Kepada pengunjung blog Coffee Break With Me yang menyambut Hari Gawai:


Selamat Ngintu Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Ngoan Menoa, Ooohaaa! (kredit foto: postermywall.com)


Nota kaki: Seronoknya siapa yang tinggal di Sarawak dapat cuti panjang 1 - 4 Jun (4 hari) sebab bersambung dengan cuti sempena Hari Keputeraan YDPA jugak. Kalau aku masih duduk kat sana, mesti aku akan ikut sekali ngabang (beraya di rumah) kawan-kawan yang sambut Hari Gawai. Dekat Sarawak biasanya kalau Hari Gawai, kawan-kawan bangsa Dayak (Iban / Bidayuh) akan ambik catering dari orang Melayu untuk open house, makanan yang dihidangkan pun macam makanan Hari Raya - ada ketupat, lemang, kelupis, kari ayam, rendang dan kek lapis. Rindunya suasana Gawai di Sarawak!

17 comments:

  1. Walau saya tak tau apa itu hari gawai dan baru tahu melalui blog ini, selamat hari gawai buat teman"yang merayakannya🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Gawai ialah perayaan masyarakat Dayak di Sarawak utk berterima kasih kepada Sang Pencipta atas rezeki yang dituai dari hasil tanaman sepanjang tahun. Walaupun saya bukan orang Dayak tapi sebagai masyarakat berbilang kaum di Sarawak, saya pun turut sama berkunjung ke rumah kawan2 yg meraikan untuk meraikan kepelbagaian masyarakat kami 😊

      Delete
  2. sama lah kita dari sabah ini....panjang cuti oooooo

    Salam kenalan dari saya, pemilik blog
    oohsenyum.com

    saya nak tanya awak ini, awak berminat tak
    tukar link blog dengan saya (bloglist) insy
    Allah akan menambahkan lagi trafik ke blog
    awak.



    Kalau awak sudi beritahu ye di ruang comments blog saya, terima kasih
    banyak-banyak. Di bawah ini link blog saya.
    Saya harap awak sudi

    https://www.oohsenyum.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah boleh… Selamat bercuti panjang buat kawan2 di Sabah jugak 😊

      Delete
  3. Replies
    1. Kiteorg kat KL pun cuti panjang jugak tapi 3 hari je hehe

      Delete
  4. Oh? Cam tu eh? Unik juga!

    Selamat hari Gawai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu la Uncle. Seronok tau bercampur gaul dgn kawan2 dari berbilang kaum di Sarawak

      Delete
  5. Saya cuma cuti dua hari sebab keperluan kerja macam tidak perlu cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan wajib ka cuti gawai hari kedua embak ke hari selasa?

      Delete
  6. Meriah yer sambutan hari gawai kat sana..a blessing of multiracial country🥰🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah, mcm sambutan Hari Raya kita kat sini. Cuti Gawai pun 2 hari.

      Delete
  7. apa makanan plg famous ms hari gawai ni dan wajib dihidangkan setiap kali sambut perayaan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya ayam pansuh (ayam masak dalam buluh), lemang, ketupat, kari ayam, kek lapis... tu yg biasa jumpa kalau pergi open house kat rumah kawan2 la.

      Delete
  8. SA pernah berimpian nak explore sambutan Hari Gawai di Sarawak..tapi setakat hari ni tak pernah tercapai lagi..SA teringin nak tengok pertandingan ratu cantik tu, x ingat nama dia la..apa erk Carneyz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kumang dgn Keling Gawai tu ke SA? Dekat2 nak Gawai dekat mall selalunya ada buat pertandingan tu.

      Delete
  9. Saya itu agak bingung awalnya, Krn gawai di sini artinya gadget. Jadi dalam pikiran saya, ada juga kah hari gadget di sana 😅. Tapi ternyata beda definisi gawai yg dimaksud 😊👍

    Nambah lagi pengetahuan baru setelah baca tulisan kakak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .