Birthday Staycation 2: Perhentian Marriott Resort & Spa (Part 4)
Baca entri sebelum:
Sebelum move on dari kisah birthday staycation di Pulau Perhentian ni, apa kata kita tengok breakfast spread di restoran Dapur Perhentian Marriott Resort & Spa.
|
Salah satu stesen sarapan pagi di restoran Dapur |
Simple je nama restoran ni - Dapur. Kiteorang makan malam sebelumnya pun dekat sini jugak.
|
Dapur - restoran utama di resort ni |
|
Restorannya luas dan tampak eksklusif. Sayangnya belum boleh dapat diskaun 10% Silver Elite member Marriott Bonvoy dekat sini sebab dieorang masih dalam proses register sebagai salah satu rantaian F&B Marriott |
|
Bersarapan sambil menikmati pemandangan laut |
Bagi aku makanan kat sini semuanya memang bertaraf resort 5 bintang - semuanya tak mengecewakan. Malam sebelumnya kiteorang order menu ala carte - kakak aku order steak dan aku pulak order char kue teow.
|
Dinner kiteorang - char kuey teow (aku punya) dan steak (kakak punya) |
Layanan kat restoran ni pun tiptop - staff very accommodating dengan request guests. Masa dinner, aku mintak cili jeruk, terus dieorang hantarkan. Masa breakfast pulak, bila pengurus restoran datang ke meja kiteorang untuk bertegur-sapa dan aku bagitau yang aku suka eggs benedict tapi sayangnya takde dalam menu, terus dia mintak diri dan 10 minit kemudian datang balik ke meja kiteorang sambil bawak eggs benedict khas untuk aku. Terasa bagai dapat layanan VIP gittew... Siap tolong bacakan doa makan lagi, betapa cemerlangnya layanan di restoran Dapur ni 😅
|
Staff Dapur yang paling baik tolong bacakan doa, siap tolong hantarkan balik ke bilik lepas makan malam (sebab lama sangat tunggu buggy, last2 dia sendiri yang bawak buggy hantar ke bilik 😄) |
Dari segi variety makanan masa breakfast pun not bad jugak. Macam biasa, ada egg station, noodle station, makanan local, bijirin, salad, buah-buahan, pastries, jus buah-buahan dan macam-macam lagi.
|
Pilihan minuman di sini |
|
Jus buah-buahan segar, salad dan buah-buahan tempatan dalam chiller |
|
Egg station dan side dishes |
|
Cheese & salad station dengan pelbagai condiments |
|
Pilihan bijirin sarapan pagi dan buah-buahan kering (atas); pilihan juadah tempatan (bawah) |
|
Pelbagai pilihan pastries, cookies, pancake dan waffle dan dessert di sini |
Alhamdulillah, semuanya sedap dan walaupun aku ambik sikit-sikit je untuk rasa tapi sebab banyak pilihan kat situ, kenyangnya tu sampai ke petang. Sampai aku terpaksa cancel pergi ke lunch sebab rasa tak boleh masukkan lagi makanan dalam perut 😅.
|
Food that I tried - aiskrim dengan biskut, nasi kerabu dengan ayam percik, bihun, telur sambal, cucur udang, salad, pancake, omelette dan eggs benedict my favourite |
Lepas breakfast, aku buat keputusan berjalan kaki balik ke bilik supaya makanan cepat hadam sementara kakak aku pulak naik buggy ke spa untuk buat facial. On the way, aku lalu kids & teens club. Teringat zaman anak-anak masih kecik dulu, setiap kali aku kena outstation dan angkut anak-anak sekali sebab takde orang jaga, biasanya kat hotel tu aku akan cari kemudahan kids club ni supaya dapat tinggalkan anak-anak bermain di situ bawah pemantauan staff sementara aku pergi meeting / bekerja. Tempat-tempat macam ni bagus sebab ada banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak. Dekat kids club Marriott Pulau Perhentian ni, siap ada tempat untuk budak-budak nap bila dah letih bermain.
|
Kids & teens clubs |
Sekian, tu je la cerita pasal birthday staycation di Pulau Perhentian. Harap-harap ada rezeki boleh repeat dengan Suami Terchenta dan anak-anak pulak 😊.
|
Goodbye, Pulau Perhentian! |
|
Sampai bertemu lagi ♥️ |
memang terbaek la layanan hotel 5 star kan.puas hati!! memang boleh masuk dlm wishlist la hotel ni :) i suka baca ur cuti2 entries ni.love them all!
ReplyDeleteBoleh sangat ni MZ. Tak payah pergi luar negara nak healing tepi pantai hehe. Sama la, saya pun suka baca entries MZ pasal tempat2 MZ pergi.
Deletemeriah juga menu tu...dinner menu steak kakak tu yummmyyy.....cantik gmbr kt pantai dgn topi tu
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah sampai ke petang kenyangnya 😅 Tu la, sedap steak tu (dia bagi rasa sikit sbb saya tak boleh makan daging sebenarnya), lembut dan well-seasoned. Bila pergi ke pantai mestilah ber OOTD kan hehe.
DeleteLayanan VIP sungguh ni, makanan takde dalam menu pun boleh dibuat. Memang terbaik!
ReplyDeleteYe Kak Ujie, terkejut saya bila tiba-tiba dia datang bawak eggs benedict padahal sblm tu saya tanya kat chef di eggs station tu dia kata takde dalam menu. Memang buat khas utk saya la tu hehe
DeleteTerbaiklah staff dia 👍
ReplyDeleteNama cafe pun sempoi tapi sangat tepat hihi... Makan di mana? Di Dapur :D
Tu la siap tolong baca doa makan lagi hihi... Betul tu tak yah pening2 nak ingat nama restoran tu, igt dapur je 😄
Deleteallahu ~ cantik nyaaa! sy pun nak staycation jugak! uwaaa
ReplyDeleteKat Sabah lagi banyak tempat2 menarik utk staycation kan. Bila la nak pergi ke Sabah lagi ni 😄
DeleteKalau breakfast di Marriot ni memang puashati ekk, dah macam makan lunch hahaha.. susah nak skip arr.. bedal aja kannn..
ReplyDeleteKena pasang strategi bila ambik makanan sbb bnyk sgt pilihan, kena ambik sikit2 buat rasa2 supaya dapat rasa semua makanan hehe
DeleteLambat lagi la bulan september ni..hahaha...SA nak honeymoon sekali lagi...apapun best staycation Carneyz...tempat cantik, makan sedap, layanan superb...satu kenangan paling berharga kan
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih kat kakak sebab belanja staycation kali ni hihi
DeleteOutstanding memang service mereka 🎉🎉🎉🎉❤️. Siap baca doa makan pula 😄👍. Baru kali ini saya baca ada staff yg begini.
ReplyDeleteOkelaah, kalo nanti ke sana, saya tak ragu nak stay juga di hotel ini.
Kak sarapan dj hotel under Marriot konvoy memang best. Variannya terlalu banyak sampai bingung nak makan apa 🤣. Terkadang buat lapar mata saja😅. Padahal perut dah kenyang juga.
Tx ceritanya Carneyz 👍👍. Betul2 bikin nak kesana setelah baca ini
Betul tu Fanny, memang banyak pilihan makanan buffet sarapan pagi di hotel Marriott. Sebab tu saya suka ambil pakej sarapan di sini 👍🏻
Deletekalau customer boleh pilih staf terbaik, bolehlah calonkan staf dapur ni😁
ReplyDeleteKita bagi review je dekat Google Review / Tripadvisor hehe
Delete