Hari Sabtu lepas, alhamdulillah Suami Terchenta tak kena masuk ofis jadi boleh la kiteorang keluar. Kalau dia kena masuk ofis, sudahnya kiteorang duduk kat rumah je la 😅. 

Anyway, pagi tu turun ke gym untuk buat senaman kardio dan strength. Bila aku masuk gym, eh eh, semua ladies je dalam gym pagi tu 👏🏻👏🏻. Dua orang tengah berlari atas treadmill, seorang lagi tengah buat senaman strength juak. Bila ada perempuan dalam gym, takde la rasa kekok sangat.

Untuk senaman kardio aku berjalan atas treadmill selama 30 minit. Cukup sekadar menaikkan heart rate untuk bakar lemak. Lepas tu aku terus buat strength workout berpandukan video dalam Fitness+ apps. By end of workout, lutut dan lengan aku rasa macam agar-agar, padahal guna dumbbell 4kg je! 😅 Nampak nau tak fit 🤭.


gym
Prefer buat strength workout sebab heart rate naik sampai 150+bpm (beat per minute), so lebih banyak lemak terbakar (harap-harap la!)


Lepas bakar lemak di gym, barulah pergi ganti balik lemak sarapan pagi. Kiteorang ke Folk Kofii sebab aku dah terbayang-bayang sedapnya lontong Paktam Laksa (aku rasa owner dua-dua kafe ni orang yang sama sebab staff Folk Kofii ni pergi order lontong ikut tingkap dekat dinding yang bersambung dengan kafe Paktam Laksa.


Folk Kofii
Sementara tunggu order sampai, kita selfie dulu

Paktam Laksa
Sarapan kami - anak-anak nak makan pancake (takde dalam gambar sebab tengah buat lagi) dan kuih-muih (buah melaka, kuih ketayap dan burnt cheesecake); aku dan Suami Terchenta pulak order lontong dan Suami Terchenta tambah rendang paru jugak

Kali ni servis di Folk Kofii lebih cepat berbanding dengan masa aku dan Khayla pergi ke sini dulu. Nampaknya dah ada improvement. Boleh la datang ke sini lagi lain kali.

Aktiviti seterusnya, kiteorang ke Perpustakaan Kuala Lumpur untuk pulangkan buku dan pinjam buku baru.


Perpustakaan KL
Perpustakaan Kuala Lumpur - masa ambik gambar ni nampak lengang je, tapi lepas tu tiba-tiba ramai pulak pengunjung datang bawak anak-anak dieorang lepak di sini

Setel pinjam buku, kiteorang balik semula ke rumah sementara tunggu waktu Zohor. Lepas Zohor, kiteorang bertolak ke Cyberjaya sebab BFF aku Jen dan suaminya buat makan-makan kat rumah. Perjalanan ke Cyberjaya ambik masa sikit sebab even highway MEX pun jem banyak kenderaan yang menghala ke Putrajaya & Cyberjaya. Dalam sejam lebih gitu, barulah kiteorang sampai ke rumah Jen dan MK.

Dieorang baru je pindah masuk ke rumah tu kiranya buat makan-makan untuk housewarming. Besar betul rumah Jen, paling suka dapur dia sebab luas. Dah alang-alang sampai rumah Jen, terus kiteorang videocall dengan seorang lagi BFF kiteorang, Aini yang duduk di London. Sepanjang videocall tu, Jen bawak kiteorang house tour rumah dia 😄. Terus teringat masa wedding Jen dulu dia bawak house tour rumah lama dia, tak sangka rumah baru pun dia bawak house tour jugak hehehe!


Throwback masa dia bawak aku & Aini house tour masa wedding dia dulu 😆. Sekarang rumah dia dah besar, bilik tidur pun dah ada walk-in wardrobe 👏🏻

Dah berbelas-belas tahun berlalu, sekarang house tour kena buat virtual sebab Aini dah menetap di London 🤭

Terlupa pulak nak ambik gambar makanan yang dieorang order dari caterer Melayu. Paling suka sambal belacan, hehe. Pergi rumah kawan Cina makan sambal belacan ye. Tu la namanya satu Malaysia 😜. Siap tumpang solat rumah dia lagi sebab kiteorang lepak lama (jarang-jarang jumpa, bila dah jumpa memang tak habis la semua topik nak sembang). Time ni rasa lucu sikit sebab masa aku gurau, 'Eh Jen, Kuan Yin you tak marah ke kiteorang tumpang solat ni?" Dieorang cepat-cepat jawab, "Eh, tak la. Sembahyang la banyak-banyak kasi ong rumah kiteorang." Teringat pulak dengan ex-boss aku dulu pun cari rumah dekat masjid sebab katanya tiap-tiap kali azan nanti hantu lari dari rumah dia 😆.


Friends
Terima kasih Jen & MK sebab jemput kiteorang ke rumah baru 💓

Macamana pulak dengan weekend korang? Sibuk ke santai-santai je?

36 comments:

  1. Rumah kat cyber mst mahal oo.. best bah bila dh lamak berkawan nang dah tauknya order pun dgn caterer melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, 2x harga rumah kmk org kinek tok haha. Nya tok nang dari dolok gik berkawan dgn org Melayu, yalah lakinya pun terikut-ikut juak berkawan dgn kmk org. Lakinya tolong laki kmk apply kerja tempat kinek tok sbb dolok pernah sama company before nya resign.

