.. suasanannya pun sgt tenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ok je, janji waktu treatment tu kalau tulis sejam, dia mmg buat sejam. Lagipun takde customer pun lepas tu 😄

      Delete
  6. lama tu last facial 2019, best sangat kan sekali sekala terapi beli jiwa dengan ke spa gini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Ana, lepas Covid tak pernah buat facial. Sbb kulit saya bukan jenis bermasalah sangat so takde rasa keperluan nak buat facial tu hehe

      Delete
  7. Replies
    1. Biasa orang perempuan la suka buat facial ni Wak hehe.

      Delete
  8. Best betul bday staycation ni..SA ni x dan sebab suami jauh, lepas tu bekerja plak...lagi satu x sampai hati nak tinggalkan Pak Zain plak...ada je kekangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali boleh la SA, kalau selalu sgt bising pulak asben kena tinggal jaga anak2 hihi... Boleh je SA cari tempat staycation dekat2. Kat PD pun ok jugak kan 😄

      Delete
  9. Sesekali manjakan diri begini, berbaloi..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .