... maka ada la alasan mak dia nak mengajak keluar rumah 😅. Semalam Khayla cuti peristiwa sempena kejohanan sukan dan olahraga sekolah pada Sabtu lepas. Mula-mula ingat nak ajak dia sarapan pagi kat luar tapi hujan pulak. Terus auto malas nak keluar rumah bila hari hujan. Tengahari lepas Zohor barulah kiteorang keluar naik LRT ke Sunway Putra Mall. 

Mula-mula sekali kiteorang singgah makan di Super Saigon. Selalu lalu je depan restoran ni tapi tak pernah singgah. Kali ni kiteorang malas nak menapak jauh-jauh cari tempat makan dan restoran ni pulak sama level dengan pintu masuk mall dari stesen LRT, tu yang end up makan kat sini.


Super Saigon @ Sunway Putra Mall
Super Saigon @ Sunway Putra Mall

Restoran ni cantik dan luas. Since kiteorang sampai lepas lunch hour jadi restoran ni lengang, kiteorang je la pelanggan masa tu. Mula-mula masuk restoran ni, terus ada aroma bau hotel. Mesti dieorang pasang diffuser wangian hotel dalam restoran ni sebab baunya familiar... Hehe. Kalau tak silap bau Le Meridien kot.


Super Saigon @ Sunway Putra Mall
Hiasan dalaman restoran ni cantik sangat

Lepas duduk, datang staff restoran bagi kod QR untuk kiteorang pesan makanan. Ada promosi hari bekerja - pilih hidangan pho medium rare sliced beef & beef ball / pho shredded chicken, dapat percuma crispy spring rolls minced chicken atau telur separuh masak dan minuman separuh harga.


Super Saigon @ Sunway Putra Mall
Baju Khayla ter matching pulak dengan warna dinding 😅

Super Saigon @ Sunway Putra Mall
Pho medium rare sliced beef & beef ball

Super Saigon @ Sunway Putra Mall
Pho shredded chicken

Super Saigon @ Sunway Putra Mall
Percuma crispy spring rolls minced chicken

Our drinks

OK la, boleh tahan la rasa makanan kat sini. Aku bukan penggemar makanan Vietnam so tak boleh nak komen lebih-lebih. Mangkuk pho tu agak besar, terkejut kiteorang berdua bila staff restoran hantar ke meja hehe. Yang bagusnya makan kat sini, siapa yang tengah jaga diet tu boleh refer berapa kalori untuk setiap hidangan dieorang sebab dah tertera dalam menu. 

Lepas makan, kiteorang pergi ke salun rambut pulak sebab Khayla request nak potong rambut.  Since rambut aku pun dah start gugur balik, jadi aku pun nak trim dan buat treatment kulit kepala sekali. Lepas dapat green light dari Suami Terchenta, kiteorang pun masuk ke salun rambut A-Saloon+. Selalu memang kiteorang ke sini kalau nak syampu dan potong rambut sebab ada bahagian Muslimah di salun ni. Pekerja salun pun ramah dan selalu kongsi tips penjagaan rambut.


Sunway Putra Mall
Buat treatment kulit kepala untuk masalah rambut gugur

Harap-harap lepas ni kurang sikit masalah rambut gugur. Kepala pun rasa ringan sikit lepas treatment. Overall, aku memang rekemen salun rambut ni sebab servis bagus, semua pekerja perempuan dan menyediakan ruang untuk pelanggan Muslimah 👍🏻.

Selesai urusan di salun, jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Masa untuk jemput Khadeeja balik dari sekolah. Ngam-ngam je masa tu, sebab kiteorang kena turun di stesen Titiwangsa dan tukar ke MRT untuk ke sekolah Khadeeja. Happy la dia sebab kakak dia jemput balik dari sekolah.

22 comments:

  1. Wah..siap ada tulis kalori di menu 👍😀

    Tak pernah makan makanan Vietnam, kot jumpa nak jugak mencuba.

    Nak kena cari jugaklah treatment rambut gugur tu. Tak pernah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah senang utk org yg tgh jaga diet pilih je makanan yang rendah kalori 500kcal ke bawah hehe.

      Delete
  2. memang best kalau buat treatment rambut :) mcm spa jugaklah tp part kepala heheh nyaman jerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, best je time dia urut kepala tu hehe. Serum yg dia guna tu pun sejuk dan lepas habis treatment rambut bau wangi je.

      Delete
  3. Lama x manjakan diri..hari tu Dania ajak masuk sini..SA yang nak pi tempat lain..haha...nanti bleh la repeat and makan kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK la makanannya cuma saya bukan penggemar makanan Vietnam hehe.

      Delete
  4. kan alang2 cuti he hee
    aktiviti la. apalagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena umpan dia pegi salun rambut baru dia nak keluar hehe. Kalau tak idoknya dia nak ikut 😅

      Delete
  5. Salute dgn sis, suka guna public transport 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, sebab rumah dekat dgn LRT sis. Jalan kaki dalam 5 minit je dah sampai stesen LRT 🤭

      Delete
  6. kita pun x suka sangat makanan vietnam tp klu org ajak kita cuba juga la telan heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vietnamese roll tu ok la, spring roll dia pun sedap. Bila makan pho pulak, termenung sekejap tengok aksesorinya banyak sangat 🤭

      Delete
  7. ok tak harga untuk scalp treatment tu? saya ada plan nak buat tapi masih mencari lagi. sebelum ni buat kat Hannan Spa tu. tapi dia buat macam cuci rambut je kekdah nya. esok tu kepala dah gatal... plus nak gunting rambut sekali kalau sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far ok, nampak la kurang sikit rambut gugur (mungkin sbb dah trim rambut jugak). Ada satu lagi tempat saya suka pergi - Headmistress dekat Publika. Yang tu memang puas hati tapi harganya mcm buat spa satu badan la hihi...

      Delete
  8. Mom and daughter bonding time ni....kalau restoran vietnam ni mesti nak cari Vietnam Roll tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la mula2 igt nak pesan Vietnamese roll tu tapi takut tak habis pulak. Pho ni pun tak habis makan sbb besar giler mangkuknya, order sebab promo dapat spring roll free & air setengah harga hehe.

      Delete
  9. syok kuar ngan anak dara ...kalo menu pho tu kita pilih yg small pn besar....kalo pilih regular lagi la...sedap tu crispy spring roll tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal haha. Terkedu nengok mangkuknya 😅

      Delete
  10. Besar portion dia..kena repeatlah nmpknya, dulu mkn ringan² je....best tu..buat treatment rambut, belai² rambut, picit² kepala...asyikkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2... pilih vietnamese roll atau spring roll. Spring roll tu sedap 👍🏻

      Delete
  11. Melihat menu pho, saya tak sabar tunggu December 🤣. Nak ke Hanoi dan Sapa celebrate new year. Nantilah nak puas2kan makan pho dan bahn mi di sana 😄. Tapi memang tak semua menu Vietnam cocok dengan lidah saya juga. Terkadang ada yg rasanya terlalu hambar, atau daun ketumbar ya itu yg terlalu banyak. Saya tak suka daun ketumbar 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. saya pulak minat daun ketumbar, kalau buat laksa Sarawak saya suka letak daun ketumbar banyak2 dalam mangkuk saya hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .