Birthday Staycation 2: Perhentian Marriott Resort & Spa (Part 2)
Baca bahagian pertama di sini:
Dari lobi hotel nak ke bilik resort, kena naik buggy sebab nak berjalan kaki agak jauh dan jalan pun berbukit. Walaupun sepatutnya check-in pukul 3 petang, tapi dekat sini bila feri sampai dan urusan check-in selesai, tetamu dah boleh masuk ke bilik. Macam kiteorang sampai pukul 1.30 tengahari, pukul 2 petang dah dapat kunci bilik dan dibawa ke bilik. Sama jugak bila check-out esoknya sepatutnya check-out pukul 12 tengahari tapi sebab feri sampai pukul 2.30 petang, jadi kiteorang boleh keluar bilik pukul 2 petang. Sempat la nak solat jamak dulu sebelum bertolak balik ke Kuala Besut.
Jom kita tengok bilik di Perhentian Marriott Resort & Spa yang serba-serbi baru ni:
|
Kakak aku ambik bilik double bed with seaview. View laut tu serius lawa! |
|
Pemandangan bilik dari sudut berbeza. Walaupun bilik resort ni tak seluas bilik di Mulu Marriott Resort, tapi tak rasa sempit jugak. Saiz bilik just nice la |
|
Ada day bed dengan tingkap besar. Sesuai untuk lepak-lepak sambil membaca |
|
Kemudahan dalam bilik setaraf dengan bilik-bilik di hotel 4 & 5 bintang yang lain. Satu je kelemahan dekat bilik resort ni - takde full-length mirror. Cermin cuma ada dalam bilik air je, jadi kalau bilik air occupied, terpaksa tunggu atau guna kamera hp sebagai ganti cermin |
|
Complimentary snack dari resort - buah-buahan, air tonik dan kuih tradisional. Mini prawn roll tu sedap, tak berhenti aku makan! Air tonik tu kiteorang simpan dalam fridge je sebab hotel bagi air dalam botol tapi takde bottle opener. Hmm. |
|
Dekat luar bilik ada balkoni untuk kita duduk lepak-lepak sambil tengok matahari terbenam atau sekadar nak menikmati pemandangan laut. Dari bilik kiteorang boleh nampak kolam renang |
|
Bilik air yang luas dengan warna warm dan neutral |
|
Tandasnya menggunakan teknologi tandas Jepun siap ada pemanas tempat duduk |
|
Bathroom amenities. Aku suka bau sabun, syampu, perapi rambut dan losyen sebab menggunakan essential oils |
|
Garam mandi pun disediakan. Sambil berendam boleh enjoy view laut 😍
|
|
Acah-acah baru lepas mandi pakai bathrobe dengan tuala gulung atas kepala sambil menikmati pemandangan laut 😆 |
Since resort ni baru lagi, jadi semua kemudahan masih dalam keadaan tip-top. Tilam selesa (tapi still tak boleh lawan tilam di W KL), ada kipas dalam bilik kalau rasa aircond sejuk sangat dan kalau lupa bawak sejadah, jangan risau sebab dalam bilik ada disediakan sejadah.
The only flaws yang aku boleh fikirkan ialah takde full-length mirror dalam bilik dan tekanan air rainshower yang rendah (malam tu kiteorang dapat surat dari pihak hotel bagitau takde bekalan air dari tengah malam sampai pukul 5 pagi). Selain dari tu, aku berpuas hati dengan bilik kiteorang especially dengan view laut yang cantik tu.
Tempat mandi hujan dan berendam dengan
ReplyDeletegaram mandian itu yang buat tertarik
Aah, garam mandi tu saya baca untuk merehatkan otot-otot yang penat masa berendam 😄
DeleteFuh! Mewah sungguh ni Carneyz.
ReplyDeleteCanggih pulak tu siap ada pemanas tempat duduk tandas.
Ye Kak Ujie, alhamdulillah kakak belanja staycation sempena birthday hehe 😄
Deletecantiknya. dah la bilik view lawa, bilik mandi pun lawa
ReplyDeleteMemang sesuai utk healing ni hehe
DeleteCantik.. tapi kelemahan yg ada agak mengganggu jugak rasanya terutama bab tak ada air sampai 5 pagi tu. Botol air tonik tu, mampu tengok ajelah ya.
ReplyDeleteAah tu la kita ni dah la jenis yg bangun tengah2 malam pegi toilet. Kena standby air nak cebok pulak huhu... last2 tinggal je dalam fridge malas nak angkut balik air tonik tu.
Deletememang sgt cantik la bilik ni! puas hati!!
ReplyDeleteYe MZ, puas hati bilik cantik dan view pun cantik 😃
Deletecantiknye bilik.. pemandangan pun sangat indah...
ReplyDeleteResort baru lagi ni Lady. Kalau ada fulus lebih nak je stay 2-3 hari sebab rasa aman sangat dekat pulau ni 😄
DeleteEh..eh..lawa la bilik dia...yang amikkan gambar pun pandai ni...cantik semuanya...
ReplyDeleteLawa resort ni SA. Kalau nak celebrate anniversary kat sini pun best 😄
DeleteCantik nya, hotel room dan view. Facilities pun bagus.
ReplyDeleteCantik sangat tempat ni Kak Mulan, tak payah pergi jauh2 dalam Malaysia je dah ada resort dan view yg cantik macam ni 😊
DeleteCantik bilik dia.. pemandangan pun cantik..
ReplyDeleteYe Kak Sue, tempat ni sesuai utk ber healing 😄
Deleteamik bilik seaview best tu.....dpt plak check in awal & check out lambat mmg sronok....gmbr last tu feeling2 sgt.... best2
ReplyDeleteTu la, dapat spend time lama2 enjoy bilik sbb dah bayar mahal kan hehe.
Deleteada washlet! yeayyyyy luas betul bilik airnya... dok lama2 pun x pe ni 😁😁
ReplyDeleteSemoga ada rezeki dapat stay seminggu kat situ hihi 🤭
DeleteBestkan stay resort baru.. bilik tepi laut camtu, arghh syoknyaaa. tak sabarnyaaaa ...
ReplyDeleteBest, serba-serbi elok je bilik tu sbb baru lagi kan. View kat sini mmg best sgt2, betul2 tenang je rasa lepak kat balkoni tu hehe
DeletePergh!! Puas hati tengok bilik, kemudahan dan pemandangan.. Memang tenang jiwa kalu gini..
ReplyDeleteSesuai tempat healing dari stress kerja ni hehe
DeleteCantik sangat biliknya Carneyz, dengan bilik air saya berkenan ni....
ReplyDeleteBilik air dia mmg luas... Saya pun suka jugak. Bilik air kat rumah saya kecik sangat tak boleh nak letak bathtub 🤭
DeleteAgak susah kali tak ada cermin dalam kamar, dan hanya tersedia dj kamar mandi ya. Soalnya mata saya minus. JD kalo nak pasang eyeliner, terkadang mesti Deket ke cermin. Sementara cermin kamar mandi ada halangan meja biasanya,. JD saya hrs mendekatkan badan lagi ke arah cermin supaya jelas garis mata kalo nak pasang eyeliner 😅
ReplyDeleteTp lain2nya, memang sesuailah ya dengan standard kenyamanan Marriot.👍
Ya, tapi di kamar mandi ada cermin pembesar yang bulat tu sesuai utk org yang rabun hehe. Tapi itulah, takde cermin full-length jadi susah nak tengok pakaian kita sudah rapi atau tak.
Delete