      Delete
  2. waa bestnya u ada bff chinese yer...i kwn2 chinese masa kat UOB and then masa study kat notts pun aad sorang kwn cina, now lecturer kat UM, masih keep in touch lg..nak kena cari masa gi dating lah nampak gayanya hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. My BFF yg ni mmg unik sikit, dia seorang je Chinese yang apply kerja kat company majority Malay so dia stuck dgn saya & another of our BFF also Malay. Tu yg rapat sampai skrg, siap tolong babysit anak2 saya once upon a time masa husband kena masuk hospital 😄

      Delete
  3. Sabtu haritu habiskan masa JJCM bersama ibu mengandung (baru update tu) Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh, banyak betul tempat makan korang singgah ye. Best JJCM bila ada geng sekepala ni hehe

      Delete
  4. Rasa lawak pula ayat cari rumah dekat dengan masjid bila azan hantu lari.....walaupun non muslim kan?. Dia pun percaya hantu lari time tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, sebenarnya company ada bagi satu rumah banglo yg lebih besar dari rumah yg dia sewa tu, tapi dia taknak sebab jauh dari masjid hehe.

      Delete
  5. Assalamualaikum, Meriah gather2 dengan bff. bagusnya exercise, terinspirasi nak bersenam juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Jarang2 dpt jumpa dgn BFF yg seorang ni. Baru je mula exercise sbb bulan depan kena jumpa doktor lagi huhu. Harap2 result lebih cantik lepas ni

      Delete
  6. Replies
    1. Jarang2 aktiviti penuh mcm ni, kalau asben kena masuk ofis mmg kiteorg terperap kat rumah je la hehe

      Delete
  7. wow.. rajin ke gym.. saya teringin jugak, tapi itu la, tak tahu nk start..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa merajinkan diri sbb kena jumpa doktor lagi bulan depan. Nak start mmg susah, mcm saya mmg kena paksa diri-sendiri turun ke gym, start dgn aktiviti yg santai2 dulu (contohnya jalan atas treadmill) lepas tu baru buat aktiviti yg susah (strength / weight lift training).

      Delete
  8. Waduuh..saya gak rajin olga..hanya Jalan-jalan di dalam rumah 😁, kadang rasa malas dan gak ada kawan itu yang jadi alasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal selalu bergerak dan aktif boleh dikira sebagai olga jugak tu Mreneyoo. Tak semestinya perlu masuk ke gym atau pergi berlari di taman, tapi saya pergi gym sbb di rumah saya memang sudah ada gym rugi pulak kalau tak gunakan kemudahan yang ada.

      Delete
  9. Macam best je guna gym. Kalau ada geng teringin jugak nak mencuba, ini kalau masuk sendiri mau terpinga-pinga 😆

    Alhamdulillah…seronok tengok persahabatan berlainan agama gini. Moga terus bersahabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 saya pun mcm tu jugak Kak Ujie, rasa mcm rusa masuk kampung kekok je nak guna equipment dalam gym. Skrg pun saya belum berani guna weight-lifting equipment. Selalunya kalau ke gym saya guna treadmill, stair-climber, basikal dan dumb bell je.

      Delete
  10. Terbaik 👍
    Bagus Jen ni mesti dah biasa dgn cara hidup org Islam kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah terbiasa sbb dulu kiteorang kerja dgn company bumiputra, majority orang Melayu so dia pun terikut-ikut jugak dgn cara kiteorg hehe.

      Delete
  11. My weekend pergi makan - makan & minum - minum dan tersesat ke TGSK. Dan lalu depan rumah 'kau org'.Ops!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersesat ke sengaja sesat ke TGSK? Hehe. Kali ni try juadah apa pulak tu Shai?

      Delete
    2. Nasi dagang dan TGSK. Next entry hujung bulan. Tak tengok dalam group whatsapp ke? Kan, ada update

      Delete
    3. Hehe, sibuk sikit tak sempat baca

      Delete
  12. jauh tu berjalan, dari utara (Tmn Melawati), tengah (library) & selatan (Cyberjaya)...seronok tengok rumah baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak Nohas, penat tapi seronok sbb semua yg dirancang tercapai hari Sabtu lepas 😄

      Delete
  13. kena sangat tu rendang paru guu dengan lontong ...

    ReplyDelete
  14. hahaha kasi hantu lari...

    mana anak-anak jen? diorang pemalu ke bila tetamu ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak lelaki dia terperap dalam bilik main game dgn kawan, anak perempuan pulak ada aktiviti camping kat sekolah.

      Delete
  15. Bagus dapat kawan macam ni..sentiasa ingat dan utamakan orang Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia & suami dia memang baik dgn kiteorg dari dulu lagi, suami dia siap tolong rekemenkan asben saya dekat management utk kerja yg skrg ni 😄

      Delete
  16. Hahahahah seruuuu memang berteman dengan orang2 berbeda agama, suka, ras atau golongan. Teman saya travel pun mostly non muslim. Dan kadang saking deketnya kami dah dekat banget dan suka saling bercanda akhirnya 😅.

    Malah pernah dulu saat ujian, saya bantu dia hapalkan alkitab. Lalu dia bantu saya pula hapalkan arti bacaan Alquran 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman Fanny mengingatkan saya dgn teman sebilik saya masa kuliah di JB. Biasanya waktu sore saya duduk mengaji di lantai, dia pulak baca kitab Injil di atas katil 😅 Tapi kami rapat sampai skrg masih berhubung cuma dia skrg tinggal di Singapura jadi jarang-jarang dapat bertemu.

      Delete
  17. wah...best la Gym ya...nampak bersih...moga istiqmah main gym untuk sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 takut lekak jumpa doktor & result pass, terus hilang semangat ya 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .